Aku berjalan menuruni anak tangga menuju ke pintu utama untuk pergi ke sekolah. Kasut sekolah di pakai oleh aku , semua yang ada dalam rumah ini aku tidak tahu ke mana. Aku Bukan ambil tahu sangat pun. Tiba-tiba ada seseorang memanggil dari arah belakang.
"Lieana tak nak sarapan dulu ke?"
Ye ,nama aku 'Lieana' nama panjang aku 'Kaisara Lieana'. nama yang menegur aku tadi 'Naina Kemilia' aku panggil dia cikna. Cikna berkerja di rumah aku sebagai bibik sudah lama dalam 11 tahun ,umur aku waktu tu dalam 5tahun .
Aku memandang gerangan yang memanggil diri aku.
"Tak apa Lieana tak nak sarapan Lieana dah lambat ni saya pergi dulu, " Jawab aku. Aku tahu dia risau sebab kalau aku tak sarapan aku akan kena gastrik. Gastrik aku ni nak cakap kuat ke tidak. Aku akui gastrik aku memang kuat tapi apa aku kesah sudah terbiasa menahan sakit.
Aku keluar dari perkarangan rumah tiga tingkat itu dan terus berlari menuju ke sekolah jangan tanya kenapa aku jalan kaki ke sekolah, sudah rumah aku tidak jauh dengan sekolah mengambil masa 10 minit macam tu tak akan nak naik kereta datang sekolah. Malas aku.
Aku berlari sekuat hati tinggal 5 minit sahaja lagi pintu pagar sekolah akan ditutup kalau aku lambat terlepas nanti kelas kegemaran aku...... Akhirnya sampai juga tinggal 3 minit sahaja lagi. Aku tercungap-cungap mencari nafas penat berlari tadi. Langkah terus berjalan masuk ke dalam kelas nasib guru tidak masuk lagi kalau tidak mati aku.... punggung dilabuhkan pada tempat duduk sendiri .
"Bangun, selamat pagi cikgu." Ucapan selamat pagi untuk guru tersebut diiringi dengan murid lain.
"Selamat pagi, semua boleh duduk. Okey, kamu semua ada bawa barang yang saya suruh tempoh hari? " Tanya cikgu wanie. Of course aku bawa subject kegemaran aku ni . Subjeck seni. Aku keluarkan semua barang cikgu Wanie suruh itu. Tangan mengeluarkan pancel lukisan,cat air , kertas, buku lukisan, berus jamban(eh?) berus cat dan banyak lagi tak larat nak senaraikan.
Tiba waktu rehat, mesti ada yang tertanya-tanya aku mana kawan-kawan aku... Aku sebenarnya dulu ramai saja kawan disebabkan kejadian yang tidak diingini terjadi aku sudah putus kawan cuma aku ada satu sahabat.. Sahabat dengan kawan berbeza ye.
Kawan akan ada bila kita senang sahaja bila waktu susah tak akan ada satu pun akan datang kalau sahabat, sahabat akan ada bila waktu kita susah atau pun senang, selalu ada di sisi kita bila kita perlu akan diri dia.Satu suara menyapa gegendang telinga aku.
"Liea,"panggil dia. Aku berpaling memandangnya satu senyuman kecil di bibir aku mati apabila dia panggil nama yang aku tidak suka.
" Berapa kali aku kena cakap dengan kau, jangan panggil aku guna nama itu,"balas aku geram.
" Relax aaa kau ni,"aku memandang tajam ke arah dia.
"Okey aku dah tak panggil dah... Kai kau tadi dah sarapan ke belum?"tanya Melinda. Okey perkenalan ni sahabat aku 'Melinda Emielia' .
Ni yang aku malas ni, nak membebelah itu. "Belum ,aku malas nak breakfast kau tahu kan aku tak suka makan pagi, kalau..."percakapan aku di potong olehnya.
"Kalau aku breakfast nanti perut aku sakit... Huh tu jelah alasan kau kan," Ye aku sendiri tidak faham akan diri aku ini kalau tidak breakfast gastrik kalau makan perut aku akan memulas kenapa entah aku pun tidak faham..
"Kau ini degil, aku cakap breakfast kau tak nak bila sakit siapa susah aku juga.. " Dah start dah membebel dia ini.
"Bla... Bla... Dah aku tak nak dengar , aku tahu aku boleh jaga diri aku sendi..." Percakapan terhenti apabila perut aku terasa sakit. Tangan serta merta mengambil ubat dalam poket baju... nasib sudah sedia awal-awal. Aku Mengerang kesakitan.
