22. Wasiat.

21 1 0
                                    


Kisah silam yang kita hadapi tak semua orang akan faham apa yang kita rasa jadi cuba berdamai dengan keadaan semuanya akan okey.

Tiga hari berlalu hari ini hari terakhir Irfan berada di hospital dan dia di benarkan keluar petang nanti. Aku tidak selalu menjaganya kadang kala aku terlalu Busy menguruskan muzium seni puan Amanda, ialah umi aku. Yup aku yang Handel muzium itu sejak umi meninggal sekarang aku perlu Handel seorang diri kerana umi sudah menyerahkan muzium seni ini kepada aku apabila umur aku cukup lapan belas tahun.
Tapi selepas aku habis belajar aku akan membuka satu lagi muzium seni dengan jenama aku sendiri dan tanda tangan aku sendiri ada di lukisan itu.
Aku sudah nekad mahu hendal kedua-dua muzium ini sendirin.

"Assalamualaikum, cik lieana? " Sapa seseorang. Aku kini di satu restoran mewah lelaki itu berkata ada sesuatu yang perlu saya bagi kepada aku.
Aku memandang lelaki itu.

"Ya saya, sila duduk" Ajak aku.
Kami melabuhkan punggung ke atas kerusi.

"Ya ada apa, ya?"soal aku. Pelik juga tiba-tiba ada yang mahu di bincangkan.

" Begini cik lieana saya di tugaskan untuk membacakan wasiat dan juga memberi surat ini kepada cik lieana bila umur cik lieana menginjak lapan belas tahun. Puan Amanda yang arahkan saya untuk memberinya kepada cik"jawab lelaki itu.

"Dan juga kontrek di mana muzium seni puan Amanda di alihkan sebagai nama cik lieana dan juga seluruh uang puan amanda juga di serahkan kepada cik lieana. Ke semua jumlah uang yang puan amanda tinggalkan sebanyak 50 juta " Aku terkesima. Apa umi buat ni!? Semua ni terlalu banyak untuk liea umi!. Ya allah.

"Sila tanda tangan di sini" Arahnya. Aku dengan tangan terketar-ketar menandatangani kontrak yang di beri peguam lelaki itu. Selesai menandatangani kontrak , peguam lelaki itu meminta diri kerana dia ada urusan yang perlu di lakukan.
Aku masih di sini , masih terkesima, terkejut, tergamam dan seangkatan dengannya. Sampul surat di atas meja di ambil aku. Dapat lihat tulisan umi di atas sampul surat tersebut.

To my son Tengku kaisara lieana
tersayang.

Aku perlahan-lahan membuka dan mengeluarkan isi di dalam.

To my son Tengku kaisara lieana
tersayang.

   Assalamualaikum puteri umi, puteri umi sihat kalau kakak dah baca surat ni bermakna umi sudah tiada di muka bumi ni dan Mesti  umur kakak dah lapan belas tahun ni mesti kakak terkejutkan sebab umi bagi duit banyak buat liea . Umi tahu,tapi umi bagi ni bukan buat Shopping sana sini, belanja sana sini. Ya umi tahu kakak tak macam tu dan umi nak bagi tahu yang guna duit ni untuk buat kebaikan bantu orang susah di luar sana.

     Umi cuma nak minta maaf
sebab tinggalkan liea seorang diri dekat sini tapi ajal umi awal kakak kena kaut tau jangan putus asa. Umi tahu anak umi kaut . Oh ya muzium umi tu jaga baik-baik tau kalau umi dapat tahu liea tak uruskan umi muncul dalam mimpi kakak jadi hantu. Hahah umi gurau je. Kakak jangan nagis kalau bila baca surat ni umi tahu mesti kakak menangis baca surat ni . Dalam tiga orang anak umi liea yang paling umi sayang. Dan sebelum umi menutup kata, cakap dekat ikram dengan papa jangan di sebabkan menghukum mereka akan kehilangan  insan yang mereka sayang buat kali ke dua.

     Sekali lagi umi minta maaf dan umi dah maafkan ke semua kesalahan anak-anak umi . Kalau anak umi Rindu umi pergi la jeguk umi bersikkan kubur umi. Satu lagi pesanan umi,  liea kena kuat tempuhi apa saja dugaan yang allah bari , kalau liea rasa terbeban, nak putus asa, liea kena ingat Allah sentiasa ada untuk hambanya. Liea solat , liea minta dengan Allah, merayu dengan Allah. Allah tak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya sendiri ingat tu. Umi sayang liea sangat-sangat.

KAISARA LIEANA |HAITUS|Where stories live. Discover now