1

123K 495 14
                                    

Alyysa membetulkan kasut tumit 2 incinya sambil berjalan laju. Sudahlah hari ini panas bukan kepalang rambutnya yang diikat sanggul dirasakan sudah hampir basah.

"Ish kasut ni bukannya tinggi mana pun tapi sakit betul tumit aku dibuatnya. Dahlah aku beli mahal mahal dekat butik, konon kata tak sakit tapi apa yang aku rasa sekarang?? Mahu tercabut kaki dibuatnya."

Lyysa mengomel sendirian sambil mukanya menahan sakit. Sakit kaki sakit badan dan SAKIT HATI. Manakan tidak sakit hati, kedai yang dia masuk tadi sudah menjadi kedai ke 12 dia masuk untuk memohon kerja. Kerja sudahlah tak dapat sakit saja yang dapat!

"Haish, mana aku nak cari kerja lagi ni."

Lyysa masuk kedalam kereta dan membuka
air-cond. Buat ke seratus kalinya dia mengeluh kuat dan panjang. Pintalan sanggul rambut dibuka dan rambut dibiarkan lepas. Sudah tak tertahan rasanya ingin menyanggul rambut seketat ini di waktu panas begini. Butang baju di buka di bahagian 2 atas dan dia mengepak ngepak bajunya untuk memberi udara masuk. Nafas dihela dan air botol mineral diambil lalu diteguk rakus.

"LYSSAAAAAA!!!! Kenapalah nasib kau malang sangat!! Aku bukannya tak usaha. Penat sudah aku mencari kerja dan menghantar resume ke merata tempat tetapi masih tiada jawapan."

Itulah Lyysa. Gadis cantik berusia 25 tahun. Pelajar habisan Diploma Perakaunan. Sebelum ini dia bekerja di sebuah syarikat. Permulaannya semua okay, dia dikelilingi rakan rakan yang baik dan juga syarikat yang memahami. Dia sering menunjukkan prestasi kerja yang baik dan mengagumkan sehingga sering mendapat hadiah penghargaan daripada orang atasan. Dalam dia seronok bekerja, rupa rupanya dia diminati oleh seorang lelaki secara diam. Setelah terbongkar dan Alyysa mendapat tahu, dia menolak pelawaan lelaki tersebut untuk bersamanya. Lekaki tersebut tidak boleh menerima kenyataan lalu dia memerangkap Alyysa dan mencuba untuk merogolnya tetapi Alyysa lebih pantas melarikan diri dan menbuat laporan polis. Akibat dari kejadian itu Alyysa dibuang kerja. Bagai nak gila dia merayu kepada pihak atasan dengan menerangkan bahawa dia sudah diperengkap tetapi tiada siapa peduli. Lelaki itu adalah anak kepada pemilik syarikat dia bekerja. Alyysa pasrah dibuang kerja ketika berumur sudah 25 tahun. 2 minggu dia meratapi nasib malangnya dan menyesali nasib dirinya. Jantan keparat itu pula masih bersenang lenang menghabiskan harta bapak keparatnya itu.

Dia kini tinggal bersama kakakknya yang bekerja sebagai seorang ahli farmasi. Dengan kakakknya lah dia bergantung nasib mujur kakaknya seorang yang baik hati dah tidak kisah ingin menanggung biawak hidup seperti Alyysa. 5 bulan menganggur Alyysa cuba mencari pendapatan sendiri iaitu sebagai penjual di atas talian ataupun orang panggil sekarang ini sebagai 'online seller' dia menjual kek dan dessert kerana memang itu antara kepakarannya. Tetapi dia sedar, dia tidak boleh selalu bergantung kepada sumber yang itu sahaja.

"Telefon berdering, Alyysa segera mengangkat"

"Hello"

"Lyysa kat mana? Akak kejap lagi sampai rumah ni, takpayah masak apa apa tau akak ada beli ayam dengan burger Mcd ni"

"Lyysa baru nak gerak balik, Lyysa keluar cari kerja tadi"

"Okay okay, akak tengah drive ni nanti balik kita sembang ehhh"

"Okay kak"

Nafas dihela. Itulah kakak Alyysa. Namanya Adeena. Bekerja sebagai ahli farmasi selama sudah 4 tahun. Berusia 27 tahun dan tak lama lagi bakal menamatkan zaman bujang. Seorang kakak yang baik dan sopan santun. Berwajah cantik dan berkulit sawo matang. Kakaknya memang selalu membeli makanan setiap kali pulang kerja. Ada sahaja benda yang dibelinya untuk dibawa balik makan bersamanya. Kakaknya lah selama ini bersama dia. Menyediakan tempat tinggal untuknya dan menjaganya. Alyysa bersyukur dikurniakan kakak yang baik dan penyayang seperti Adeena. Adeena tidak pernah memaksa Alyysa untuk mencari pekerjaan lagi. Tapi Alyysa sedar tidak lama lagi Adeena akan memulakan kehidupan baru jadi dengan itu dia harus mencari sumber pendapatan tetap untuk menampung hidupnya di bandar Kuala Lumpur ini.

