Bab 2

104 12 2
                                    

Alicia menghela nafas berat. Fikirannya bercelaru. Dia menghempas batang pen yang dipegangnya. Tidak jadi untuk dia meneruskan ulang kaji. SPM hanya tinggal beberapa bulan lgi. Dan Haji Ghazali tidak habis-habis mahu beri tekanan padanya. Peristiwa petang tadi setelah dia pulang dari berjumpa Moon dan Iman terlintas kembali.

***flashback***

"Ayah? Dah lama ayah balik?" Tegur Alicia sambil menyimpan basikalnya ditepi rumah. Teguran anak bongsunya ini tidak dihiraukan malah dia hanya berdiri dengan wajah  bagaikan orang kebingungan.

"Kenapa kamu biarkan Ali berjalan sendiri? Kalau jadi apa-apa dekat dia nanti macam mana?" Tanya Haji Ghazali lembut. Dia tahu,jika ingin bercakap dengan anak bongsunya ini,dia harus berlembut. Alicia menghela nafasnya malas. Tahulah kenapa ayahnya tidak menghiraukan teguranya sebentar tadi.

"Dia tu sibuk nak ikut saya. Saya nak jumpa dengan kawan-kawan saya." Jawab Alicia selamba.

"Ali tu teringin nak jalan-jalan pusing kampung ni dengan kamu,Alicia. Kenapa kamu tak nak bawa dia? Kamu tahu tak yang Ali tu rindu dengan kamu. Dah 12 tahun sejak kejadian tu. Sejak itu jugalah,kamu langsung tak pedulikan Ali."

"Siapa lagi yang ayah nak harapkan untuk jaga Ali bila ayah dah tak ada nanti selain kamu Alicia? Roza hilang entah kemana langsung tak ada khabar berita. Rudy,bila dia rasa dia nak balik,barulah dia akan balik. Hanya kamu saja harapan ayah." Pujuk Haji Ghazali.

"Hanya Ali yang ayah pedulikan? Hanya Ali yang langsung tak bolwh nak buat apa-apa tu yang ayah fikirkan?! Saya ni macam mana? Saya ni pun anak ayah juga! Apa bezanya saya dimata ayah sampai ayah sanggup korbankan hidup saya demi budak cac...,"

PANG!

Alicia terkedu. Kali pertama sepanjang 17 tahun dia hidup dia ditampar oleh Haji Ghazali. Hujung bibir kirinya sedikit luka kesan tamparan itu. "Ayah tak korbankan masa depan kamu,Nur Alicia Binti Haji Ghazali. Ayah cuma nak kamu tetap dengan Ali. Ali tu anak syurga. Dia istimewa. Doanya sentiasa dimakbulkan Allah. Walaupun kamu duduk dikampung jaga Ali,kamu tetap akan berjaya."

"Saya tak mahu tinggal di kampung! Kenapa ayah tak faham! Saya tak mahu tinggal dengan budak tu! Saya tak suka dia! Saya benci dia!" Haji Ghazali merenung anak daranya yang satu ini mengharapkan agar dia mengerti keinginan hatinya.

"Kamu suka atau tidak,dia tetap abang kembar kamu. Dia tetap darah daging kamu. Darah yang mengalir dalam badan kamu tu sama dengan darah yang mengalir dalam badan Ali. Ayah cuma minta kamu jaga Ali selepas ayah mati nanti. Ayah takut Roza dan Rudy akan apa-apa kan Ali. Tolong ayah,Alicia."

Alicia mengetap giginya geram. "Tak mungkin. Kalau ayah nak mati,bawa budak cacat tu sekali. Saya tak akan pernah mengaku dia tu kembar saya." Balas Alicia lalu dia berlalu masuk ke dalam rumah. Haji Ghazali hanya menghela nafas kesal. Kenapa keras sangat hati kamu ni,Alicia? Hanya kamu saja yang akan faham Ali lebih daripada ayah sendiri. Kenapa kamu nafikan perkara tu?

***end flashback***

"Icha!"

Lamunan Alicia mati ketika dia terdengar suara itu. Ali tersenyum manis padanya ketika Alicia memandang ke arahnya walaupun dengan wajah dingin.

"Apa yang kau buat dalam bilik aku? Berambus!" Halau Alicia. Ali menghulurkan sebungkus kain kecil yang di dalamnya terdapat ketulan ais kepada Alicia.

"Ali dengar ayah tampar Icha petang tadi. Tapi Ali takntahu sebab apa. Jadi...Ali bawa ni untuk pipi Icha. Mesti sakitkan pipi Icha tu. Nanti bengkak pula kalau tak tuam dengan ais ni." Jelas Ali ceria. Alicia tertawa sinis. Dia merampas bungkusan kain yang dihulur Ali lalu dicampak ke lantai.

