13

73 5 0
                                    

Dewan Arena. Stadium mini berkeluasan 1600 kaki persegi dengan siling setinggi 20 kaki. Pada dinding kiri sepanjang 60 kaki tersusun pangkin bertingkat empat lapis yang merupakan panggung, tempat duduk penonton bagi menyaksikan perlawanan taekwondo. Pada baki ruang, di tengah-tengah dewan dibina gelanggang pada platform setinggi empat kaki. Di kiri dan kanan gelanggang tersebut ada ruang latihan, ditandai dengan tikar tatami seluas 20x20 kaki. Pada keliling gelanggang dan ruang latihan ada trek larian. Di hujung dewan pula ada rak tinggi bertingkat sepanjang 10 kaki, menjadi rumah bagi semua peralatan latihan. Pada baki ruang dinding, sepanjang 12 kaki terdapat empat tali yang berjuntai daripada siling. Kawasan itu adalah ruang bagi pelajar berlatih memanjat tali atau rope climbing. Dewan itu adalah dojang, tempat latihan atlet taekwondo, merangkap dewan pertandingan bagi perlawanan-perlawanan taekwondo yang pernah dan bakal diadakan di situ. Fasiliti itu adalah milikan Akademi Taekwondo Kuala Lumpur (ATKL) yang diuruskan oleh Encik Tan Wei Ho.

Sunyi. Tiada siapa melainkan Seth di situ. Dia menempati tengah gelanggang, siap lengkap memakai dobok dan bertali pinggang. AirPods masih setia terpasang di telinga. Rap Eminem menerjah halwa telinga. I'm Not Afraid ditarinya tangkas, menterjemah rutin taekwondo, gabungan pelbagai teknik jireugi, chigi, chagi dan makgi.

Dalam leka dia membuat latihan, pintu utama Dewan Arena terkuak. Melangkah masuk susuk sigap, tinggi. Tetamu itu melepas duffel bag daripada genggam. Menyilang tangannya ke dada, serius memerhati tingkah Seth di tengah gelanggang. Mendengus dia, bibirnya terlarik senyum sebelah mulut.

Seth membuat tendangan terjah ke belakang sehinggakan dia berbalik tubuh. Sebaik dia latam kaki ke tatami, pandangnya bertaut susuk Yusof Mikail nun di pintu masuk arena. Senyum sinis Yusof dibalasnya, tersengih. Dia mengunjuk belakang telunjuk kanannya kepada lelaki itu, lalu membengkokkan jari tersebut beberapa kali. Yusof mahu diajaknya tarung.



Susan mengetuk pintu kayu, meminta izin untuk masuk ke pejabat Tan Wei Ho.

"Masuk." Kedengaran suara Tan daripada dalam bilik. Susan mengikut arahan.

"Encik Tan, Encik Kim Dae Han dan Encik Latif sudah sampai," beritahu Susan. Dia merupakan setiausaha kepada pengurus akademi tersebut.

"Bawa mereka ke bilik mesyuarat Susan. Kejap lagi saya datang." Tan memberi arahan.

"Ok Encik Tan." Susan akur perintah. Pintu kayu mahu dilayang tutup, tetapi bersuaranya Tan merencatkan niatnya.

"Sekejap Susan, Seth dah datang ke?" tanya Tan.

"Saya ada nampak dia di lobi tadi. Rasanya dia ada di arena sekarang. Encik nak saya panggil dia ke?" soal Susan pula.

"Tak apa. Nanti saya bawa Kim dan Latif ke arena untuk berjumpa dia. Terima kasih Susan," ujar Tan.

"Sama-sama." Pintu kayu akhirnya tertutup.



Bilik mesyuarat itu hanya ditempati mereka bertiga, Tan, Kim dan Latif. Ianya hanyalah pertemuan tidak rasmi, antara Tan, selaku pengurus atlet taekwondo kebangsaan dengan Kim yang merupakan jurulatih antarabangsa daripada Korea yang baru dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi melatih atlet Kyorugi secara esklusif, menerusi Program Elit Kebangsaan atau singkatannya NEP. Latif yang juga bertindak sebagai jurulatih pasukan taekwondo kebangsaan itu, mengiringi kedatangan Kim ke ATKL bagi berjumpa mesra dengan Tan. Dengan adanya Kim, perbualan mereka sepenuhnya dibicarakan dalam Bahasa Inggeris.

SEBENARNYA ILUSIWhere stories live. Discover now