Bab 16

99 11 7
                                    

Ammar berjalan masuk kedalam lorong gelap itu. Biasanya kawasn itu dipenuhi dengan perbuatan maksiat. Seseorang sedang menunggunya disitu. Dia bersandar di dinding sambil memeluk tubuh.

"kau dah jumpa budak tu?" Ammar tertawa sinis dengan persoalan itu.

"Ini Ammar. Mestilah aku dah jumpa. Sekarang ni...kau nak aku buat apa?" Soal Ammar pula sambil menjawab persoalan itu.

"Aku nak kau bawa budak tu dekat aku...aku nak budak tu hidup-hidup." Ammar menghela nafas kesal.

"Kenapa aku kena dia bawa hidup-hidup pula? Aku baru cadang nak belasah budak tu sampai mampus." Balas Ammar sambil menumbuk tapak tangannya sendiri.

"Kau jangan. Ingat sikit aku yang bayar yuran kursus kau tu kalau kau tak nak keluarga kau diapa-apakan. Kau kena ikut cakap aku." Ammar menghela nafasnya. Jika dia tidak fikirkan mengenai yuran kursus dan keluarganya,pasti dia sudah lari dari lelaki ini.

"Yelah. Aku buat macam yang kau suruh." Ujar Ammar pasrah.

***skip***

"Yeah!! Kita nak keluar pekan. Kita nak keluar pekan!" Sorak Ali ceria ketika dia mendapati bahawa mereka akan keluar pelan mencari keperluan bulanan rumah. Melihat keterujaan Ali itu membuatkan mereka semua tersenyum gembira.

"Boleh beli coklat sekali?" Tanya Ali manja kepada Alicia. Ketika itu Alicia menghulurkan kemeja yang telah siap digosoknya ketika itu untuk Ali pakai. Gadis ini hanya mengangguk.

"Boleh beli mainan sekali?" Tanya Ali lagi. Dia mencapai kemeja yang dihukur Alicia itu lalu disarung ketubuhnya yang sudah bersinglet dan berseluar slack hitam.

"Yang itu kena tanya pakcik. Kalau pakcik izinkan,baru boleh kita beli." Jawab Alicia. Ali terus memandang ke arah Encik Badrul meminta kebenaran. Encik badrul hanya tersenyum dan megangguk. Setelah itu dia kembali memandang Alicia.

"Pakcik bagi! Kita beli ya nanti." Kata Ali lagi. Alicia hanya mengangguk pasrah dengan kata-kata Ali itu. Saat dia sedang melihat Ali memutang kemejanya terus saja dia maju ke arah Ali dan membetulkan butang baju yang senget dikerjakan Ali itu.

"Duduk diam. Biar Icha buat. Ali buat senget." Katanya menyuruh Ali duduk diam. Ali akur dan berdiri tegak. Ini kali pertama dia memakai kemeja. Selama ini dia hanya bert-shirt biasa dan bersekuar pendek. Sejak akhir-akhir ini saja pakaiannya sudah sedikit kemas dan menampakkan dia seperti seorang remaja lelaki.

Setelah selesai,rambutnya pula disisir Alicia. Dia mendapati bahawa rambut Ali sudah sedikit panjang dan harus digunting. "Hm...rasanya rambut Ali ni dah kena gunting. Dah panjang. Kita pergi kedai gunting rambut sekali nanti." Ujar Alicia.

"Tak nak!"

"Laaa.....kenapa tak nak pula?"

"Nenek tu gunting rambut Ali sakit. Ali tak nak gunting rambut."

"Kita cari kedai lain. Rambut Ali tak boleh panjang,nanti Ali boleh demam selsema." Pujuk Alicia. "Nanti Icha teman sekali macam biasa." Sambungnya lagi. Ali perlahan-lahan mengangguk. Alicia tersenyum lalu mencubit lembut pipi Ali. Ali tertawa ketika Alicia mencubit lembut pipinya yang sedikit tembam itu.

