35

49 2 0
                                    

Orked dia jumpa di Persiaran Ilmu. Tempat dia dikatakan dilanggar kereta. Gadis itu berjalan di laluan pejalan kaki yang sama, di lokasi mereka berlaga bahu tempoh hari. Seth memerhati daripada laluan pejalan kaki itu, melangkahnya Orked mendekati diri. Dadanya mula berdebar. Dia berkira-kira mahu menegur atau tidak gadis tersebut. Orked diperhati Seth terus.

Sama. Penampilan si bunga tidak berubah daripada apa yang dia ingat. Kurung tanah ungu berbunga daisi kecil itulah yang dipakai gadis itu dulu. Beg kelabu, setia disandang dibahu. Sneackers checkered black and white masih tersarung di kaki. Wireless headphone sedia terpasang di kepala. Gaya yang dipamer tak menunjuk langsung si dia adalah wanita berusia 30 tahun. Gerak kaki empunya diri perlahan, pandang mata tertunduk menumpu pada skrin telefon di tangan. Bawa tubuhnya lebih tenang, tidak tergesa-gesa seperti hari itu. Seth mengambil peluang menilik gadis itu daripada dekat. Atas ke bawah dia memandang, mahu memastikan jika terdapat kecederaan fizikal pada diri si gadis yang bernama Orked berkenaan. Normal. Tiada. Seth lega. Jadi bolehlah aku marahkan kau, kan? Kalau ikutkan hati mahu saja diari biru dicampaknya ke muka gadis itu. Kalau aku tak jumpa dengan kau, pasti aku tak jadi macam ni! Seth masih berdendam. Tetapi ironi, marahnya dihalang ragu jiwa. Kasihannya masih berbekas tatkala wajah sugul si putih kuning dipandang. Menyesal? Dia tidak dapat menyatakan kekesalannya mengenali gadis itu.

Tanpa menoleh, Orked melepasinya, berlalu pergi. Tidak jauh, jejak si bunga berhenti, wireless headphone di kepala ditanggalkan, dijinjing di tangan. Gadis tinggi lampai itu memusing badan menghadap ke jalan raya dan kaku memandang jalanan tar, lama. Seth angkat kening, membuang pandang pada tempat yang sama. Apa yang kau tengok?... Akal cuba menafsir, lalu mata terbeliak sendiri. Fikirannya terbayang, impak kemalangan pada tubuhnya yang berakhir dengan dirinya terkulai di situ. Seth jadi termangu, melihat Orked semula. Gadis itu menggeleng-geleng dua-tiga kali, barangkali cuba melepaskan memori itu daripada ingatannya. Dengan hati-hati, Persiaran Ilmu dilintasi si dia. Seth mengekori.

Di suatu sudut sunyi di Perpustakaan Tuanku Azizah dia menunggu. Sejam. Dua jam. Diperhatinya Orked tanpa jemu. Daripada bersemangatnya gadis itu menaip-naip di kekunci komputer, tekun membuat kerja, sehingga membawa kepada beberapa siri rengekan yang bersilih muncul dek kerana tiada idea. Tidak cukup itu, bercakap sorang-sorang memang kegemaran si bunga. Semangat diri si Orked bakar menerusi sorakan kata semangat, tetapi berhasil dengan sekadar si bunga memandang skrin komputer tanpa berbuat apa. Selepas berputus asa, skrin telefon pula dilayan si putih kuning sehingga bosan. Dan sekarang, masuk jam yang ketiga, gadis itu tewas, terlentok kepala, tersembam pipi di atas meja dengan pejam mata. Gelagat Orked buat Seth serba salah. Dia memandang dua tangannya dengan rasa galau. Aku... Kau... Duka hidup memerangkap kita. Hidup ini tidak adil kan, Orked...

Seth memberanikan diri mendekat. Wajah letih itu ditatap teliti. Pucat. Hilang seri. Berkerut walau dalam lena. Memancar raut seribu satu masalah yang ditanggungnya. Telefon di depan muka Orked memapar permainan Candy Crush yang tidak ditamatkan. Meja penuh dengan isi beg sandang yang dimuntahkan; alat tulis, komputer, wireless headphone, kertas dan buku nota. Bersepah. Serabut, sepertimana resmi tuannya. Pada buku nota yang terbuka, mata Seth memberi perhatian...

waktu, modal hidup,

maka, buang masa

ibarat bunuh diri!

mungkin, mati lebih baik...

Seth jadi sakit hati membaca. Orked dipandang dengan cerun mata. Tak! Lepas kau dah buat tangan aku macam ni, mati bukan hukuman yang setimpal Orked! Kau kena rasa sakit yang aku tanggung! Senang-senang kau nak putus asa kan! Habis aku ni? Aku nak berjuang untuk hidup aku! Tapi sebab kau... Arghhh!!! Seth menjerit dalam hati. Dia menendang meja itu dengan libas kaki.

SEBENARNYA ILUSIWhere stories live. Discover now