Jalan sibuk membuatkan perjalanan untuk sampai kerumah agak lama maklumlah orang baru pulang bekerja. Alyysa mengerling jam di tangan dan jam sudah menunjukkan pukul 6:10 petang. Adeena memaklumkan sudah sampai dirumah tetapi Alyysa masih tersangkut di kesesakkan lalu lintas ini. Jika tadi dia tidak berhenti di kedai bakeri untuk membeli barang keperluan 'bakingnya' pasti dia juga sudah sampai di rumah ketika ini. Lampu hijau menandakan berjalan. Ini sudah memasuki lampu hijau ke-tiga barulah Alyysa dapat bergerak. 10 minit kemudian dia pun sampai di rumah.

Kereta Honda Civic kakaknya sudah terparkir di garaj kereta. Kereta Honda Accord hitam peninggalan Ayah aku lihat masih berbungkus bersebelahan kereta Adeena. Ya, kami sudah kematian Ayah dan Ummi. Ummi pergi ketika aku berusia 10 tahun manakala Ayah pergi ketika aku berusia 17 tahun. Ayah dahulu seorang ejen hartanah berpangkat Senior REN. Sudah lama kereta tersebut tidak berasap. Manakan tidak kami berdua sibuk dengan urusan masing masing dan kami juga sudah mempunyai kenderaan sendiri. Hendak dijual sayang, kerana itu adalah salah satu kenangan kami bersama ayah. Dulu kereta itulah yang menghantar aku kesana kemari sebelum aku membeli kereta Honda HRV aku ini.

Sejurus masuk kedalam rumah aku segera masuk ke bilik dan mandi. Adeena ku lihat tadi berada di dapur. Dia menyuruh aku segera mandi dan makan bersama.

"Cari kerja mana tadi Lyysa?"

"7E, kedai buku, kedai jam, kedai makan banyak jugaklah aku masuk tadi"

"Duk jelah rumah dik, tunggu je mana mana company panggil, kau pun bukannya duduk saja dirumah ni kau ada juga buat kuih buat makanan untuk dijual, ada jugaklah side income kau disitu. Nak risau apa aku ada lah nak bayar bil bil di rumah ni. Kau tak payah nak susahkah diri cari kerja di luar sana nanti kalau kau dah kerja di mana mana kedai tu tiba tiba ada company panggil kau masuk kerja, hah macam mana? Tak ke sayang nanti nak berhenti kerja. Aku yakin lah nanti ada company panggil kau punya"

"Yelah kak, esok aku tak keluar dah sebab kena siapakan ada order ni"

"Haa bagus. Duduk rumah kemas rumah jelah. Aku balik kerja aku belikan kau makanan ye"

"Makan tidur makan tidur saja aku kat rumah ni. Kang jadi anak gajah pulak"

"Banyak la kau punya anak gajah. Kau tu makan banyak mana pun maintain je badan kau, takpayah nak over jadi anak gajah eh"

"HAHAHAHHAHAHAHAHAHA" kami berdua ketawa

Selepas pukul 10 malam, Adeena masuk bilik dan aku masih didapur menyiapkan bahan untuk kek dan cheese tart esok. Cream cheese dan whipping cream aku siapakan dan masukkan kedalam bekas lalu aku letakkan di dalam peti ais. Setelah selesai semua aku kemaskan dapur dan masuk ke dalam bilik. Aku segera mencuci muka dan baring  di atas katil. Jam menunjukkan pukul 11:47 malam dan mataku sudah tak tertahan lagi. Aku segera menarik selimut dah menutup lampu tidur lalu masuk ke alam mimpi.









Author notes
Fuh mencabar betul nak buat first chapter ni. Sorry first chapter agak boring dan macam taktahu jalan cerita tu macam mana lagi. Hehe, I was a wattpad addictive. Selama ni baca buku je now I nak try menulis pulak. Cerita ni akan jadi cerita 'MATANG' and I know for the first chapter ni masih tak nampak lagi jalan cerita kan? But wait, I masih take time untuk built a story line. Thank you.

ALYYSAWhere stories live. Discover now