[Warning⚠ perkataan dalam Bab ni ada yang kasar sedikit kalau tidak selesa harap maaf]
"Kai!"
"Kai!"
"Kai!"
Aku tersedar dari Lamunan. Aku memandang siapa yang memanggil aku tadi.
"Hmm kenapa? " Tanya aku.
"Aku panggil kau dari tadi kau tak jawab, kau okey tak ni? Kenapa menangis? " Soal Emiir. Aku menangis?. Aku menyentuh pipi aku, ya la aku menangis pipi aku basah. Aku menyapu pipi aku dengan cepat.
"Tak ,mata aku masuk habuk" Aku segera bangun dan menapak ke bilik sambil aku berjalan aku terpandang Irfan. Dia berada di bahagian ruang tamu. Dia menyandarkan badannya ke dinding sambil berpeluk tubuh
Matanya memandang ke arah aku dengan Padangan kosong tanpa riak. Aku menghiraukan pandangannya dan terus ke bilik. Aku menghempaskan badan aku ke atas katil. Tidak lama mata aku terkatup buat seketika."Kaisara"
"Kaisara" Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku dari lena.
Aku bangkit dari baring dan
Aku memulas tombol pintu itu."What? " Balas aku masih mamai.
"Tengahari nanti aku nak ajak keluar pergi mall lepas zuhur" Maklum irfan.
Sekejap, Mall ?
"Mall? Buat apa? "Aku.
" Beli barang la tak kan nak basuh kereta pula "perlinya . Aku lantas memandang jam di dinding. Ah least minute baru nak bagi tahu aku solat pun belum. Aku kembali menutup pintu oh lupa tadi aku tertidur masih bertudung.
Dalam tiga puluh minit aku bersiap dengan Kemeja hitam over saiz , kasut black Dr. Martens, seluar slack lurus,shawl,mask hitam, seperti gambar yang dah ada.
Aku melangkah ke ruang tamu. Tiada sesiapa, kemana dia ni cakap lepas Zuhur.
"Cari aku ke? "Aku berpaling ke arah suara itu. Mata aku menangkap satu jejaka yang... Agak... Handsome. Apa kau ni . Kai kau gila ke . Anak Teruna orang tu. Siapa yang tak cair apabila dia berpakaian t-shirt putih, seluar slack hitam, cap hitam, Mask hitam.
" Tenung apa? "Soalnya.
" Nothing, Emiir tak ikut ke? "Tanya aku.
"No, he has work to do" Balasnya sambil memandang fon.
Jadi aku keluar berdua je dengan dia? .
Lantaklah asal dapat keluar ,bosan aku asik berperap dalam rumah."Jadi kau nak pergi Mall, beli apa?"
"Laptop" Jawabnya pendek. Aku tidak bertanya banyak ,aku hanya diam. Kami melangkah je garaj kereta. Irfan masuk di bahagian pemandu aku pula di bahagian sebelah pemandu. Kereta berjenama 'Audi A6 ' mula bergerak membelahi jalan. Harap harap tak jadi macam hari yang lepas.
Tidak mengambil banyak masa sedar sedar kami sudah sampai di pusat membeli-belah.
"Kau masuk dulu aku nak cari parking " Arahnya. Aku hanya mengikut. Aku keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk Mall.
Beberapa minit kemudian aku terlihat Irfan mula menapak masuk ke arah aku.Aik sekejapnya dia cari parking. Biarkan ajalah bukan urusan aku sekarang lebih baik aku cari barang apa yang aku mahu beli.
"Kau pergi mana mana kedai yang kau nak nanti kita jumpa dekat sini balik" Ucap Irfan. Aku hanya menganggukkan kepala.
Kami memulakan haluan masing-masing aku ke arah kanan Irfan ke arah kiri. Mesti ada yang tanya aku dapat dari mana duit sedangkan kad aku dekat papa?
Umi dah bekalkan aku satu kad 💳 untuk aku guna bila-bila masa aku mahu tapi ni kali pertama aku gunakan selepas dua tahun pemergian umi. Aku sayang untuk gunakan kad pemberian umi ini duit di dalam terlalu banyak untuk aku 'terlalu banyak'.
YOU ARE READING
KAISARA LIEANA |HAITUS|
Mistério / SuspenseBook? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang bernama KAISARA LIEANA. Kaisara mengalam...