6

49.8K 362 0
                                    

Monday blues.

Berat rasanya hendak masuk kerja hari ini gara gara kejadian makan malam itu 2 minggu lepas. Selepas mereka makan malam, Aydeen dan Alyysa tidak bertemu lagi kerana Aydeen perlu outstation selama 10 hari di Johor Bharu. Mereka hanya berhubung melalui WhatsApp dan facetime sahaja. Pada mulanya Alyysa malas melayan tetapi Aydeen tidak henti henti berusaha. Selepas Alyysa membalas mesej Ayden, mereka semakin kerap berbalas mesej. Pada mulanya Alyysa berasa segan tetapi akhirnya dia mula seronok. Malu sebenarnya hendak berdepan dengan Aydeen di pejabat nanti. Alyysa menyiapkan diri. Hari ini dia memilih memakai baju kameja satin berwarna maroon dan skirt paras lutut berwarna hitam. Rambut hitam ikal mayang paras pinggang di biar lepas dan disepit sedikit di belakang. Selesai memakai perfume dan mengambil beg serta file kerjanya dia menutup suis lalu keluar. Di luar dia melihat Adeena sedang ralit membacuh air. Kebiasaan mereka, cukuplah sekadar bersarapan dengan air tanpa makan. Alyysa menyapa Adeena.

"Good morning."

"Morning."

"Bila balik kak? Tak sedar pun." Adeena labuh punggung di kerusi.

"Malam semalam, pukul 9:30. Kau dah tidur kan. Akak call pun tak angkat. Awalnya tidur? Semangat ek nak kerja." Usik Adeena.

"Ouh yeke. Aku baru balik gym semalam. Lepas tu mandi mandi terus lena. Penat." Alyysa menyisip teh o yang dibuat oleh Adeena.

"Patutlah. Keluarga Faris kirim salam. Nanti dorang ajak makan sana. Katanya dah lama tak jumpa kau. Mama Faris tu risau betul time aku tinggalkan kau sorang sorang kat rumah haritu. Risau sebab kau sorang kan." Beritahu Adeena.

Sedia maklum, keluarga bakal suami Adeena amat rapat dengan kami. Mama dan papa Faris menyuruh kami untuk memanggil mereka maman dan papa juga. Adeena sudah bercinta 5 tahun. Pada waktu itu ayah dan ummi sudah meninggal dunia. Merekalah tempat kami berdua menumpang kasih. Abah dan mama anak tunggal. Tiada sedara mara. Kami berdua hidup sebatang kara. Mujur keluarga Faris amat menyanyangi kami. Walaupun mereka orang kaya dan berpangkat Dato dan Datin, mereka tidak sombong. Ketika aku hampir dirogol oleh Nash, mama Faris la yang menjaga aku dan membantu aku menghadapi masalah trauma. Keluarga Faris ada mengajak aku tinggal bersama mereka bila Adeena sudah berkahwin nanti. Mereka kasihan kan aku yang hidup seorang diri. Perkara itu belum aku putuskan lagi keputusannya. Memanglah kami sudah rapat tapi aku tetap tidak begitu selesa untuk tinggal serumah dengan mereka selama lamanya. Lagi pula arwah ayah ada mewasiatkan aku sebuah condominium sebelum dia pergi. Adeena pula mendapat hak penuh rumah bunglow ini. Tetapi perancangan kami, rumah ini akan diberikan kepada anak yatim jika kami sudah mendirikan rumah tangga nanti. Kereta ayah juga akan diberikan kepada Adeena. Aku tidak kisah. Lagi pula aku mempunyai pendapatan dan harta sendiri.

"Okay. Aku pun rindu dengan dorang. Dah lama tak peluk cium mama." Balas Alyysa.

"Ha bagus. Nanti aku bagitau mama."

Jam ditilik, sudah pukul 7:30. Perjalanan ke tempat kerja lebih kurang 30 minit. Aku segera mengangkat punggung diikuti Adeena. Farmasi tempat Adeena bekerja dekat sahaja dengan rumah. Lebih kurang 15 minit perjalanan.

"Aku pergi kerja dulu. Bye drive elok elok." Tangan Adeena aku capai dan salam.

"Kau pun sama. Bye dik."


Sesampai di office. Mata Alyysa melilau mencari kelibat Aydeen. 2 minggu tidak berjumpa secara berdepan membuatkan Alyysa gementar ditambah Aydeen sudah meluahkan perasaan kepadanya dan Alyysa sudah berjanji untuk memberikan jawapan kepada pelawaan Aydeen hari ini. Matanya melilau lagi mencari kelibat orang tua itu. Beg tangan dilepas dan ditaruh di atas meja. File kerja juga diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik lalu Alyysa duduk melepas lelah naik tangga dari tinggat 2 hingga tingkat 4 kerana lift rosak pagi ini. Alyysa menyambung mencari Aydeen. Sah. Memang tiada. Fuhh lega. Tidaklah dia harus bertembung empat mata dengan lelaki itu. Gemuruhnya tidak hilang lagi.

