Bab 21 (Epilog)

170 16 8
                                    

Ali menolak kasar tubuh Inspektor Chris yang cuba menghampirinya. Matanya yang masih mengalirkan air mata itu memandang tajam ke arah Inspektor Chris yang cuba memeluknya dan menenangkannya.

"Maafkan saya Ali. Saya salah dalam hal ni. Kalau saya dan pasukan saya cepat,kita mesti boleh selamatkan Alicia. Saya betul-betul minta maaf,Ali." Minta Inspektor Chris pada Ali. Ali menggeleng kepalanya lalu dia memukul dirinya sendiri. Iman terus saja memegang kedua tangan Ali menghalang agar terus melakukan perbuatan itu.

"Ali salah. Ali yang salah. Sekarang Icha tak ada dengan Ali. Icha Ali dah tak ada." Adu Ali sambil menangis lagi. Inspektor Chris memandang simpati terhadap Ali lalu dia memandang tepat kearah empat orang manusia yang sudah berjaya diberkas itu.

"Saya janji Ali. Kali ini mereka tak akan terlepas. Mereka akan dapat balasan yang setimpal. Saya akan pastikan itu." Janji Inspektor Chris lalu terus saja meminta izin untuk beredar membawa pesalah itu ke balai polis.

*****

Ali merenung dua buah pusara yang sudah berdiri tegak. Semua orang kampung sudah beredar pulang dan hanya tinggal Ali serta keluarga Iman saja di tanah perkuburan itu. Iman berjalan menghampiri Ali dan duduk mencangkung disisi Ali.

"Jom kita balik,Ali." Pelawanya lembut. Ali menggeleng perlahan.

"Kenapa Ali tak nak balik?" Soal Iman.

"Ali nak tunggu Icha. Ali nak tunggu sampai Icha bangun." Jawab Ali. Iman memandang tepat ke arah pusara milik Alicia. Kemudian dia tersenyum nipis.

"Alicia mesti tak nak Ali macam ni. Ali kena teruskan hidup. Iman yakin Alicia ada sedang perhatikan Ali. Alicia sentiasa ada bersama Ali dan tak akan pernah tinggalkan Ali. Jadi...Ali kena kuat dan teruskan hidup Ali dengan baik dan sihat." Pujuk Iman. Ali memandang ke arah Iman dengan wajah polos.

"Siapa akan jaga Ali nanti?" Soalnya. Iman tersenyum.

"Iman dan keluarga Iman akan jaga Ali. Kami akan pastikan Ali selamat sama macam Alicia buat. Ali boleh percaya dan bergantung pada kami." Iman menunjukkan pergelangan bajunya ke arah Ali.

"Iman janji dengan Ali." Iman tersenyum manis. Ali juga turut membalas senyuman Iman dan memegang pergelangan baju Iman. Setelah itu mereka  berjalan ke arah kereta.

S
K
I
P

10 tahun kemudian....

"Ibu,apa yang kita buat dekat kubur ni." Ahmad Amran yang berusia lima tahun menyoal kepada Iman ketika dia  berada dalam dukungan Iman. Iman mencuit perlahan pipi anak sulungnya itu.

"Kita ke sini sebab nak ziarah arwah mak cik kamu. Dia tu adik kembar ayah." Beritahu Iman.

"Icha yang selalu ayah cerita tu ke?" Duga Amran. Iman mengangguk dengan soalan itu.

"Dia pun istimewa macam ayah juga?" Iman menggeleng kepala. "Makcik Alicia normal. Ayah je manusia istimewa. Mak cik Alicia sayang sangat pada ayah." Beritahu Iman.

"Ayah pun sayangkan mak cik Alicia juga?" Iman tersenyum. Ada saja karenah anaknya ini memang sama dengan Ali. Setelah mereka tiba dipusara Alicia dan Haji Ghazali,terus saja mereka membersihkan apa yang patut dan sedekahkan Alfatihah.

"Iman masih nak kerja dekat restoran tu lagi ke?" Tanya Ali saat mereka dalam perjalanan pulang dari tanah perkuburan.

