"Alicia,kamu ada kelas kan hari ni." Tanya Encik Badrul ketika mereka sedang menikmati sarapan. Alicia yang sedang menyalut mentega kacang diatas roti bakar Ali segera menjawab.
"Ya. Saya ada kelas hari ni. Tapi Ali ada temujanji dengan doktor tengah hari nanti." Ujar Alicia sambil menghulurkan roti bakar yang sudah siap disalut kepada Ali. Setelah itu,dia menyediakan untuk dirinya pula.
"Jadi awak akan pergi kelas atau bawa Ali pergi temujanji?" Duga Iman.
"Mestilah aku akan bawa Ali pergi temujanji. Kalau sehari tinggal kelas tak jadi masalah rasanya." Seloroh Alicia. Pantas saja dipotong oleh Puan Fauziah.
"Tak boleh macam tu Alicia. Biar kami saja yang bawa Ali pergi temu janji. Lagi pun hari ni ibu cuti. Kamu dengan Iman boleh pergi kelas. Kelas tu lagi penting."
"Ali pun penting juga ibu. Tak apa,saya boleh bawa Ali pergi sendiri. Tak naklah susahkan ibu dengan ayah pula. Saya dah bersyukur sangat kami dua beradik dapat menumpang dirumah ibuayah ni." Ucap Alicia merendah diri.
"Apa yang sudah pula Alicia. Kamu dan Ali kami dah anggap macam anak sediri. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu apa yang dah jadi dengan Ali. Kami kalau boleh nak bantu Ali kurangkan traumanya." Pujuk Encik Badrul. Alicia terbelah bahagi. Dia risaukan Ali jika dibiarkan dia pergi bersama ibubapa Iman. Bukan dia tidak percaya pada ibubapa Iman,tetapi dia lebih risaukan Ali.
"Jangan risau. Kalau ada apa-apa hal nanti,kami akan segera telefon kamu." Ujar Puan Fauziah meyakinkan Alicia. Walaupun masih ragu,Alicia anggukkan juga kepalanya tanda setuju.
***skip***
Kelas habis lebih awal daripada biasa. Jadi bolehlah Alicia mengambil sedikit peluang ini untuk mengulangkaji. Bukan dia tidak boleh mengulangkaji dirumah. Tetapi dia lebih memilih untuk menghabiskan masanya bersama Ali. Dia merasakan ada seseorang duduk tidak jauh darinya ti dibiarkan saja.
"Amboi,khusuk nampak! Baca buku apa tu?"
"Kau tak nampak ke. Ini buku untuk kelas sekejap lagi." Kata Alicia dingin. Ammar hanya tertawa kecil.
"Janganlah marah. Aku cuma nak gurau je dengan kau. Lepas habis kelas nanti,kau free tak?" Tanya Ammar ingin tahu. Alicia masih menumpukkan pada bacaannya tidak menjawab soalan Ammar tadi.
"Kau....sibuk ye lepas kelas nanti? Aku baru nak ajak kau tengok wayang. Ada filem best tengah trending. Jomlah tengok dengan aku. Aku belanja." Alicia menghela nafas. Malas rasanya mahu berbual dengan Ammar. Kenapalah aku kena patner dengan mamat ni? Bisik hati Alicia.
"Lepas kita habis tengok wayang,boleh kita terus pergi buat kaji selidik tu." Kata-kata Ammar itu membuatkan Alicia merenungnya tajam. Geram juga dengan mamat ni memancing urusan penting hanya untuk keseronokkan sahaja.
"Sekali lagi? Dua hari lepas kau cakap benda yang sama. Alih-alih tak jadi sebab kau kata ada hal mustahak. Sekarang ni ajak aku tengok wayang pula. Aku tak ada masalah nak keluar dengan kau kalau bukan perkara penting." Kata Alicia lalu bangkit dari duduknya dan berjalan pergi.
Ammar menghela nafas kesal. Susah juga nak dekat dengan minah berhati batu ni. "Okey baiklah aku mengalah. Kali ni aku serius. Kita buat tugasan dulu. Lepas dah siap kalau ada masa,boleh tengok wayang?" Ujar Ammar mengalah. Alicia merengus kecil. Dia tidak suka! Sangat tidak suka!
