Aku berjalan menuruni anak tangga yang tinggi pandangan mula teralih melihat ke seluruh ruang rumah. Sangatlah besar dan.. Elegan.
Aku membetulkan tudung sarung yang di beri oleh Puan hawa pagi tadi. Aku tertanya-tanya kenapa keluarga Irfan boleh kenal aku mahu di tanya tapi tiada masa yang sesuai. Trauma aku masih ada tapi sudah berkurang aku ada cuba dengar perbualan antara Irfan dan mamanya. Tapi usaha itu sia-sia kerana mereka sudahpun selesai berbicara. Aku mengeluh seketika, terbit rasa rindu kepada andri. Sudah lama aku tidak bertemu dan bersemuka dengannya. Bagaimana sekolahnya? Keadaanya? Sihat atau tidak? Keluhan di lepaskan buat sekian kalinya.Aku mula melangkah ke luar rumah besar ini dan terus menuju ke Taman yang memiliki buaian dan kolam ikan. Aku melabuhkan punggung keatas buaian dan di hayunkan perlahan-lahan sambil menatap langit pagi yang cerah. Angin sepoi sepoi bahasa menyapa wajahku lembut. Riak muka aku seperti biasa dingin tiada beriak.
Kedua belah tangan di masukkan ke dalam poket hoddie sambil memejam mata, udara segar pagi di hirup masuk kedalam rongga hidung. Sedikit cahaya matahari menganggu aku untuk memejamkan mata tapi aku hiraukan. Tidak lama cahaya itu makin lama makin pudar, sekelip mata aku membuka mata. Dan dapat melihat satu novel bertajuk Lelahku tidak penghujung. Aku memandang siapa yang menghulur akan novel tersebut. Aku mengjongket kening tertanya-tanya.
"Ambil aku ada beli untuk kau, mesti kau bosankan tapi aku tidak tahu yang story ni sedap atau tidak," ujarnya santai. Aku menyambut huluran lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Mata menilik setiap cover novel. Cantik. Seketika aku membaca sinopsis novel Lelahku tidak penghujung . Senyuman sumbing perlahan tercalik di bibir. Cerita seperti kisah hidup aku.
"Asal senyum macam tu, seram tahu," Tegur Irfan sambil memandang gadis di hadapannya. Aku mengangkat pandangan untuk memandang lelaki itu.
"Thanks," ucap aku sambil mengangkat sedikit novel yang ada di pegangan aku. Ucapan aku di balas dengan anggukan.
"Awal kau bangun, tak sarapan ke?" aku hanya mengelengkan kepala. Plastik novel di koyak perlahan.
"Aku tahu kau suka membaca novel dan melukis sebab itu aku belikan novel kalau nak belikan bahan lukisan takut salah pula," ujarnya. Aku hanya mengangguk. Aku tiada mood untuk bersuara sebab benda yang berlaku beberapa hari lepas masih terbayang-bayang di benak fikiran.
"Kau memang tak nak bercakap dengan aku?" pandangan kembali memandang Irfan. Aku menarik nafas perlahan.
"Aku penat nak bersuara so kau cakap apa yang kau nak cakap aku boleh dengar je. " Ujar aku dingin. Irfan menganggukan kepala.
"Erm, kalau aku cakap ni.. Kau jangan marah eh, " asal pula dia ni tiba-tiba jadi baik siap minta izin nak tanya selama ni dingin saja.
"Hm, "
"Kau memang nak sambung belajar di Uk ke?" aku terdiam seketika. Aku perlahan-lahan mengangguk. Aku mahu lari dan menghilangkan diri buat masa yang lama tapi bukan di uk sebab di situ ramai akan tahu yang aku akan ke sana termasuk melinda dan lelaki di hadapannya.
"Kenapa di luar negara? Kenapa bukan dalam Malaysia?" aku mengeluh berat.
"Aku.. Ada sebab,"
"Sebab apa!?" gesa Irfan. Dia tidak rela melepaskan wanita ini pergi belajar ke luar negara sorang diri tanpa berteman.
Aku menarik senyuman nipis. "Aku penat, aku lelah dan aku sudah rebah.. Hanya beri aku waktu yang lama untuk berehat akan aku kembali bila tiba waktunya," Ujar aku tenang. Iye, aku sudah rebah, diri ini penat menampung beribu sembilu hanya beri aku waktu untuk kuatkan diri aku kembali untuk menempuhi segala arus hidup.
"Jangan lama," Ujar Irfan sambil menunduk. Aku memandangnya pelik dan sayu, wajahnya terlihat sedih.
"Kau kenapa?" soal aku pelik. Soalan dibiarkan sepi buat seketika. Irfan kembali memandang aku bersama wajah sayu.
YOU ARE READING
KAISARA LIEANA |HAITUS|
Mystery / ThrillerBook? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang bernama KAISARA LIEANA. Kaisara mengalam...