"Ermmmm...... "
"Bukan urusan kau... " Kaisara masih tidak terbuka hati lagi untuk memberi tahu segala masalah yang dia hadapi.
"Fine... Bila kau dah sedia bagi tahu je" Ucap Irfan.
"Ni nombor aku" Irfan memberi kad nombor telefon dia kepada kaisara.
"Bila kau boleh discharged ? " Tanya irfan.
"I don't know ... maybe in a few days" Jawab kaisara. Kaisara membuka telefon tiba-tiba Irfan ternampak wallpaper screen kaisara.....
"Kenapa gambar tu tak sama dengan sekarang" Kata irfan sambil memandang kaisara. Kaisara hanya diam kerana dia pun perasa atas perubahan wajah dia sekarang. Muram , jarang senyum lagi lagi ketawa.
"Oh...aku tumpang buat kerja sekejap" Kaisara berpaling.
"Kenapa tak buat dekat tempat kerja? "Tanya kaisara. Irfan memandang kaisara sambil mengeluarkan laptop ke atas riba.
" Aku kerja dari rumah "jawab Irfan . Dia tidak mahu mendedahkan perkerjaan dia... Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu.
.
.
Irfan sibuk dengan laptop kaisara pula sibuk dengan buku.. Buku lukisan. Kaisara bila bosan dia akan melukis atau membaca.Setelah satu jam mendiamkan diri Irfan meregangkan badan .
"Aku nak keluar solat Zuhur kau ada nak pesan apa-apa? " Tanya Irfan.
"Tak ada"jawab kaisara dan kembali menyambung aktiviti melukis dia.
" Oh lupa umur kau berapa? "Soal Irfan.
" 18"
"Aku 21" Ucap Irfan.
"Tak tanya" Jawab kaisara .
"Emm" Irfan berjalan keluar dari wad apabila selesai menyimpan semua barang kerja.
...
Kaisara berjalan turun dari wad untuk ke taman sekarang ,sudah pukul 4 petang. Kaisara melabuhkan punggung ke atas bangku yang berada di taman itu. Suasa di taman tidak terlalu ramai , kaisara memandang ke arah langit yang mendung itu dengan pandangan sayu. Dia mengeluh.
"Liea Rindu umi"ucap kaisara dengan suara sayu. Tiba-tiba ada satu bola yang datang ke arah kaisara dan Ada seorang budak lelaki datang menghampiri kaisara untuk mengambil bola itu semula.
" Kakak am minta maaf... Am ambil bola ni eh"budak lelaki itu menghampiri kaisara dan mengambil bola itu. Kaisara hanya diam dengan riak kosong di muka.
"Kakak" Panggil budak lelaki itu sambil menggoncang lembut lengan kaisara. Kaisara memandang budak lelaki itu dengan pandangan kosong.
"Ya"
"Kakak kenapa cedih? "
"Kakak jangan la cedih"budak lelaki itu meletakkan bola itu semua dan berjalan memeluk kaisara.. Kaisara tergamam.
" Kakak jangan cedih tau am ada "ucap budak lelaki itu sambil memeluk kaisara.
" AM"panggil seseorang. Budak lelaki itu melepaskan pelukan itu .
"Am nak tengok kakak senyum boleh" Minta budak lelaki itu. Kaisara terdiam seketika, budak lelaki itu masih berada di hadapan kaisara dan masih memandang dia. Kaisara menarik senyum tipis.
"Kan comel"
"AM, Am buat apa dekat situ... Maaf encik dia selalu macam ni suka merayap" Kata perempuan di hadapan itu.
Kaisara hanya mengeleng tanda tidak mengapa.
YOU ARE READING
KAISARA LIEANA |HAITUS|
Mystery / ThrillerBook? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang bernama KAISARA LIEANA. Kaisara mengalam...