16

70 6 0
                                    

Senyap. Seth melepas tubuh ke belakang, menelentang semula ke lantai. Kim, Latif dan Tan sudahpun meninggalkan Dewan Arena itu. Yusof di sisi, mengerlingnya dengan pandangan serong.

"Apa yang kau nak cakap? Cakap je lah!" sergah Seth, menyuruh Yusof berterus terang.

Yusof tersengih, sinis, lalu melabuh punggungnya ke lantai daripada posisi melutut. Tidak dia sangka dia mengambil tugas Chai hari ini, menjadi pencacai kepada Muhammad Seth Azman.

"Tahniah dapat masuk NEP!" ucap Yusof. Tertawa Seth mendengarkan itu.

"I'm sorry you're not!" balas Seth, menyindir. Dia tersenyum simpul memandang Yusof.

Yusof menggeleng kepala.

"Kau seriuslah nak teruskan? Kau dengar kan Coach Kim tu kata apa tadi? He is going to put you in hell!" Yusof menyatakan hakikat itu.

Tenang saja Seth. Dia tak gentar.

"Dah kalau aku yang masuk neraka, kau pula yang susah hati kenapa?" Pandangan mereka bertaut.

"Aku tak nak kau kejung je sebelum sampai Manila! Jantung kau tu boleh tahan ke?" jerkah Yusof. Jujurnya dia benar-benar risaukan lelaki itu. Dia tak mahu hal dulu berlaku lagi. Cukuplah dia seorang yang membuat Seth diserang panik sampai masuk ICU. Walau sampai ke sudah mereka tak sebulu, tetapi Yusof tak pernah mengharap apa-apa yang buruk terjadi kepada musuh merangkap sahabatnya itu.

"Baik aku mati mencuba Yusof, daripada tak buat apa-apa," kata Seth. Dia serius. Sampai bila dia harus mengikut telunjuk Deting. Sudah masa dia menghapuskan terus kabus itu. Jika sebelum ini dia boleh buat Deting akur membenarkannya berdikari dan bertarung di gelanggang, pasti ada cara juga supaya dia boleh terbang ke Manila. Ke London.

"Drama! Serius poyo!" jerit Yusof bergema satu dewan. Seth tak pernah gagal menjengkelkannya. Dia bangun, tegak berdiri. Seth di telentangan ditatapnya. Lelaki itu sekadar tersengih. Lalu dia menghulur tangan.

"Kau betul-betul nak buat semua ni?" tanya Yusof buat kesekian kali. Raut risaunya tak mampu dia sembunyikan. Seth tidak menjawab. Dia menyambut huluran tangan sahabatnya dan turut berdiri tegak di samping lelaki itu.

"Aku tak main-main. Kalau aku cakap, aku buat! Kau tahu aku macam mana kan?" tutur Seth, menyambut keseriusan Yusof Mikail. Dia ingat lagi pertaruhan yang dia buat dengan lelaki itu dulu, waktu mereka sama-sama berusia 12 tahun. Yusof mencabarnya bertarung di gelanggang, bagi membuktikan yang Muhammad Seth Azman benar-benar anak jantan. Bukannya pengecut seperti yang disebarkan. Tanpa gentar dia menyahut, walau bagi Yusof itu cuma canda. Mereka memakai dobok, lengkap dengan safety gears, sedia untuk menyilang tumbuk dan terajang. Tika itu gelanggang arena bukanlah tempat berkecuali bagi Deting untuk datang menyerangnya seperti mana sekarang. Namun, demi nak membuktikan kebolehan diri, Seth jadi ayam jalak. Sempat juga Yusof disembamkannya ke luar gelanggang, sebelum dia sendiri tumbang diserang panik paling dahsyat yang pernah dia rasa. Biarlah dua hari di ICU pun, it's worth it! Melihat kaget muka Yusof yang tercampak daripada platform setinggi empat kaki itu, Seth girang.

Yusof mendengus bersama sinis wajah. Berlagaknya Seth memang buat dia meluat nak mati. Tetapi jauh di sudut hati, dia kagum dengan cekal pemuda itu mengharung onak hidup. Bertahun lama, dia melihat sendiri progress Seth mahu memaju diri. Jika orang biasa memberi 100%, lelaki itu lebih 1000 kali ganda. Dia berpaling tubuh, kononnya mahu pergi. Tetapi sepantas kilat dia berbalik pusing, menghayun buku lima tepat ke wajah Seth. Seth sudah menduga, selamba dia menyambut dengan telapak tangan. Padu! Buku lima Yusof dan telapak tangannya sama-sama berdenyut, menyerap momentum tumbukan yang dilayang.

