22

43 3 0
                                    

Sekonyong-konyong kabus hitam mula menghilang. Jiwanya seperti dibawa pergi tergesa-gesa bertemu jasad. Tidak semena-mena hamis bauan yang bercampur menerjah rongga hidung. Darah, alkohol, disinfektan, penyegar udara dan klorox, semuanya menyatu menjadi hiduan yang melepaskan Seth daripada penjara Deting. Dia sedar bahawa dirinya kini berada di rumah sakit. Terdengar-dengar dia akan rungut Deting membenci dan menyumpah seranah hakikat keberadaan dia di situ.

Deting benci hospital, kerana bertahun dulu, daripada sinilah Seth diberi bekalan ubat yang boleh melemahkannya. Lemahnya Deting sehingga dia tidak boleh berbuat apa. Ironinya untuk sebab itu, kedua-dua Seth dan Deting setuju, mereka tidak suka akan keadaan tersebut. Terawang-awang bagai berada di antara langit dan bumi. Berpijak di tanah bukan, terbang ke langit juga tidak. Kerana itu mereka sepakat, bertoleransi agar Seth boleh mendisiplin diri tanpa preskripsi Dr. Nadya. Sayup-sayup fungsi telinganya diberi semula dalam celik mata yang masih kena dipaksa buka. Dia berada di dalam kubikel wad kecemasan dengan tirai tertutup penuh. Tahu dia akan hakikat itu. Walau sudah lama tidak berkunjung, bau hamis wad itu amat dikenalinya.

"Macam mana vitals dia?" Nadya bertanya Khalisah. Mereka berdua berdiri di dalam kubikel, di sisi katil yang menempatkan Seth. Diperbaringan, Seth masih lemah dengan branula yang telah sedia menembus urat tangan dan elektrod yang masih terpasang di dada, bersambung terus dengan mesin ECG yang masih aktif.

"Semua normal. Ujian darah dan ECG tak menunjukkan apa-apa yang perlu dirisaukan. Saya tak jumpa punca kenapa dia tidak sedarkan diri. Doktor nak saya buat pemeriksaan lanjut ujian darah untuk dihantar ke lab ke? Kita juga boleh tetapkan temujanji untuk CT Scan, kalau doktor nak?" Khalisah memberi cadangan.

"Doc..." Seth bersuara sebelum sempat Nadya memberi kata balas. Perhatian Nadya dan Khalisah beralih kepada pesakit di atas katil. Seth bangkit daripada perbaringannya, duduk membongkok. Pucat wajahnya.

"Tak perlu... Saya ok," kata Seth. Permintaannya diumpan dengan senyum, mengharap Nadya akan menurut.

Menggeleng Nadya, pun sempat juga dia menyambut senyuman Seth. Perhatiannya beralih kepada Khalisah.

"Tak apa Khalisah, kalau perlu nanti I bagitahu you. Biar I bercakap dengan patient kejap." Nadya memutuskan. Khalisah mengangguk.

"Ok Dr. Nadya. Apa-apa nanti, just inform me. Saya ada di bilik dua," ujar Khalisah.

MO yang bernama Khalisah itu menarik langsir kubikel, mahu mengundur diri meninggalkan Nadya bersama Seth. Pun begitu, elok sahaja ruang kubikel bercantum dengan ruang lantai pemantauan di wad kecemasan berkenaan, wajah tiga lelaki memenuhi pandangan Seth. Tercatuk tegak Chai, Yusof dan Coach Kim dengan pelbagai reaksi muka. Shoot! Habis aku! Seth terus berkerut wajah.

"Seth! Kau ok ke?" soal Chai, sejurus memberi laluan buat Khalisah yang berlalu pergi.

"Ok," hanya sepatah itu jawabnya. Pandangannya tidak lepas daripada Kim Dae Han yang masih dihujung katil dengan raut wajah datar. Tidak dapat Seth membaca, apa yang sedang difikirkan jurulatihnya itu.

Tanpa Seth sedar, bacaan elektrod ECG-nya bertukar ritma. Mesin ECG mengebip melodi yang berbeza akibat premature ventricular contraction. Nadya peka akan hal itu. Sekilas dia mengerling pandang kepada sasaran renungan Seth – Kim Dae Han. Lalu dia mencatat nota akan hal tersebut, anxieti mungkin penyebabnya.

"Bagitahu saya, apa yang jadi?" jawapan kepada soalan Nadya mahu didengar oleh semua yang ada di situ. Empat pasang mata memandang Seth yang membisu, serius.

SEBENARNYA ILUSIWhere stories live. Discover now