"Arghh,"aku memegang perut aku.
" Kau okey tidak ni nak aku bawak kau pergi bilik rehat? "tanya Melinda . Aku menggeleng, ubat yang aku ambil tadi terus aku talan . Perlahan-lahan sakit di perut aku reda.
" Kan aku sudah cakap kau degil, kejap aku pergi belikan makanan untuk kau, "marah Melinda. Aku menhelakan nafas apabila sakit mula beransur hilang.
.
Aku berjalan keluar dari perkarangan sekolah tersebut . Perjalanan menuju ke rumah aku mengambil masa 15 minit apabila aku berjalan santai.
Aku teruskan perjalanan. Aku terdengar sesuatu yang pelik, bunyi....." Grruuuuh." Bunyi apa tu aku berpaling ke kiri dan ke kanan tak ada orang tiba-tiba............
Aku baru perasan perut aku yang berbunyi lapar lagi ke perut aku ni ,tadi dah makan dua pinggan nasi ayam sudah.
Aku berhenti di 7Elaven . Aku melangkah menuju ke rak ramyeon makanan kegemaran tapi aku tidak boleh makan pedas sangat. Sejak aku tingkatan tiga aku tak boleh makan pedas dan berat badan aku makin menurun kepada 55kg turun jadi 47kg , 8kg turun. Tidak tahu kenapa dan bermula dari situ juga aku tahu yang aku ada gastrik. Sekarang umur aku sudah 17tahun.
Aku melihat ramyeon kegemaran aku, tak suka yang cheese tak sedap kalau cheese kek tidak apa. Aku ternampak ada satu sahaja perisa carbonara yang kulit dia pink . Baru sahaja tangan menghampiri untuk mengambil tapi ada seorang yang memakai hoddie hitam terlebih dahulu mengambil ramyeon itu... Aku tak nampak muka dia sebab dia tutup muka dia dengan topi.
"Itu aku punya bagi balik," marah aku.
"Aku yang dapat dulu kau ambil yang lain berlambak lagi" ?? . Kurang ajar, Aku cuba merampasnya kembali. Dia mengelak, aku sudahla lapar.
"Bagi balik aku yang tengok dulu,"
"Tidak boleh aku yang dapat dulu." Jawab dia lagi. Aku dah naik bangang dah ni. Datang seorang pekerja kedai ini.
"Cik berdua ada masalah ke?" Tanya perkerja itu.
"Dia ambil ramyeon saya , saya yang jumpa dulu," Aku tunjukkan tangan aku ke arah lelaki tersebut. Dia menjeling ke arah aku. Eh mamat ni.
"Encik macam ni lah encik ambil ramyeon yang lain sahaja, " Pekerja itu memujuk lelaki itu. Lelaki itu mengangkat mukanya. Aku pula lihat muka perkerja tadi .
"Macam ni lah kalau cik yang pilih ramyeon lain tak akan dua-dua tak nak mengalah,"pekerja itu bagi cadangan. Ni aku bengang ni.
" Ambil lah semua ramyeon tu aku pun tak hingginlah." marah aku, aku terus berjalan keluar dari 7E itu. Berjalan pulang ke rumah.
.
.
.
.Aku membuka pintu rumah dengan amarah di hati.' Serabut betul dengan perempuan pun nak berkira, tak nak kalah tak faham betul' marah aku dalam hati. Pintu di hempas.
" Ooii! tak reti nak tutup pintu baik baik ke! "perli abang aku. Aku menjelingnya yang berada di ruang tamu. Buat tak tahu, malas nak bergaduh dengan dia dah la penat-penat ni. Aku menaiki tangga untuk menuju ke bilik aku.
"Kau pekak ke aku tanya ini!?" jerit Farhan ikram. Aku berpaling memandang dia.
" Aku tak ada masa nak bergaduh dengan kau, "jawab aku , terus naik ke bilik aku. Aku bila jumpa dia memang selalu bergaduh serabut kepala otak aku lah dia ni. Selalu cari gaduh dengan aku .
Aku merebahkan badan aku ke atas katil. Lebih baik aku tidur daripada berfikir tentang orang yang tak penting.
.
.Hey macam mana korang rasa siapa lelaki yang berebut ramyeon dengan kaisara tu.. Kalau korang rajin vote and komen eh.
YOU ARE READING
KAISARA LIEANA |HAITUS|
Mystery / ThrillerBook? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang bernama KAISARA LIEANA. Kaisara mengalam...