Bab 11

113 14 3
                                    

Seminggu kemudian....,

"Baiklah. Terima kasih sebab sudi jemput kami Iman. Aku tunggu kau." Alicia menamatkan panggilan telefonnya dan kembali memasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia menoleh ke belakang melihat Ali yang duduk di bangku tempat menunggu bas. Dia terus berjalan dan duduk di sisi Ali.

Sebaik saja Alicia duduk,Ali dengan spontan terus menjatuhkan kepalanya ke peha Alicia. Alicia hanya membiarkan saja sambil jari jemarinya menjadi mainan Ali. "Ali nak jumpa ayah. Boleh Icha bawa Ali jumpa ayah nanti?" Pinta Ali sambil bermain dengan jari jemari Alicia.

"Hm...nanti bila dah sampai kampung,kita jumpa ayah." Balas Alicia. Hakikatnya,dia masih belum bersedia untuk melawat kubur Haji Ghazali. Dia tidak pasti sama ada dia akan tetap kuat dihadapan Ali saat bertemu ayahnya nanti. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Ali.

Ali tersenyum. Beberapa minit mereka menunggu dan akhirnya Iman tiba bagi menjemput mereka dua beradik. Iman menjemput mereka dengan kereta ayahnya. Ali yang masih lena diangkat oleh ayah Iman lalu dimasukkan ketempat duduk penumpang.

***skip***

Ali mengusap tanah lembut tanah perkuburan Haji Ghazali. Sesekali tangannya menepuk tanah yang tertimbus itu. Ada kalanya dia akan tertawa teruja. Alicia yang sedang membaca surah Yasiin sedikit terganggu dan segera menghentikan perbuatan Ali. Tangan Ali dipegangnya lembut.

"Ali,jangan buat macam tu. Kesian ayah sakit. Ali tak suka tengok ayah sakitkan?" Duga Alicia. Ali pantas menggeleng. "Ali tak suka! Ali tak suka bila ayah dan Icha sakit."balas Ali.

"Jadi...jangan buat macam tu sebab nanti Ali akan sakitkan ayah dan jangan bising sebab nanti Ali akan ganggu ayah nak tidur." Kata Alicia memujuk lembut. Ali akur dan duduk dengan diam sehingga Alicia selesai membaca surah Yasiin.

"Bila ayah nak bangun dari tidur?" Tanya Ali ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Lama. Sangat lama dan ayah tak akan bangun lagi." Jawab Alicia.

"Icha akan tidur lama macam tu juga?"

Soalan itu membuatkan Alicia terkedu. Semua orang akan mati,Ali. Bisik hatinya namun tidak terluah. Melihat yang soalannya yang tidak mendapat jawapan Ali terus bertanya lagi. "Icha akan tidur lama dan tak akan bangun lagi sama macam ayah?" Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Icha akan tinggalkan Ali?"

"Tak mungkin! Icha tak akan tinggalkan Ali. Kemana saja Icha pergi Ali akan ikut Icha. Bersama Icha."

"Tapi Icha kata nak jadi jurutera. Icha kata nak sambung belajar  dekat bandar dan ubah nasib keluarga kita. Sebab...," perkataan Ali yang tergantung membuatkan Alicia tanda tanya. "Sebab apa,Ali?" Tanya Ali ingin tahu.

Ali tersenyum nipis sambil memandang tanah yang sedang dipijaknya. "Sebab Ali cacat. Ali tak boleh diharap untuk ubah nasib keluarga kita. Ali cacat dan tak guna." Kata Ali perlahan. Sekali lagi Alicia bagaikan dipanah perit. Dia rasa dirinya begitu teruk.

"Kenapa Ali cakap macam tu? Ali tak sayang Icha ke?" Tanya Alicia bertubi. Ingin saja dia menampar Ali ketika itu tapi jika dia berbuat begitu pasti akan menambahkan lagi rasa bersalahnya terhadap lelaki itu.

"Sayang. Ali sayang sangat Icha. Tapi...," Ali menoleh ke arah Alicia sekilas. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Ali cacat dan Icha benci keadaan itu." Langkah Alicia terhenti. Sekali lagi lututnya terasa lemah. Kedua tangannya digengam penumbuk. Bibir bawahnya digigit. Air matanya tumoah lagi. Kali ini sudah tidak mampu dikira lagi berapa banyak kali dia menangis menyesali kesilapan lampaunya terhadap manusia istimewa ini.

Ayah,maafkan saya. Ampunkan Alicia ayah. Ali....ampunkan aku. Ampunkan aku sebab abaikan kau dulu. Ampunkan aku,Ali.....,

***skip***

Hujan lebat diluar menandakan bahawa rahmatnya sedang turun melimpahi seluruh alam. Alicia yang sedang lena dibuai mimpi kerana kenikmatan hujan terjaga akibat satu bunyi jatuhan yang kuat. Rumah kayu ini memang akan menghasilkan bunyi yang kuat jika keadaan sunyi sepi.

"Along....jangan buat Ali macam ni....,"

Suara sayup itu mengejutkan Alicia. Apakah Rudy pulang kerumah? Bagaimana dia mengetahui bahawa Ali sudah pulang?

"Along....Ali tak nak.....,"

"Diamlah budak cacat! Nanti kau akan kejutkan adik kau dekat bilik sebelah. Sakit tahu bila dia pukul aku." Marah Rudy.

"Along....Ali.....,"

Buk!

Rudy pengsan dan jatuh menyembah lantai. Alicia memukul kepala Rudy dengan sebatang kayu yang memang sudah tersedia dalam biliknya untuk situasi kecemasan.

"Lelaki tak guna! Kau jauh lebih teruk dari Roza. Walaupun dia seorang pelacur yang sanggup paksa adiknya sendiri rosakkan dia,sekurang-kurangnya dia tak buatkan adiknya sendiri jadi seperti kaum Luth!" Amuk Alicia sambil memukul kepala Rudy yang tidak sedarkan diri itu.

Ali yang melihat kejadian itu menangis kerana ketakutan. Mendengar tangisan Ali,Alicia terus tersedar dari perbuatannya. Dia menoleh memandang Ali yang ketakutan. Dia mencapai selimut lalu ditutup tubuh Ali yang tiada sebarang pakaian itu. Terus saja tubuh Ali dipeluknya.

"Icha,Ali takut. Ali takut." Tangis Ali dalam pelukan Alicia. Semakin erat pelukan Alicia terhadap Ali. Kepala Ali diusap lembut agar dia segera bertenang. "Jangan takut. Icha ada dengan Ali. Ali jangan takut lagi." Pujuk Alicia.

Jika Ali terus tinggal disini,dia akan diapa-apakan oleh Rudy. Aku tak boleh biar perkara tu terjadi. Aku kena bawa Ali pergi. Jauh dari sini. Jauh dari manusia yang ingin rosakkan dia lagi.

Alicia bernekad. Dia adalah penjaga dan pelindung Ali. Dia akan lindingi Ali sehingga akhir hembusan nafasnya.

Bersambung.....

Still Together For YouWhere stories live. Discover now