"Gila bosan!" Yusof menarik tangan. Mengebas pergi denyut yang menyebar dari jemari ke lengan tangan.

Seth juga sama, memegang telapak tangan yang ternyata bukan kebal seperti pad sasaran.

"Kau ni bodohlah!" kata Seth, melepas geram dek tangan yang menanggung sakit. Akhirnya mereka sama-sama terlepas tawa.

"Kau ingat aku 12 tahun lagi ke? Kalau ya pun nak bagi aku pengsan, cuba buat benda lain!" Seth mengapikan Yusof.

"Berlagak!" Yusof dah tak kuasa nak melayan. Dia benar-benar angkat kaki kali ini. Beg kantung miliknya diangkut. Sebelum pintu utama Dewan Arena dikuak, dia kembali bertentang mata dengan sahabatnya yang seorang itu.

"Good luck Seth! Pastikan kau bawa balik emas untuk Malaysia. Kalau tak, aku belasah kau betul-betul, sampai kau gol!" Yusof mengugut, lalu menghempas pintu, tutup di belakang tubuh.

Seth melirik senyum, terkesan dengan kata-kata Yusof itu. Sejurus lelaki itu pergi, dia memusing tubuh, memerhati teliti dewan itu 360 darjah. Dan akhirnya buang pandang terhenti pada gelanggang arena. Dia mengeluh. Ruang latihan empat persegi yang dipijaknya diperhati. Sediakah aku bertarung di luar gelanggang? Seth menggenggam dua penumbuk.

"Kau boleh Seth!" Yakinnya tidak seteguh ragu di hati.



Orked memijak anak tangga Perpustakaan Tuanku Azizah (PTA) UAM dengan hati yang berbuku. Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Dekat sejam lebih dia direman Ikhwan dan Suraya dek rahsianya mahu berhenti kerja daripada Caffe dipecahkan oleh Encik Roslan. Serabut jadi kepala otaknya memikirkan persolan demi persoalan yang diaju mereka. Kenapa berhenti? Dapat kerja dekat mana? Kenapa nak berahsia? Tak sayang kami dah ke? Dengan senyum paksa dia menjelaskan, Caffe hanya sementara, namapun part-time. Dengan bermulanya semester UAM, Orked tiada pilihan. Tak mampu dia membuat dua kerja sambilan, Caffe dan UAM serentak! Jadinya Khamis ini bakal menjadi shift terakhirnya di kedai kopi itu.

Dia tersenyum hambar. Teringatkan wajah sedih Ikhwan dan Suraya, buat Orked jadi hiba. Memang dia antara pekerja part-time Caffe yang paling konsisten sejak enam bulan yang lepas. Hampir setiap hari dia mengetik masuk Caffe, 5 jam tidak pernah kurang. Mungkin kerana itu, keberadaannya sudah menyatu dengan pekerja Caffe yang lain. Ikhwan dan Suraya terutamanya, kerana mereka pekerja tetap di kafe itu. Memang balik-balik muka mereka berdua yang akan Orked jumpa. Berat betul mereka mahu melepaskan dia pergi. Jujurnya hatinya juga begitu. Jika dia punya pilihan, mahu saja dia meninggalkan kerja yang lain. Cukuplah menjadi barista Caffe. Tak perlu dia pening kepala membawa kerja balik ke rumah. Tidak seperti pensyarah yang mana kerjanya memang tak akan pernah habis walaupun sudah tamat waktu pejabat; menyemak tugasan, menanda kertas peperiksaan, menulis artikel, merancang konferens, menjadi penasihat pelajar dll. Remeh. Rencam. Macam-macam. Di Caffe sibuknya hanya di tempat kerja, pulang rumah dia sudah boleh berehat melepas penat. Orked tiba-tiba mengimpikan kerjaya seperti itu. Tetapi apakan daya, kontrak PhD mengikat tengkuknya.

Dan kini dia ada kerja baru, menyunting tesis PhD Syukor, pelajar Indonesia Dr. Salbiah. Tesis aku? Buat kesekian kalinya, kau aku tangguhkan! Orked tiada pilihan. Dia membulat tekad. Pintu kaca kutub khanah itu ditolaknya.

"Kau boleh Orked!" Orked yakin diri. Boleh ke? Raut lelahnya menyatakan sebaliknya.

SEBENARNYA ILUSIWhere stories live. Discover now