"Ayah tampar aku sebab kau,bodoh!" Tengking Alicia. Ali kaku. Alicia bangkit dari duduknya lalu mula memukul Ali. Dia ingin melepaskan marahnya pada insan yang tidak berdosa itu.

"Ayah pukul aku sebab budak cacat macam kau! Ayah pukul aku sebab kau,tak guna! Aku benci kau! Kenapa kau tak mati je dulu?! Kenapa kau kena hidup sampai hari ni dan menyusahkan aku? Kenapa aku kena korbankan masa depan aku sebab kau! Kenapa bodoh!! Kenapa?" Marah Alicia menggila.

Jeritan Alicia tadi membuatkan Haji Ghazali segera berlalu ke bilik si bongsu itu. Terkejut bukan kepalang saat dia melihat Alicia sedang menggila memukul Ali. Terus saja dia menghalang Alicia cari terus memukul Ali.

"Sudah berhenti,Alicia! Bawa mengucap. Ingat Allah,kamu nak bunuh Ali ke?"

"Memang saya nak bunuh dia! Budak cacat ni memang tak layak hidup! Dia ni menyusahkan. Disebabkan dia,saya kena dengar pujukan ayah hampir setiap hari." Luah Alicia kepada Haji Ghazali bersama kelopak mata yang bergenang. Dia memandang tepat ke arah ayahnya.

"Ayah tahu tak? Saya nak jadi jurutera. Saya perlu dapatkan keputusan yang bagus untuk masa depan saya. Saya masih ada kehidupan yang perlu saya tempoh. Saya ada corak kehidupan yang saya impikan. Kenapa ayah tak boleh faham saya?"

"Sekurang-kurangnya saya tak jadi seperti Rudy dan Roza. Saya nak berjaya dalam hidup saya. Saya nak ada kerjaya saya sendiri dan corak langkah saya menuju ke hadapan. Saya perlu ubah masa depan saya. Kenapa ayah tak boleh nak faham?" Luah Alicia sambil dia berlalu menuju ke bilik air.

Haji Ghazali hanya diam membisu dengan luahan anak bongsunya itu. Apakah dia telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat puterinya yang satu itu? "Ayah nangis ke?" Tanya Ali ketika melihat riak wajah Haji Ghazali yang kesedihan.

"Taklah sayang. Ayah tak nangis. Kamu dah mengantuk? Mari kita tidur sekarang?" Ajak Haji Ghazali lalu dia membawa Ali menuju biliknya.

***skip***

Alicia menutup matanya rapat. Terasa kepalanya disentuh seseorang. Dia tahu siapa manusia itu. Dia hanya membiarkan saja usapan lembut seorang ayah itu terhadap kepalanya.

"Maafkan ayah,Alicia. Ayah terlalu letakkan harapan yang tinggi pada kamu. Ayah telah mengecewakan kamu. Maafkan ayah." Ucap Haji Ghazali sambil memandang wajahnya anak bongsunya ini. Nur Alicia adalah anak kesayangannya. Muhammad Ali adalah anak istimewanya. Tiada bezanya antara kedua mereka. Bagi Haji Ghazali,Nur Alicia mahupun Muhammad Ali,keduanya sama saja kasih sayangnya.

"Capailah impian kamu tu,Alicia. Lulus cemerlang dalam SPM. Ayah tahu,ayah terlalu banyak mengharap pada kamu. Ayah minta maaf."

"Kalau kamu tak mahu jaga Ali,tak mengapalah. Selagi umur ayah masih ada,ayah akan jaga dia dan tak akan susahkan kamu. Kamu belajar jelah. Jangan fikirkan soal lain. Bila ayah dah tak ada nanti...," kata-kata itu terhenti...Haji Ghazali menghela nafasnya berat. Berat untuk dia mengatakan soal perkara ini.

"Ayah akan wasiatkan pada orang kampung untuk hantar Ali ke pusat kebajikan masyarakat. Disana mungkin lebih selamat daripada dia terus tinggal disini selepas ayah tiada nanti. Kalau satu hari nanti kamu dah boleh terima Ali semula....,jemputlah dia. Tpai kalau kamu masih belum bersedia,biarkan saja dia disana sampai dia mati." Sambung Haji Ghazali.

Alicia kembali membuka mtanya setelah mendengar bunyi daun pintu ditutup. Dia berusaha menghadam setiap kata-kata Haji Ghazli sebentar tadi. Bagaikan Haji Ghazali mengetahui bahawa dirinya masih belum tidur. Tanpa dia sedar,air matanya mengalir.

Maafkan saya ayah. Saya bukan berniat nak biadab atau mengecewakan ayah. Tapi saya hanya nak ubah nasib keluarga kita. Kalau bukan saya yang ubah,siapa lagi? Ampunkan Alicia,ayah.

To be coutinued...

Still Together For YouWhere stories live. Discover now