Aku terus berjalan menuju ke bilik . Setelah sampai kaki aku menuju ke arah laci yang terdapat di sebelah katil. Tangan keluarkan ubat tahan sakit dan aku mengambil 2 biji untuk dimakan. Sesudah itu aku terus membaringkan badan aku ke atas katil..*****
"Macam mana dengan budak tu?" Tanya Jenny. Thomas yang berdiri di hadapan di pandang dengan serius..
"Budak tu.... Tiada yang mencurigakan bos," Jawab Thomas.
"Bagus, jangan sampai dia tahu dan ingat biar pecah di perut jangan pecah di mulut..... sudah keluar."ujar Jenny dengan tegas. Thomas menunduk hormat sebelum keluar...
Thomas mengeluh dengan rancangan Boss dia .
"Wey.. Apa yang bos cakap. Kau jangan cakap yang bos nak buat rancangan macam dua tahun lepas, tak nak aku? " Tanya Mikail A.K.A kawan Thomas..
"Bos arahkan kita awasi budak tu jangan bagi dia lanjutkan kes ibu dia tu," Jawab Thomas.
Lelaki itu mengangguk seketika."Thomas, aku pelik dengan Boss tu kenapa dia tak puas hati sangat dengan keluarga Tengku Aiman Ashraf? "Ujar Mikail.
" Manalah aku tahu, aku rasa bos ada dendam dengan keluarga itu." Jawab Thomas.
****
Aku menuruni anak tangga untuk menuju ke pintu rumah , aku perasan Ikram ada dekat sofa depan televisyen, dia tidak pergi kolej ke? Terbit persoalan dalam fikiran aku.. Buat apa aku nak fikir lantak dia nak pergi ke tak bukan masalah aku pun... Aku perbetulkan lengan baju aku untuk menutupi luka di tangan , kalau mell nampak ni habis aku kena tibai dengan dia.
Ya, aku buat kerja bodoh lagi. . .
Aku memakai kasut sekolah dan terus keluar. Aku perasan dan aku dengar cikna panggil aku, telinga dipekakkan, aku penat, badan aku pun rasa lemah dari semalam. Langkah terus di buka berjalan menuju ke sekolah. Baik aku pergi sekolah daripada duduk di rumah seperti neraka.Aku berjalan bersama mell untuk menuju ke cafe. Di sekolah aku kantin dia macam Cafe.
Yelah, sekolah menengah tinggi orang panggil High School memanglah besar bangunan pun, setiap bangunan akan ada bach dia."Aku pergi ambil makanan sekejap kau tolong carikan tempat duduk nanti aku datang," Ujar Melinda. Aku terus berjalan mencari tempat duduk.
Setelah aku duduk sambil menunggu Mell datang."Nah makanan kau," Melinda. Aku ambil makanan itu dan memulakan suapan, sambil aku makan sambil aku termenung. Dalam fikiran ini pelbagai soalan yang berlegar, yang paling selalu timbul 'apa nak jadi dengan kehidupan aku?' aku mengelengkan kepala aku, malas mahu difikirkan.
"Kau okey ke tak ni dari pagi tadi lagi aku tengok kau senyap lepas tu termenung? " Tanya Melinda. Aku mengeleng menandakan tiada apa-apa masalah.
"Aku tahu kau ada masalah, tell me," Ujar Melinda dengan lembut. Aku mengeluh.
"Macam biasa macamlah kau tak tahu," Jawab aku.
"Kali ni abang kau buat apa lagi?" Tanya Melinda. Aku memulakan cerita apa yang terjadi malam itu. Mell mengeluh perlahan. Melinda memerhati wajah kaisara.
"Kau okey ke tak ni? Aku nampak kau lemah je kau tak sihat ke?"soal Melinda. Aku mengeleng dan menjawab" Aku okey kau janganlah risau."
"Mana aku tak risau muka kau pucat ni, "soal Melinda lagi. Mell memerhati tangan kiri aku. Aku dengan gelabahnya menyorokan tangan yang terluka itu.
"Kenapa dengan tangan kau? "soal Melinda. Luka ditangan kiri, aku tak balut aku cuma bersihkan darah dia sahaja. Kalau aku balut terang lagu bersuluh dia nampak aku cuma tutup dengan lengan baju sekolah je.
"Tak ada apa-apa pun,"bohong aku.
