Bab 3

114 11 2
                                    

Matahari memancar terik diatas kepalanya. Namun itu tidak menjadi penghalang bagi dirinya untuk duduk menunggu dihadapan pondok perhentian bas dihadapan sekolah itu. Tangannya menyeluk poket seluar pendeknya lalu mengeluarkan sebungkus gula-gula lalu dibuka dan dimakan.

Pandangan matanya tertumpu ke arah dalam banggunan sekolah. Kelibat pelajar-pelajar sudah kelihatan berjalan keluar dari sekolah. Waktu sekolah sudah taman. Semakin teruja dia dibuatnya. Dari luar dia mencari-cari kelibat seseorang dalam perkumpulan pelajar-pelajar itu.

Alicia berjalan menuju ke tempat letak basikal bersama Iman dan Moon. Ketika itu,dia ternampak kelibat seseorang yang cukup dia kenali. Terus tidak jadi dia ingin pulang awal.

"Hmm,korang! Aku rasa aku nak pergi pinjam buku dekat perpustakaanlah. Korang baliklah dulu. Jumpa nanti." Kata Alicia lalu berjalan kembali masuk ke dalam kawasan sekolah. Iman dan Moon memandang pelik dengan sikap teman mereka yang satu itu. Mereka tahu Alicia memang seorang yang rajin,namun tidaklah seperti ini.

"Tak pelah. Kita balik berdua jelah,Iman." Kata Moon lalu mula menaiki basikalnya. Iman mengangguk lalu melakukan perkara yang sama seperti Moon dan mereka mengayuh basikal pulang.

Suasana sekolah semakin sunyi. Sudah tiada walau seorang pun pelajar yang ada kecuali beberapa orang guru yang masih belum pulang. Alicia melihat jam tangannya. Sudah tepat jam 3 petang. Dia berkemas dan keluar dari perpustakaan dan kembali ke pondok basikal.

"Hehehe,Icha!" Tegur Ali mesra ketika manusia yang ditunggu hampir sepanjang hari ini akhirnya kelihatan juga. Dia memengang kemudi basikal milik Alicia. "Jom balik sama-sama. Ali bawa Icha. Icha duduk belakang." Pelawa Ali. Alicia terus saja menolak Ali agar menjauh dari basikalnya.

"Apa yang kau buat dekat sini? Boleh tak jangan nak menyemak dalam hidup aku?! Aku rimaslah kena hadap muka kau je!!" Marah Alicia. Ali hanya memandang tepat ke arah Alicia. Dia takut Alicia akan memukulnya lagi. Dia menundukkan sedikit kepalanya menahan takut.

"Ali nak jalan-jalan dengan Icha pusing kampung. Sebab tu Ali ikut Icha sampai sini. Tapi Ali tak boleh masuk,ada abang tu tak bagi. Jadi...Ali tunggu Icha sampai Icha keluar." Beritahu Ali. Alicia tertawa sinis. Lucu dengan sikap Ali yang baginya terlalu tidak masuk akal itu.

"Aku? Kau? Jalan-jalan pusing kampung?" Duga Alicia dan mendapat anggukkan kepala dari Ali. Terus saja kepala Ali ditunjalnya kasar. "Kau ingat perkara tu akan berlaku? Jangan mimpilah budak cacat! Kalau aku pergi jalan-jalan dengan kau,habis semua kawan-kawan aku akan tahu yang kau tu kembar aku! Terus kecoh satu sekolah yang abang Ali seorang cacat!" Sambung Alicia.

"Ali tak cacat! Ayah cakap Ali sakit je. Ayah cakap Ali akan sihat." Bantah Ali. Sekali lagi Alicia tertawa sinis. "Kalau kau tak cacat Ali,kenapa kau tak boleh cakap macam remaja normal yang lain? Kenapa kau tak pergi sekolah macam aku? Kenapa kau tak berfikir macam remaja normal yang lain?!"

Kini Ali diam. Kali ini semakin besar gelak Alicia. Sekali lagi kepala Ali ditunjalnya. "Sebab kau tu memang cacat." Bisik Alicia tepat ke telinga Ali. Terus saja dia menunggang basikalnya dan mengayuh pulang ke rumah. Ali yang masih berdiri disitu dibiarkan saja. Langsung tidak dipelawa untuk turut membongceng basikalnya.

***skip***

"Roza!!!"

Roza yang sedang bersiap mahu merima kedatangan pelanggannya terhenti ketika melihat wajah lelaki ini di depan pintu biliknya. Terus saja dia menghela nafas kesal. Dia tahu apa tujuan kedatangan lelaki itu ke biliknya.

"Aku tak boleh layan kau malam ni. Aku sudah ditempah." Tolak Roza sinis. Lelaki itu juga turut menghela nafas kesal. Memang itu apa yang dia inginkan namun ada sesuatu yang lebih penting daripada perkara itu.

"Bila kau nak serahkan budak tu dekat aku. Budak-budak aku dah semakin berkurangan tahu? Makin ramai,makin bagus." Kata lelaki itu. Roza sekali lagi menghela nafas kesal. Rokok yang sedang dihisapnya dipadam lalu berjalan menghampiri lelaki yang masih berdiri di depan pintu biliknya.

Roza terus memeluk leher lelaki itu. "Sabarlah sikit,Jet. Lagi dua bulan aku balik ke sana dan aku janji aku bawa budak tu sekali dan bagi pada kau. Masa tu kau kena tunaikan janji kau pada aku." Pujuk Roza penuh menggoda. Jet tidak dapat menahan nafsunya. Terus dia menolak Roza masuk ke dalam biliknya semula lalu dikunci pintu.

"Apa yang kau buat ni,Jet? Aku dah disewalah." Tanya Roza manja ketika Jet mula bertindak diluar kawalan.

"Tak kanlah kau tak tahu siapa yang sewa kau? Aku kan pelanggan tetap kau setiap malam." Jawab Jet. Roza tersenyum menggoda. Dia tahu pasti manusia yang menyewanya itu adalah Jet. Dia dengan rela menyerahkan dirinya pada Jet.

***skip***

"Ali,nanti bila ayah dah tak ada...Ali jaga diri tau." Pesan Haji Ghazali pada Ali ketika mereka sedang bersantai diberanda rumah kayu itu. "Ayah nak pergi mana?" Tanya Ali polos. Haji Ghazali mengusap rambut Ali lembut. Dia tersenyum manis pada anak syurganya ini.

"Ayah nak pergi tempat yang jauh sangat." Kata Haji Ghazali cuba berseloroh. "Tepat jauh? Ali nak ikut ayah,boleh? Kita bawalah Icha sekali." Tanya Ali sejurus itu Haji Ghazali menggeleng kepalanya.

"Tak sayang. Ali dengan Alicia tak boleh ikut ayah. Ayah pergi ayah tak balik dah. Ayah pergi tempat tu lama. Lama sangat." Kata Haji Ghazali. Ali menganguk akur. "Nanti kalau ayah nak balik sini,ayah jangan lupa belikan Ali gula-gula,ya." Pesan Ali yang tidak mengerti apa-apa. Haji Ghazali terus memeluk tubuh anak syurganya ini. Kata-kata Ali tadi dibiarkan sepi.

Maafkan ayah,Ali.

To be coutinued...

Still Together For YouWhere stories live. Discover now