Bab 19

81 10 4
                                    

"Kita nak pergi mana,Icha?" Tanya Ali ketika Alicia sedang menyisir rambutnya.

"Kuta pergi jalan-jalan dekat pekan jumpa dengan kawan Icha. Ali kenal Ammar? Dia yang ajak kita keluar hari ni." Jawab Alicia sambil menyimpan kembali sikat rambut Ali ke tampat asalnya.

"Icha suka dia?" Alicia memaling sebaik saja mendengar soalan Ali tadi. Wajahnya terus saja berubah. Melihat kepada perubahan di wajah Alicia terus Ali menjadi takut dan resah. Tergagap-gagap dia hendak memberi penjelasanada Alicia.

"Ali tanya je. Icha suka dengan Ammar tu ke? Kalau Icha tak nak jawab tak apa." Alicia tersenyum. Dia memangang tangan Ali dan mengusapnya supaya Ali bergenang kembali.

"Taklah. Icha tak suka dia pun, kalau Icha suka lelaki tu,siapa nak jaga dan belai abang kesayangan Icha ni." Balas Alicia sambil mencubit kedua-dua pipi Ali lembut. Ali hanya tertawa dengan perbuatan itu.

"Ali tak nak jadi kesayangan Icha je." Alicia mengangkat sebelah keningnya tidak faham dengan kata-kata Ali tadi.

"Maksud Ali?"

"Ali nak jadi kekasih Icha." Alicia terus tertawa dengan kata-kata itu. Ada-ada saja Ali ni.

"Ali mana boleh jadi kekasih Icha. Kitakan adik beradik kembar. Mana boleh jadi kekasih." Jelas Alicia. Ali mencebik bibirnya tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Alicia.

"Kalau kita tak boleh jadi kekasih,kita tak boleh bercinta. Ali tak nak Icha bercinta dengan orang lain nanti Icha tinggalkan Ali. Icha tu Ali punya sorang je. Tak ada siapa pun boleh Ambil." Ujar Ali sambil menunjuk dirinya sendiri lagak seorang lelaki segak dan bergaya. Sekali lagi Alicia tertawa dengan reaksi abang istimewanya ini.

"Okey-okey,baiklah Ali sayang. Kita sekarang kekasih. Icha kekasih Ali." Akhirnya Alicia terpaksa mengalah dan melayan saja karenah Ali. Demi Ali,dia sanggup menjadi 'kekasih' Ali asalkan lelaki istimewa itu gembira dan bahagia.

"Jom kita pergi." Ajak Alicia dan Ali mengangguk. Mereka berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang akan membawa mereka ke pekan.

******

"Nah. Ini gula-gula untuk Ali,ambillah." Ammar menghulur dua biji gula-gula coklat kepada Ali. Ali memandang gula-gula dan Ammar silih berganti. Setelah itu dia memandang ke arah Alicia. Alicia hanya menangguk menandakan bahawa Ali harus mengambil gula-gula itu.

Ali perlahan-lahan mengambilnya dari tangan Ammar. "Terima kasih,abang Ammar." Ucap Ali. Ammar terkejut dengan panggilan itu. Terus saja dia tertawa.

"Abang?! Kelakar bunyinya. Aku baru 18 tahun sebaya Alicia dan kau sendiri,Ali. Panggil Ammar atau Mar je." Jelas Ammar sambil meminta. Ali hanya menangguk dan terus saja duduk di sisi Alicia dan bersebelahan Ammar.

"Icha kekasih Ali. Jadi Ammar jangan usik kekasih Ali tau. Icha ni kekasoh Ali dan Ali sayang kekasih Ali." Beritahu Ali santai kepada Ammar yang berada disebelahnya sambil memegang erat tangan Alicia. Ammar tertawa namun jelas menunjukkan rasa jengkelnya pada Ali.

"Kekasih? Bila kau dengan Alicia bercinta?" Tanya Ammar yang masoh turut melayan Ali.

"Baru kejap tadi. Tapi Ali dah lama suka Icha." Jawab Ali. Ammar hanya menangguk. Alicia yang menjadi pendengar dari tadi menyedari tangan Ali yang terpaut padanya mula berpeluh. Ali sedang gemuruh! Terus saja matanya memandang sekeliling. Tempat mereka berada ini sunyi walaupun taman ini dipenuhi orang.

Akan tetapi,mata Alicia terpandang tepat ke arah susuk manusia yang cukup dia kenali sedang bersembunyi di sebalik celahan pokok. Rudy dan Roza!

Still Together For YouWhere stories live. Discover now