Lima tahun kemudian
.
Aku meletakkan susunan buku keatas meja library, assignments semua sudah disiapkan terlebih dahulu. Aku kini berada di library universiti paris salah satu universiti yang kini aku menetap untuk meneruskan pelajaran. Topi cap di betulkan, aku hanya berpakaian simple, baju hoddie hitam, cap di kepala bersama tudung sarung hitam dimasukkan ke dalam hoddie tidak lupa earphone di telinga. Sekarang adalah hari hujung minggu aku hanya membuang masa di library disebabkan aku malas hendak kemana-mana. Aku perlu menulis manuskrip untuk novel aku yang ke dua. Lima tahun di negara orang dan lima tahun itu juga aku cuba memahami diri aku sendiri. Kenapa aku malas untuk menyambung pelajaran ke UK disebabkan adik beradik umi ada disana menyebabkan aku sukar untuk bersendirian. Seketika pandangan aku memandang jam yang terpapar di skrin telefon. Sudah dua jam aku termenung, buku yang ada di hadapan masih belum di sentuh. Keluhan dilepaskan perlahan.Kau tak rindu pada adik kau ke Kaisara?
Kau masih nak lari dari takdir? Masalah tak akan selesai kalau kau bersembunyi macam ni?
Kau dah ambil tempoh sangat sangat lama Kaisara, kau tak kesian pada mereka yang menunggu kepulangan kau? Sahabat kau? Adik kau?
"Aku belum bersedia," keluh aku perlahan.
Sampai bila, sampai ada yang menghadap Ilahi ke? Macam umi, hah? Ingat, kau jangan pentingkan diri Kaisara. Jangan ingat kau sendiri tiada yang sayangkan kau, ramai yang sayang kau. Baliklah.
Aku memekup muka keatas meja dialas dengan lengan.
"Aku buntu. Aku masih belum bersedia. Aku, aku takut, " rungut aku pada diri sendiri.
Ye Kaisara kau terlalu ambil masa yang lama menghilangkan diri entah disana ada yang sudah berubah hati. Jujur aku amat rindukan adik aku, kawan aku dan 'lelaki itu'.
Aku perlahan mengangkat muka, novel yang aku selalu dibawa selama lima tahun di Paris di sentuh dan diusap perlahan.
"Mesti kau dah ada keluargakan Irfan, maaf sebab terlalu lama pergi, " air mata setitik jatuh ke atas kulit novel itu. Inilah dia sekarang, lemah. Selalu menangis, dia yang dulu susah untuk menangis kini menjadi seorang gadis yang cenderung dengan tangisan.
"Excuse me, are you okay? you have problem? why are you crying?" seorang menghulur sehelai tisu sambil melontarkan soalan. Aku mengelap airmata mengunakan lengan hoddie.
Sekejap.
Suara itu?
Aku mendongak memandang lelaki itu. And what aku terus statik berdiri sambil tergamam. Sangat terkejut.
"Ka.. Kakak Liea?" terketar-ketar suara lelaki itu memanggil aku. Dapat aku melihat matanya yang sudahpun berkaca. Mata aku juga yang tadi sudah kering kembali basah. Ya Allah, adik yang aku sangat rindukan. Aku dengan cepat mengemas barang dan terus beredar tapi belum sempat aku melangkah tangan aku digengggam kuat. Tangisan ditahan supaya tidak didengari. Seketika badan aku tersentak hebat apabila tubuh aku yang kecil merasakan ada yang memeluk dari belakang. Pelukan yang erat membuatkan tangisan aku sedikit pecah. Aku memejamkan mata seketika. Ya Allah aku rindu saat-saat ini.
Hish... Hish.
Terhincit-hincit bahu Andri menahan sedu, kepala dibenamkan pada bahu kecil kakak kesayangannya yang amat dia rindukan. Dapat dia rasa titisan air mata menyapa permukaan lengannya, dia jangka air itu air mata kakaknya.
Aku perlahan bergerak untuk melepaskan pelukan itu tapi Andri semakin ketatkan pelukan. Aku biarkan pelukan itu berterusan selama tiga puluh minit, nasib baik library kini tiada penghuni. Apabila suasana semakin reda, pelukan dilepaskan airmata di hapus sebelum berpaling memandangnya. Tangan perlahan naik mengelap airmata di pipi Andri. Senyuman nipis paksa di calik. Mulut aku terkunci tidak dapat aku mengungkapkan rindu yang terkubur di hati. Andri masih tersedu-sedu menahan tangisan, mata yang merah sembap, hidung merah, telinga merah akibat menangis. Rindunya adik kesayangan kakak ni.
YOU ARE READING
KAISARA LIEANA |HAITUS|
Mystery / ThrillerBook? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang bernama KAISARA LIEANA. Kaisara mengalam...