***skip***

Alicia melihat dengan teliti rambut Ali yang sedang digunting oleh seorang lelaki yang baru saja seminggu membuka cawangan gunting rambut disekitar kawasan ini. Ali sedang asyik memakan coklat cadbury yang dibeli Alicia sambil membiarkan rambutnya digunting.

"Macam ni sudah okey?" Tanya lelaki itu pada Alicia meminta pendapat. Alicia berjalan menghampiri mereka lalu memeriksa rambut Ali.

"Boleh awak tolong nipiskan sedikit bahagian atas dan keliling ni. Lepas tu dibahagian depan ni cuma pendekkan saja." Kata Alicia. Lelaki ini menangguk akur dan kembali melakukan kerjanya. Alicia kembali pergi ke kerusi menunggu.

"Icha,Ali nak coklat lagi." Pinta Ali. Alicia hanya menurut. Hanya itu saja caranya untuk dia buat Ali duduk diam sambil menunggu rambutnya digunting. Dia mengambil sebungkus lagi coklat cadbury dalam begnya dan diberikan kepada Ali.

Setelah hampir 15 minit menunggu,akhirnya rambut Ali siap digunting. Alicia membayar dan berjalan keluar dari kedai bersama Ali. Ketika ingin menuju ke tempat yang dijanjikan bersama keluarga Iman,seseorang menyapanya.

"Hello,Alicia. Kau buat apa dekat pekan ni?"

"Oh,Ammar! Aku ikut Iman dan family dia keluar beli barang. Sambil tu aku bawa Ali pergi gunting rambut." Jawab Alicia. Dia memandang Ammar yang pelik. "Kau buat apa dekat sini?"

"Sama juga macam kau. Aku nak pergi gunting rambut." Jawab Ammar sambil bermain dengan rambutnya yang kelihatan agak panjang itu. Sesekali,dia menjeling memandang Ali yang sedang leka dalam dunianya sendiri tanpa menyedari kehadirannya. Terus saja rambut Ali dikusutkannya.

Ali terkejut. Terus saja menjadi resah. Alicia terkejut dengan tindakan Ammar terus menjeling tajam kearah Ammar. "Apa yang kau buat?! Terkejut dia tahu tak." Marah Alicia sambil memeluk bahu Ali sambil mengusap dadanya agar dia bertenang. Nafas Ali turun naik. Ammar membuat muka tak bersalah.

"Sorry. Manalah aku tahu dia akan cepat terkejut sampai jadi macam tu. Lagi pun,aku tak ada adik beradik cacat." Ujar Ammar. Alicia yang sedang berusaha menenangkan Ali mendengarkan perkataan itu terus saja merenungnya tajam. Geram dia dengan kata-kata Ammar tadi.

"Apa kau cakap? Cacat? Abang aku cacat?" Duga Alicia.

"Dia tak cacat. Dia cuma berbeza dengan orang lain. Dia istimewa! Jaga sikit mulut kau tu kalau nak bercakap." Kata Alicia keras. Setelah Ali sedikit tenang,dia terus mengajak Ali pergi segera. Ammar yang baru saja dimarahi itu hanya memandang mereka sehingga hilang dari pandangan mata.

"Kau boleh seronok sekarang budak. Tak lama lagi,adik kesayangan kau tu akan jadi milik aku dan kau akan balik ke 'sarang' kau semula." Kata Ammar pada dirinya semula.

"Dan kau Alicia...kau akan temui ajal kau tanpa sempat kau temui dia lagi." Sambung Ammar lagi. Dia mengukir senyuman sinis penuh makna lalu melangkah pergi ke kedai gunting rambut.

Bersambung,...

Sorry pendek guys. Author tak ada idea sikit dan bertambah sibuk sikit nak sambung. Tapi...author gagahkan juga untuk sambung sebab korang semua.

Thanks support author dan maaf untuk semua typo yang ada😁😅

Stay tune for the next chapter okey👌

Bye~bye~👋👋

Still Together For YouWhere stories live. Discover now