Bab 9

99 14 3
                                    

Ali sudah lena dibuai mimpi. Seperti yang dikatakan oleh Dr.Anis tadi,sudah tiga hari Ali tidak tidur dan keadaan itu sangat bahaya untuk otak dan emosinya memandangkan kini dia sudah pun pernah disuntik dadah secara paksa dalam tubuhnya. Mujurlah,Chris dan Khai masih tidak terlambat dan kini Ali selamat. Dia cuma perlu tinggal dihopital beberapa hari untuk rawatan lanjut. Alicia kini mampu menghela nafas lega.

Walaupun keadaan Ali sudah baik,namun tidak bagi dirinya. Kemungkinan atas apa yang pernah terjadi pada dirinya akan menyebabkan dirinya mengalami trauma terhadap sentuhan mengejut. Alicia bersandar di kerusi tempat dia duduk. Matanya masih merenung Ali yang masih lena.

Tangan lelaki itu dipegang lembut. Inilah kali pertama dia menyentuh Ali sejak peristiwa itu. Peristiwa yang mengubah 360° kehidupan Muhammad Ali yang dia sangat kenali. Mengubah kehidupan abang kembarnya sehingga membuatkan Ali berubah menjadi lelaki paling istimewa di sisi tuhan.

"Maaf,Ali. Semua ni tak akan terjadi kalau aku lebih ambil berat terhadap kau. Disebabkan keegoan aku,kau jadi mangsa Rudy dan Roza,abang dan kakak kita sendiri. Maafkan aku,Ali." Ucap Alicia perlahan. Dia tidak mahu membangunkan Ali. Dia ingin membawa Ali pulang ke kampung dalam keadaan Ali yang sudah pulih.

Alicia berjalan keluar dari wad Ali dirawat. Dia ingin ambil angin seketika sambil menenangkan fikirannya. Langkahnya terhenti saat dia melihat Chris. Chris terus berjalan pantas mendapatkan Alicia. "Boleh kita bercakap sekejap?" Tanya Chris. Alicia hanya mengangguk dan mereka duduk disebuah taman.

"Sebelum tu saya minta maaf. Saya tak jalankan tugas dengan baik sebagai seorang pegawai polis. Abang awak jadi mangsa." Ucap Chris serba salah. Alicia hanya tersenyum nipis. Dia memandang tanah.

"Bukan salah encik. Ianya salah saya. Sekiramya saya lebih bertanggungjawab dan amanah terhadap anak syurga seperti Ali,pasti saya tak perlu menyusahkan encik." Jawab Alicia. Chris diam kelu. "Roza tu kakak awak dan Ali kan?" Tanya Chris. Alicia memandang Chris sekilas lalu memandang ke hadapan.

"Saya tak rasa yang dia tu layak jadi kakak saya dan Ali. Dia tak pernah jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang kakak malah dia lebih membebankan arwah ayah kami." Tuntas Alicia geram. Chris berdiam diri seketika. Menanti sambungan kata-kata Alicia.

"Tapi saya sedar,air dicincang tak akan putus. Apa pun yang jadi,dia tetap kakak saya dunia akhirat walau seteruk mana pun dia." Sambung Alicia. Dia memandang ke arah Chris yang berdiam diri. "Kenapa encik tanya?" Tanya Alicia pula. Chris menghela nafasnya sebelum menjawab pertanyaan Alicia.

"Roza tu ada hubungan dengan adik saya,Jet. Malah,sudah banyak kali dia diperkosa oleh adik saya. Jet membeli tempat pelacuran tu sebagai syurga idamannya bersama Roza dengan menggunakan harta pusaka keluarga kami. Saya benar-benar kecewa dengan sikapnya dan berharap dia kembali ke pangkal jalan." Alicia terkejut. Dia tahu selama ini memang Roza seorang pelacur tapi dia tidak pernah tahu siapa lelaki yang snggup Roza jual harga dirinya itu.

"Sebagai tanda maaf,bil rawatan Ali saya akan bayar. Sebab...saya tak pasti awak akan maafkan saya atau tidak. Saya tahu semua ni salah saya. Maafkan saya,cik!" Ucap Chris sambil melutut dihadapan Alicia. Alicia hilang kata-kata. Lelaki dihadapannya ini juga turut membisu. Adik kepada lelaki ini telah merosakkan Ali. Alicia mengigit bibirnya tanda geram.

'Memaafkan itu memang tidak mampu mengubah apa-apa Alicia. Tapi memberi kemaafkan itu juga yang mampu memberi kita sebuah ketenangan yang cukup luar biasa.'

'Sejuta kali orang buat salah pada aku,aku tetap akan maafkan dia sebab memaafkan itu adalah sesuatu yang mulia.'

Alicia menarik nafasnya dalam lalu dihembuskan perlahan. Kata-kata Haji Ghazali dan juga Ali tiba saja terlintas dimindanya membuatkan dia tidak jadi untuk membenci Chris. Chris tidak bersalah. Tapi yang salah adalah adiknya,Jet. "Encik jangan minta maaf pada saya. Encik tak ada sebarang kesalahan pun terhadap saya. Tapi...terima kasih kerana sudah berterus terang dengan saya." Ujar Alicia sambil tersenyum.

Still Together For YouWhere stories live. Discover now