"Baiklah. Tapi kau mesti ikut time limit aku. Aku tak nak balik rumah lambat." Kata Alicia seakan bersetuju dan terus saja pergi dari situ. Ammar hanya mengangguk dengan syarat Alicia itu. Okey....aku akan buat apa saja asalkan kau jadi girlfriend aku. Aku akan pastikan hal itu terjadi.
****skip****
"Assalamualaikum. Ibu! Ayah! Iman dah balik ni." Ucap Iman ketika dia melangkah masuk kedalam rumah setelah dia pulang dari kelas hari ini. Dia berjalan ke arah ruang tamu mencari Encik Badrul dan Puan Fauziah,namun tiada. Hanya ada Ali saja yang sedang bermain play station.
"Ali,ibu dan ayah mana?" Tanya Iman sambil duduk disebelah Ali. Alat kawalan jauh dicapai dan dia mula memasang kabel dan ingin bermain bersama Ali. Ali tidak menghiraukan soalan Iman sebaliknya menumpukan perhatian pada permainannya. Iman tertawa kecil.
"Boleh Iman main dengan Ali sekali?" Tanya Iman. Kali ini Ali hanya mengangguk dan masih meneruskan permainan. Iman masuk bermain bersama. Leka mereka bermain sehinggalah telingan Iman dengar bunyi ayahnya berdehem.
"Amboi,seronoknya main dengan Ali. Bila sampai?" Terus saja Iman bangun dan menyalam tangan ibu dan ayahnya yang berdiri dimuka pintu itu.
"Iman baru je sampai. Teman Ali kejap sebab cari ibu dan ayah tak ada. Ibu ayah pergi mana tadi?" Tanya Iman. Dia turut duduk disofa bersama orang tuanya membiarkan Ali terus hanyut dengan dunianya.
"Kami pergi kedai Pak Husin tadi. Beli daging. Ibu kamu ni nak masak daging salai." Jawab Encik Badrul sambil menyelup sesuatu dari poket seluarnya dan berjalan ke arah Ali.
"Ali,pakcik beli gula-gula. Ali nak?" Tanya Encik Badrul lembut. Ali hanya menggeleng kepalanya. Matanya masih fokus pada skrin televisyen. Encik Badrul tersenyum dan meletakkan gula-gula coklat yang dibelinyq untuk Ali dihadapan ali lalu kembali duduk bersama isteri dan anaknya.
"Alicia mana? Kenapa dia tak balik dengan kamu sekali." Tanya Encik Badrul bimbang. Seakan ada sesuatu yang ingin dikatakan tentang Ali kepada Alicia. "Alicia balik lambat sikit sebab kena buat tugasan. Lepas tugasan tu siap,dia akan balik terus." Jawab iman jujur. Itulah apa yang Alicia beritahunya sebelum pulang tadi.
"Kenapa dengan Ali,ayah ibu? Kenapa dia diam dari saya balik tadi." Tanya Iman pelik. Biasanya Ali sangat mesra dengan keluarga Iman. Dia boleh bermain bola dibelakang rumah bersama Encik Badrul.
"Dah lebih lima jam dia main permainan video tu. Kami dah puas pujuk dia suruh bercakap,tapi dia tak mahu. Katanya dia mahu Alicia." Kata Puan Fauziah. Iman terkejut. Apa yang telah terjadi pada Ali sehingga dia hanya inginkan Alicia ketika ini?
"Dia jumpa Rudy masa dalam perjalanan balik dari temujanji tadi. Sejak dari tu dia akan diam sampai dia tak nampak muka Alicia. Ayah rasa dia takut." Encik Badrul membuat andaian. Iman dan Puan Fauziah mengangguk setuju. Mereka juga kurang mengerti kenapa Ali jadi begitu.
Encik Badrul berjalan meghampiri Ali lagi. Dicuba mengentuh tangan Ali tapi ditepi oleh Ali. Sekali lagi dicuba,begitulah juga hasilnya. Encik Badrul menghela nafas. "Boleh kamu telefon Alicia suruh cepat balik? Ayah risau dengan keadaan Ali ni." Kata Encik Badrul. Iman hanya mengangguk dan segera menelefon Alicia.
Bersambung....
YOU ARE READING
Still Together For You
Teen FictionAlicia dan Ali pada asalnya adalah kembar yang sangat rapat dan akrab. Kemana saja mereka pergi sering bersama malah mereka juga melakarkan impian yang sama iaitu ingin mengubah nasib keluarga mereka yang susah itu. Ayah mereka Haji Ghazali hanya be...