16. Last school

20 2 0
                                    

Hari berganti hari minggu berganti minggu sedar tidak sedar tinggal satu bulan sahaja lagi aku bersekolah di sekolah ini. Terakhir kali aku jumpa Irfan lima bulan lepas ketika dia selamatkan aku.Aku sedikit pun tidak contact dia sebab aku kena focus exam . Hari ini hari last exam aku, Devid dengan daruish? Entah,aku pun tak tahu sejak aku kembali ke sekolah aku tidak lagi lihat kembar itu di kelas ni.Dengar kata dah pindah ada yang kata mereka menghilang. Entah aku pun tak tahu.

"Wey, kai kau menggelamun je kerja dengar tak apa yang aku cakap tadi" Suara Melinda memecahkan Lamunan aku.

"Ah, apa kau cakap tadi? " Tanya aku kebingungan.

"Aish kau ni, aku nak Ajak kau teman aku lunch dengan Emiir..dia ada bawa kawan dia sekali jadi kau tak adalah bosan sangat"Ajak Melinda.

"Okey"balas aku pendek.

" Yes,boleh kau kenal kenal dengan kawan Emiir"

"Tak ada masa aku nak berkenalan dengan orang" Balas aku perlahan.

"Kau orang buat apa dekat sana masuk dewan! Exam dah nak mula! " Laung seseorang. Aku dan Melinda mengemas apa yang patut kemudian bergegas masuk ke dalam Dewan peperiksaan.

Selesai sahaja aku menjawab exam last paper Aku berjalan menuju ke kereta berhampiran dengan cafe.
Melinda masih lagi belum keluar dari dewan peperiksaan sengaja aku keluar awal di sebabkan aku selesai menjawab awal. Aku mengemas semua alat tulis dan memasukkan beg ke dalam kereta bersebelahan pemandu. Aku berjalan ke arah Cafe berdekatan dengan tempat aku letak kereta.

Punggung di labuhkan ke atas kerusi.
Coffee di order tidak lama kemudian bayangan Melinda kelihatan dengan muka moyoknya... Dah boleh agak.

"Huaaaaaa! Aku tak boleh jawab gila question dia peh macam soalan soalan orang Universiti" Laung Melinda kesal.

"Relaks je aku jawab"balas aku tenang.

"Kau tak apalah pandai math aku ni macam nak pecah kepala otak aku. kau tahu apa "

"And one more Thing kau tak tolong pun aku masa aku minta jawapan" Rajuk Melinda.

"Kalau kau meniru buat apa kau belajar "sindir aku.

"Kau menipu diri kau sendiri contoh kau lulus dalam math disebabkan kau meniru aku, Apa kau dapat? Ilmu tak dapat dosa yang dapat penat penat belajar last last meniru. Ye aku tahu kau tak pandai math semua ada kekurangan kau lemah math aku lemah sains tapi kita dah targetkan macam mana sekali pun kita tetap lulus alah setakat 50% keatas kan dah lulus "sambung aku lagi.

"Yelah"jawab Melinda.

" Wey! Kita dah lambat nak lunch dengan Emir "wajah terkejut Melinda aku pandang hairan. Lambat apa?

" Jom lah "Mel menolak aku ke arah kereta. Kami masuk dan terus memulakan perjalanan ke Cafe yang di beritahu Mel tadi. Jujur aku pun lupa tentang lunch dengan Emiir.

Setelah sampai kami terus masuk ke dalam Cafe dan terus berjalan ke meja Emiir.

"Miir Sorry lambat aku lupa" Ucap Melinda duduk.

"Aku ingat aku yang lambat kau lagi lambat"

"Kau baru sampai juga ke?"

"Haah, ni kawan aku. Sebelah kanan eskandar sebelah kiri ni Irfan" Emiir perkenalkan kawan kawannya ke Melinda. With irfan! Aku terus berpaling memandangnya.

Ah! Malunya! Kalau dia ungkit pasal kejadian beberapa bulan lepas naya aku!

Eh Sekejap.

Kau selalunya bukan kesah pun orang nak kutuk kau. Kai. Kai. Kau ni menggelabah kenapa.

KAISARA LIEANA |HAITUS|Where stories live. Discover now