"Kau jangan nak tipu aku, kita bukan baru kenal, kita dah kenal sejak first masuk sekolah lagi," Jawab Melinda dengan tegas. Melinda dengan segera menarik perlahan tangan kiri aku. Alangkah terkejutnya dia.
"Kaisara kau buat apa sampai jadi macam ni!?" Soal Melinda. Aku tersengih, macam lah tak biasa Mel ni.
"Macam tak biasa," Jawab aku sinis. Dia memandang tajam ke arah aku.
"Tak! Teruk sangat ni wey kau kalau nak tumbuk cermin pun jangan sampai dalam macam ni!" Marah Melinda. Aku mengeluh , aku menarik perlahan tangan dati genggamannya.
"Dah Jom masuk kelas cikgu merah pula nanti , ada berapa minit lagi ni," Melinda memandang aku tajam. Uish boleh tembus badan aku nanti.
"Kau ni degil sangat tahu, selalu tak dengar cakap aku. Aku tak kira kau kena ikut aku pergi bilik rawatan sekarang." Jawab Melinda dengan tegas. Aku mengeleng.
"Tiada bantahan." Sambung Melinda lagi. Aku mengeluh terpaksa aku ikut.
************
Perjalanan pulang dari sekolah.
"Kalau aku tahu kau buat lagi benda bodoh ni siap kau ,aku terajang sampai Amerika," Ujar Melinda dengan tegas terselit gurauan di akhir ayat."Oooiii, sampai Amerika kenapa tak sampai ke bulan je boleh aku duduk sana sekali tak payah balik-balik dah, " Perli aku. Terdiam Melinda dengan jawapan aku. Apa aku ada salah cakap ke.
"Ooiii, kenapa dengan kau ni senyap je? " Tanya aku. Melinda mengenggam tangan aku.
"Kau jangan tinggal aku, aku tahu banyak masalah yang kau hadapi tapi kau kena janji dengan aku jangan buat benda bodoh tu lagi Please, " Pujuk Melinda . Aku senyum nipis.
"Sudah, kau ni aku balik dulu, assalamualaikum." Aku terus berjalan meninggalkan Melinda keseorangan tampa menoleh ke belakang. Aku menahan sebak di dada, rasa terharu, sedih, gembira, kecewa dalam satu masa. Aku terus berjalan sesampainya aku di pintu pagar rumah, aku menarik nafas dalam sedalam-dalamnya . Dan melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Kaisara menolak pintu rumah dan terus masuk. Ikmal yang berada di meja dapur kaisara hiraukan. Kaisara terus berjalan menaiki tangga dan terus ke biliknya... Di tingkat dua langkah kaisara berhenti,dia teringat akan lebam di tangan andri. Kaisara membuka langkah menuju ke bilik andri... tangannya menolak pintu itu perlahan-lahan. Kaisara terkejut dengan wajah andri. Langkah terus berlari kearahnya.
"Adik kenapa dengan muka kau ni? " Tanya kaisara serius. Andri terkejut dengan kehadiran kakak kesayangannya.
"Huh... Tak..Adik jatuh sikit je ni," Jawab andri. Kaisara memandang tajam ke arah andri. Dia bangkit berdiri dan berjalan untuk mengambil peti kecemasan.
"Meh... Akak tolong ubatkan," Kaisara walaupun dia bercakap dengan gelaran 'kau, aku' dia tetap gelarkan dirinya kakak... Kaisara amat sayangkan adiknya.
Andri yang perasan balutan di tangan kaisara, mula bertanya. "Kenapa dengan tangan akak tu... Akak bergaduh ke? "Soal andri. Kaisara buat tidak dengar dengan soalan andri.
" Akak! Adik tanya nii!"marah Andri . Andri dengan kaisara memang rapat sangat sejak kecil. Disebabkan peristiwa hitam itu kaisara tidak lagi macam dahulu. Kaisara yang selalu tersenyum yang selalu bercakap yang selalu bergurau.. Sekarang tak lagi sekarang kaisara yang dulu diganti dengan kaisara yang pendiam, tak banyak cakap, kasar, tak pedulikan orang sekitar. Sudah tiada lagi, jujur di sudut hati andri dia rindu mahukan kakaknya yang dulu...
'Kenangan yang tercipta tidak akan pernah terpadam di dalam diri seseorang'
Outhor..
.
.
.
.
.
***************************
YOU ARE READING
KAISARA LIEANA |HAITUS|
Mystery / ThrillerBook? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang bernama KAISARA LIEANA. Kaisara mengalam...