24

42 4 0
                                    

Dewan kuliah itu lengang, tiada penghuni lain kecuali dia dan Orked. Mukmin menuruni tangga daripada panggung pendengar menuju ke lantai syarahan. Di situ, pada meja pensyarah, ada Orked yang ketiduran. Gadis itu duduk membongkok tubuh dengan tunduk kepala berbantalkan lengan di atas meja. Pada skrin utama dewan tertayang slaid kuliah Kimia Fizikal yang baru diberikan Orked sebentar tadi. Selepas habis semua pelajar bersurai, Mukmin memutuskan untuk menunggu Orked di luar dewan. Namun, selepas lima minit, si bunga tidak juga muncul-muncul dan akhirnya di sini dia berdiri menatap picing wajah pucat yang dicari. Lena sungguh Orked tidur sehinggakan daripada atas ke bawah Mukmin turun panggung setinggi 10 baris kerusi pendengar itupun, tidak ketahuan akan gadis tersebut.

Tiba-tiba layar skrin berubah tayangan, masuk kepada mode screen saver. Lalu Mukmin dijamu dengan gambar-gambar daripada album foto Orked. Gambar-gambar itu adalah foto kenangan sewaktu gadis itu menuntut di Australia dan Ireland dahulu. Dan tidak semena-mena muncul wajah mereka berdua. Gambar Mukmin dan Orked yang dirakam berlatar belakangkan The London Eye sewaktu rehlah pelajar Malaysia Dublin ke Kota London lebih tujuh tahun lepas. Dalam gambar itu, dia tersenyum ceria memandang Orked, sementara Orked pula tersengih membuat tanda piece sambil memandang tepat ke lensa kamera. Pemandangan itu buat Mukmin tercegat, dia kembang hati. Suka dia kerana Orked masih menyimpan memori mereka bersama. Aku masih ada dalam hati kau, kan Orked?

"Mukmin!" sebut Orked sebaik celik mata. Terkejut dia melihat susuk lelaki itu berdiri di depannya. Terpisat-pisat dia menggosok mata yang bertaik, mengesat sedikit liur yang melekat di pipi dan membetulkan letak tudung yang jauh lari. Selekeh. Itu fesyen yang biasa digayakannya sekarang. Lantak kaulah Mukmin tengok aku serabai macam ini! Orked tidak peduli. Sedangkan bagi Mukmin, telatah Orked itu bagai hiburan buat dirinya. Pengubat rindu.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Orked, gelabut. Dia segera mengatup skrin komputer miliknya di atas meja. Mahu memadamkan tayangan percuma foto-foto peribadi yang ditekuni Mukmin sedari tadi.

"Aku nak bagi kau ni, kehadiran pelajar kuliah Kimia Asas II kau semalam." Mukmin menghulur helaian A4 di tangannya kepada Orked.

"Oh! Terima kasih banyak Min. I owe you one! Kau buat apa semalam dengan budak-budak tu?" Orked menyambut pemberian Mukmin, tersenyum sambil menanyakan soalan itu. Dia mula mengemas barang-barangnya yang berselerak di atas meja, masuk ke dalam beg sandang.

"Aku ikut apa yang kau suruhlah. Budak-budak tu semua dah daftar GC Kimia Asas II yang kau create tu. Link ujian diagnostik yang kau bagi tu pun dia orang dah buat... Macam mana kau setup smart treasure hunt tu ya? Excited betul budak-budak tu semalam, selesaikan pazel dan pergi cari QR code sekitar kampus. Masa bila yang kau letak QR code tu semua?" teruja Mukmin bertanya. Tidak dia sangka begitu kreatif Orked mengatur syarahannya, sampai buat pelajar tak sempat menjemu. Patutlah pelajar-pelajar senior kimia ramai yang kesal bila ketahuan Orked tidak lagi mengajar di FSM. Rata-rata pelajar menjadikan Orked pensyarah favorit mereka.

"Kelmarin lagi aku dah letak. Ala, bukannya susahpun. Nanti aku ajarkan. Anyway, thanks tau Mukmin. Nanti duit mengajar kuliah 2 jam tu aku bagi pada kau," Orked menyatakan penghargaannya.

"Tak payah... Kau simpan duit tu. Aku bukan buat apapun dalam kelas kau semalam. Semua bahan kau yang siapkan. Aku cuma bagi arahan pada pelajar aje," tegas Mukmin.

"Mana boleh macam tu..." kata-kata Orked terhenti dek katup lima jari kanan Mukmin yang tiba-tiba muncul di depan mulutnya. Terbeliak Orked dibuatnya. Pandang mata mereka bertembung.

"Anggap saja duit tu hadiah daripada aku... ok?" pinta Mukmin. Mata Orked membundar, lalu dia mengangguk akur.

"Thanks..." Canggung mereka tiba-tiba. Orked menunduk kepala, mengemas semula barang-barangnya.

SEBENARNYA ILUSIWhere stories live. Discover now