Satu bulan kemudian.
Aku berjalan tanpa hala tuju di suasana malam yang dingin pada jam dua pagi. Berjalan dan terus berjalan tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Aku menaiki satu bangunan sepuluh tingkat menggunakan tangga. Darah yang mengalir di lengan aku biarkan.
Yang ada dalam fikiran aku adalah menamatkan semua kesengsaraan ini.Sampai di atap bangunan aku terus memanjat pagar di hujung atap. Aku hanya memandang ke arah langit.
'Umi lieana minta maaf liea terpaksa buat macam ni' ucap aku dalam hati
Aku mendepa kedua belah tangan aku. Mata ditutup rapat serapat-rapatnya. Cukup tiga langkah semua akan berakhir.Satu langkah.
Dua langkah.
Tiga.......
'Liea minta maaf'
Belum sempat langkah dibuka untuk kali terakhir terasa ada satu tangan menarik lengan aku. Badan terus tertarik ke belakang.
" Kau dah gila ke, tak sayang nyawa! "jerit dia.
"Lepas la!!" Jerit aku .
Lengan yang dia genggam kembali mengalirkan cecair merah. Aku menolak dia dengan kasar dan kembali ke arah pagar itu. Tiba-tiba badan aku dia peluk dari belakang dengan kuat. Aku meronta-ronta untuk di lepaskan.
"Ingat Allah.. Ingat keluarga kau...Kalau kau buat semua ni kau tak akan dapat lari dari masalah kau.. Dan lagi menimbulkan sengsara kau! "marah dia. Sakit di seluruh badan aku tahan .
"Tolong lepaskan aku,kau orang luar! kau tak tahu apa yang aku lalui!!...aku nak tamatkan semua ni..tolong lepaskan aku. " Mohon aku. Aku sudah tidak kuat untuk lalui semua ini.
"Aku tak akan." Balas dia tegas.
Aku terduduk sambil menangis teresak-esak . "Aku tak kuat, aku penat."Badan aku semakin lemah dan mata aku semakin layu. Aku rebah tidak sedarkan diri dalam pelukan lelaki itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Dalam kegelapan aku berjalan... Semua gelap semua hitam aku dekat mana sekarang ini aku tidak ingat apa yang berlaku aku terlihat ada satu cahaya dan mendengar satu suara...
'Liea kalau Umi pergi dahulu tolong jaga adik tau'
'Kenapa umi cakap macam tu kakak tak suka'
Air mata aku mula berlinang.
'Janji dengan umi... Kakak kena kuat tau nanti kalau umi tiada siapa yang nak dengar keluhan kamu' pesan umi.
'Sudah la malas nak bercakap dengan umi'
Aku teresak-esak memandang bayangan kenangan aku dengan umi.
'Tengku Kaisara lieana umi tak main-main'
Aku rindu, aku Rindu suara umi , aku rindu nak dengar umi sebut nama panjang aku. Aku tak dapat tahan diri aku untuk tidak menangis.
'Ye, liea dengar... Liea janji '
'Kakak borak apa tu ' sergah andri
'Ish.... Terkejut la '
'Lieana umi nak pesan sesuatu'
Aku tersenyum teringat kenangan manis dulu bersama umi.
'Ye apa.... ?"
'Jangan sesekali berputus asa sekiranya umi pergi kamu kena ingat umi selalu ada dalam hati kamu '
Semakin laju air mata aku mangelir.. Kenapa aku tidak terfikir tentang pesanan umi.
Aku memegang dada aku. Aku memandang umi yang tersenyum di hadapan bayangan aku.
YOU ARE READING
KAISARA LIEANA |HAITUS|
غموض / إثارةBook? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang bernama KAISARA LIEANA. Kaisara mengalam...