"Kenapa? Ali tak bagi Iman kerja dekat restoran tu ke?" Duga Iman. Ali laju saja menggeleng. Dia meneruskan pemanduannya. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Semalam Ali mimpi Icha. Icha datang jumpa Ali." Beritahu Ali ceria.

"Jadi sebab tulah Ali nak pergi kubur Alicia hari ni." Ali tersengih sambil menggaru lehernya yang tidak gatal. "Ali takut Icha marah Ali." Jawabnya selamba. Iman menghela nafas lega. Dia memegang tangan Ali erat.

"Jangan risaulah. Iman yakin mesti Icha gembira sekarang bila tengok Ali dah ada keluarga sendiri."

"Tapi Iman jangan marah tau sebab Icha tu kekasih Ali." Gurau Ali. Iman tertawa. Ada saja perangai Ali ni.

"Alicia tu kekasih Ali. Tapi Iman ni isteri Ali." Ujar Iman membalas.

"Ali sayang dua-dua. Dan....Ali sayang Amran juga." Sambung Ali lagi.

Sepuluh tahun lalu,Inspektor Chris berjaya menangkap Jet iaitu adiknya sendiri bersama Roza,Rudy dan Ammar. Dan mereka semua terima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Jet seorang pengedar dadah dan juga seorang perogol telah dihukum penjara seumur hidup. Roza pula dihukum penjara selama 25 tahun atas kesalahannya cuba membunuh serta disebat 100 kali. Rudy yang didapati telah membunuh Alicia dalam keadaan waras telah dihukum gantung sampai mati. Manakala Ammar pula hanya penjara selama 15 tahun.

Harta pusaka yang sepatutnya diberi kepada Ali telah difaraid dan semuanya jatuh milik Ali kerana semua adik-beradiknya di dapati tidak layak untuk mewarisinya. Ali juga telah meminta bantuan Encik Badrul untuk projek kilang prosesan makanan yang telah dirancang bersama Alicia dulu.

Sementara Ali dilatih oleh seorang pakar yang berkebolehan,Encik Badrul dan Iman telah membantu menguruskan kilang Ali dan kini,Ali hanya perlu tunggu duit keuntunggan masuk kedalam Akaunnya kerana kilangnya sangat berkembang dan maju.

Setelah itu,Encik Badrul telah menikahkan Iman dengan Ali dan kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ahmad Amran Bin Muhammad Ali. Iman bersyukur kerana melihat Ali sudah banyak berkembang. Walaupun dia masih 'manusia istimewa' dan memerlukan banyak perhatian dan penjagaan,sekurang-kurangnya Ali sudah mampu untuk melakar masa depannya sendiri dengan baik.

Alicia,kau jangan risau ya. Aku janji akan jaga Ali baik-baik dan aku harap kau sendiri nampak yang Ali baik-baik saja. Jadi....tenanglah kau dekat sana ya,Alicia.







-tamat-

Fuh! Akhirnya siap juga fanfic kali ini.
👏👏👏👏
Terima kasih banyak kepada yang setia menyokong dari permulaan cerita sehinggalah ke final ni. Walaupun author terlewat update dan sebagainya. Korang masih setia untuk tunggu sampai update chapter baru.

Macam mana? Korang puas hati dengan endingnya?

Author faham mesti ramai yang tak puas hati kenapa Alicia mati,kan? 😅
Tapi tak apa sekurang-kurangnya watak jahatnya mendapat balasan yang sewajarnya,kan?

Okey cukup untuk semua ni. Sila tinggalkan komen korang mengenai keseluruhan story 'still strong for you' ni dekat ruangan komen.

Author mohon ya😢

Tapi tak apa...ini bukan satu paksaan.

Author cuma nak tahu perasaan korang semua yang membaca fanfic ni je.

Author sayang korang semua sahabat-sahabat dunia oren sekalian.

じゃあまたねえ[jumpa lagi]

👋👋👋

Still Together For YouWhere stories live. Discover now