prolog✨✔️

142 9 0
                                    

Hai dan assalamualaikum para pembaca, dekat sini bell nak cakap ribuan terima kasih atas kerajinan awak yang nk baca cerita ni. Bell nak cakap awal-awal yang jalan cerita sedikit berterabur so kalau korang tak suka boleh skip baca sebab ini first karya bell yang di tulis pada tahun 2021 masih banyak kekurangan dan masih banyak lagi yang perlu bell pelajari.

Cerita ni hanya rekaan semata-mata dan kalau slow update Sorry sangat-sangat atau mungkin cerita ni akan HAITUS..

Itu sahaja, salam sayang bell pada korang bye dan assalamualaikum.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Satu bulan kemudian.

Aku berjalan tanpa hala tuju di suasana malam yang dingin pada jam dua pagi. Berjalan dan terus berjalan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Aku menaiki satu bangunan dua tingkat menggunakan tangga. Darah yang mengalir di lengan aku biarkan sahaja.
Yang ada dalam fikiran aku hanyalah menamatkan semua kesengsaraan ini.

Sampai di atap bangunan aku terus memanjat pagar di hujung atap. Mata hanya memandang ke arah langit.
'Umi Lieana minta maaf Liea terpaksa buat macam ni' ucap aku dalam hati
Aku mendepa kedua belah tangan lalu mata ditutup serapat-rapatnya. Cukup tiga langkah semua akan berakhir.

Satu langkah.

Dua langkah.

Tiga.......

'Liea minta maaf'

Belum sempat langkah dibuka untuk kali terakhir terasa ada satu tangan menarik kasar lenganku . Badan terus tertarik ke belakang.

" Kau dah gila ke, tak sayang nyawa! "Herdiknya.

"Lepas la!!" Jeritku kesal.

Lengan yang dia genggam kembali mengalirkan cecair merah. Aku menolaknya dengan kasar dan kembali ke arah pagar itu. Tiba-tiba badan aku dia peluk dari belakang dengan kuat. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Ingat tuhan.. Ingat keluarga kau...Kalau kau buat semua ni kau tak akan dapat lari dari masalah kau.. Dan lagi menimbulkan sengsara kau! "marah lelaki itu. Sakit di seluruh badan aku sedaya upaya di tahan .

"Tolong lepaskan aku,kau orang luar! kau tak tahu apa yang aku lalui!!...aku nak tamatkan semua ni..tolong lepaskan aku. " Mohon aku. Aku sudah tidak kuat untuk lalui semua ini.

"Aku tak akan." Balasnya tegas.

Aku terduduk sambil menangis teresak-esak . "Aku tak kuat, aku penat." Badan aku semakin lemah dan mata aku semakin layu. Aku rebah tidak sedarkan diri dalam pelukan lelaki itu...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Suasana pagi dan jalan yang tidak terlalu sesak memudahkan Irfan memandu ke sesuatu tempat yang dijanjikan. Irfan berhenti apabila berada di Traffic lights merah, dia membetulkan kaca mata hitam dan kemaskan sedikit hoddie ditubuh. Apabila Traffic lights berwarna hijau Irfan meneruskan perjalanan. Sampai di tempat yang dijanjikan, Irfan kemudiannya masuk ke dalam Cafe itu sambil mencari seseorang . Lelaki itu ternampak seorang yang melambai ke arah dia tidak mahu melengahkan masa langkahnya terus dibuka berjalan mendekati orang itu dan duduk di kerusi hadapan.

"Apa yang mahu dibincangkan? " Soal Irfan serius.

"Okey macam ni tuan, info yang tuan minta saya cari sudah saya dapat tapi tidak berapa membantu. Cctv di bahagian jalan tiba-tiba tidak berfungsi. Saya sudah sedaya upaya mencari maklumat tentang kes ni. Saya hanya jumpa ini sahaja, " Terang orang yang berada di hadapan Irfan.

Dia keluarkan beberapa kertas yang di perolehi. Irfan hanya berpeluk tubuh sambil memandang.

"Ada satu CCTV yang berfungsi tapi rakaman dia tidak begitu jelas, " Sambungnya lagi dan mengeluarkan pen driver lalu diletak ke atas meja. Irfan mengambil kertas itu dan melihat beberapa info yang ada.

"Tarikh kemalangan ini berlaku pada 16 March 2015 dan kes ini di tutup pada 20 Ogos 2015...jadi dalam masa empat bulan kes ini terus di tutup sepenuhnya disebabkan tidak menjumpai bukti yang kukuh? Pelik..."Irfan berfikir sejenak. Selama empat bulan pihak polis tidak dapat menjumpai bukti atau saksi kejadian. Kemalangan itu berlaku pada 9:00 malam? Irfan meneliti butiran-butiran yang ada di kertas tersebut dan dia perasan sesuatu yang pelik. Tangan meletakkan kertas itu semula.

" Cuba kau lihat di hujung gambar,"Irfan menolak kertas itu ke hadapan.

Lelaki tercengang. Macam mana dia tidak perasan selama ini.

" Aku nak kau dapatkan biodata tentang lelaki ini sampai dapat, " Arah Irfan.

"Baik tuan" Jawab dia.

" Aku akan ambil pen driver ni.. Ada apa-apa lagi? "Tanya Irfan.

" Eem... Orang atasan hendak tuan masuk berkerja semula,"ucap dia. Irfan hanya diam...

" Aku tidak layak, suruh orang atasan cari pengganti yang baru.Kalau tiada apa-apa aku pergi dulu, assalamualaikum."Irfan terus keluar dari Cafe itu dan terus ke parking kereta.

__________________________

Sorry kalau ada typo

KAISARA LIEANA |HAITUS|Where stories live. Discover now