Alyysa mengetuk kepala. Itulah berani sangat nak membalas mesej orang tu. Melayan semacam memberi harapan. Padan muka kau.

Alyysa terus membuka laptop dan menyambung kerjanya yang tertangguh jumaat lepas. Sedang ralit membuat kerja bau yang amat dikenali menerpa rongga hidungnya. Bau ini. Ya bau ini. Bau perfume Aydeen. Alyysa mengangkat wajah. Aydeen sedang bersandar di tepi meja kerjanya sambil tersenyum kacak. Haih sudah lama tidak melihat senyuman itu secara live.

"Morning beutiful." Sapa Aydeen tersenyum bersama 'dimple' nya yang dalam.

"Lower your voice Ayde- Tuan Aydeen. People will hear you." Alyysa tegur kaget.

"I rindu you." Aydeen balas tidak peduli dengan teguran Alyysa. Wajah Alyysa ditatap. Rindu sungguh dia dengan si cantik manis ini.

"Then no morning wishes from me." Alyysa jengkel.

"Heyy.. heyyy. Haha sorry I gurau je. Okay I minta maaf. I janji tak buat lagi." Ayden mampir ke sebelah Alyysa sambil tanganya memegang bahu Alyysa.

Eh eh dia ni, berani betul pegang pegang aku kat sini.

"Tuan, I nak sambung buat kerja. Apa apa jumpa masa lunch nanti please. Orang nampaklah." Alyysa menepis tangan Aydeen.

"Okay, see you later sweetie." Aydeen balas sambil mengucup pipi Alyysa.

Naik bulu roma Alyysa dibuatnya. Dia ni dah gila ke apa?! Suka hati je nak cium pipi orang. Mujur biliknya ini agak tersorok daripada pekerja lain jadi terselamatlah dia daripada menjadi mangsa gosip. Sudah dapat dibayang tajuk tajuk yang akan dijolok nanti jika adegan tadi deperlihat umum. 'PA menjadi perempuan simpanan CEO' 'Perempuan seksi mata duitan berjaya merangkap CEO' erghh minta dijauhkan.

Telefon Alyysa berbunyi. Satu notification dari Aydeen dibaca.

"I take that as a Yes from you'

'Yes for what'

'Be my girlfriend'

'Your wish' Alyysa menutup telefon.

Interkom berbunyi. "Alyysa come in" Aydeen mengarah.


Ah sudah. Apa pula nasibnya kali ini?


Alyysa masuk ke dalam bilik Aydeen.

"Have a sit."

"Tuan nak apa?"

"So apa keputusan you?"

"Tuan sekarang kan waktu ker-"

"Alyysa, susah sangat ke? I just need your answer. Yes or no?"

Sepi. Mata Alyysa menikam mata Aydeen. Pantang betul orang memaksanya begini.

"Saya belum fikir masak masak lagi Tuan."

"How long? 1 month? 2 month? 1 years? 2 years? How long Alyysa?"

"Tuan, saya tak rasa nak bincang hal ni. Give me time. Saya tak boleh buat keputusan dalam masa 2 minggu yang lepas. There a lot of things I need to think. Please Aydeen, kasi I waktu untuk fikir balik." Alyysa cuba berlembut.

"You can go now." Aydeen berkata datar.

Alyysa akur. Aydeen marah padanya. Padahal Alyysa yang berjanji untuk memberi kata akhir hari ini. Alyysa langgar janji. Dia tidak bersedia lagi. Alyysa duduk semula di meja kerjanya. Tidak lama kemudian, Tuan Aydeen keluar tanpa memberitahunya apa apa. Alyysa bingung. Tidak bolehkah Aydeen memberinya masa lebih lama lagi? Mengapa harus tergesa gesa? Haih Alyysa buntu.

Malam itu, Alyysa baring di katil sambil melayan perasaan. Tiada mesej atau pangilan daripada Aydeen seperti kebiasaanya 2 minggu yang lepas. Ya. Aydeen benar benar mengharap Alyysa untuk menerimanya. Alyysa bosan. Adakah perlu dia bertanya kemana Aydeen pergi seharian tadi? Hm tak nak lah. Alyssa segan. Tidak lama kemudian Aydeen memuat status whatsApp. Ayden menghantar sebuah video dan beberapa gambar 'selfie' dia dan kawan kawannya di sebuah party. Tiada apa yang aneh cuma mata Alyysa menangkap satu adegan di mana kelihatan Aydeen memeluk pinggang seorang wanita seksi dan mereka kelihatan sangat mesra sekali. Timbul perasaan aneh sewaktu melihat gambar itu. Alyysa jengkel dan cemburu. Dasar lelaki buaya. Mentang mentang punya rupa dan harta. Lelaki semua sama sahaja. Alyysa menghempas telefon ke tilam. Lampu dimatikan dan selimut ditarik. Alyysa masuk ke alam mimpi.

ALYYSAWhere stories live. Discover now