Chris berjalan menghampiri Jet yang sedang menunggunya sambil bersandar di dinding banggunan. "Aku nak kau berhenti sekarang,Jet. Masih ada masa untuk kau kembali ke jalan yang sepatutnya. Masih ada banyak masa Jet. Kembalilah dan jangan teruskan apa yang kau dah rancang tu."
Jet tersenyum sinis. "Kau nak suruh aku berhenti? Tak mungkin aku akan berhenti,Chris. Kau dan pasukan polis kau tak mampu halang aku dan aku akan dapat budak tu walau aku terpaksa korbankan salah seorang dari mereka."
"Apa yang kau dapat kalau kau buat semua tu? Budak tu tak bersalah,Jet!"
"Habis?! Kau nak salahkan diri kau sendiri kenapa aku jadi macam ni?" Jet menunjukkan ke arah kaki kirinya. Dimana terdapat kaki palsu yang sudah digunakan Jet sejak dari usianya 16 tahun.
"Aku tahu..masa tu memang aku salah. Tapi kau masih tak terlambat untuk ubah semuanya. Kau boleh sertai kau dalam pasukan polis. Bakat menembak kau memang sangat diperlukan."
"Argh! Sudahlah,Chris! Aku tetap akan teruskan rancangan aku. Kalau kau nak terusnhidup,baik kau jangan masuk campur dalam urusan aku sebab kita berdua tak pernah ada kaitan." Kata Jet lalu dia berjalan pergi dari kawasan itu. Chris h9anya menghela nafas dan memerhati kelibat Jet yang makin menghilang.
Tapi...kau tetap adik aku,Jet. Keluh Chris sendiri dengan sikap adiknya ini. Namun dia sudah berjanji dengan arwah mama dan papanya bahawa dia akan menjaga Jet dengan baik.
***skip***
Alicia menghela nafas. Sesekali dia melihat jam tangannya. Ada kalanya dia memandang sekeliling taman dimana menjadi tempat dia sedang menunggu. Telefon yang masih erat dipegang sesekali dipandang.
Selang beberapa minit,barukah insan yang ditunggu memunculkan diri. Dia tersenyum tanpa rasa bersalah bahawa dia sudah terlambat. Alicia bercekak pinggang bersama wajah masam mencuka.
"Kau tahu tak yang kau dah lambat. Kalau aku ni mangsa langgar lari,mungkin aku dah hampir mati tahu." Sindir Alicia memarahi lelaki ini. Ammar yang mendengar sindiran itu hanya tersengih bagaikan kerang busuk.
"Sorrylah,Icha. Aku bukan sengaja nak lambat. Adik aku tadi ada saja benda yang diminta tolongnya,jadi....aku tak boleh nak menolak nanti dia merajuk." Minta Ammar yang juga dengan riak wajah yang tidak bersalah. Alicia menghela nafas kerana malas mahu melayan.
"Kalau kau tak nak terima maaf aku,tak apa. Aku ada ini sebagai tanda maaf." Ujar Ammar sambil menghulurkan sepapan coklat cadbury kepada Alicia sebagai tanda maaf. "Aku tak makan coklat." Selamba Alicia menolak. Dia sebenarnya bukan tak makan coklat,tetapi disebabkan Ali sangat mengemarinya Alicia lebih gembira jika melihat Ali yang memakannya.
"Abang kau kan suka. Kau ambillah bagi dia." Rayu Ammar lagi. Alicia tiada pilihan. Terpaksa juga diambilnya coklat yang sedang dihukur itu lalu disimpan di dalam beg tangannya.
"Yelah. Aku terima maaf kau dan....," Ammar memnadang tepat ke arah Alicia. Ingin tahu juga apa yang ingin dikatakan oleh gadis ini. "Jangan sesekali kau panggil aku dengan panggilan tu. Hanya abang aku je yang boleh panggil aku dengan panggilan tu." Amaran Alicia. Ammar hanya tertawa kerana telah berjaya mengusik Alicia.
"Yelah. Yelah. Aku faham. Aku bergurau je." Balas Ammar.
"Kenapa kau nak jumpa aku hari ni?" Tanya Alicia serius. Kerja berkumpulan mereka baru saja selesai dan Alicia tidak perlu lagi berurusan dengan Ammar. Tapi entah kenapa dia ingin berjumpa dengan Alicia walaupun bukan urusan tugasan.
"Aku nak ajak kau datang rumah aku. Mak aku nak sangat jumpa kau sebab aku selalu ceritakan pasal kau. Adik-adik aku juga mesti seronok jumpa kau." Beritahu Ammar. Mendengar itu,Alicia terus saja berjalan untuk beredar pergi namun terus saja dihalang oleh Ammar dengan memegang tangan Alicia.
YOU ARE READING
Still Together For You
Novela JuvenilAlicia dan Ali pada asalnya adalah kembar yang sangat rapat dan akrab. Kemana saja mereka pergi sering bersama malah mereka juga melakarkan impian yang sama iaitu ingin mengubah nasib keluarga mereka yang susah itu. Ayah mereka Haji Ghazali hanya be...