19

31.8K 265 16
                                    

"I dah ada kat bawah." Jejaka tersebut memberitahu Alyysa.

"I will be there in 5 minutes." Alyysa membetulkan skirtnya.

"Okay sweety." Jejaka tersebut tersenyum manis.

Talian dimatikan. Alyysa segera mengemaskan blouse dan skirtnya lagi. Makeup ditilik mencari apa apa yang masih tidak cukup. Jam dicapai didalam laci meja makeup dan dipakai. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, segera dia turun ke bawah. Matahari yang memancar menyilaukan mata Alyysa. Matanya sibuk mencari kereta kepunyaan jejaka tersebut. Setelah dijumpai, dia segera ke kereta tersebut. Tidak betah berlama lama di bawah cuaca panas begini.

"Sorry lambat." Kata Alyysa sejurus melabuhkan punggung di kerusi penumpang.

"Its okay... gergous as always." Puji jejaka tersebut.

"Biasa je." Alyysa tersipu malu.

"So nak makan dulu ke nak shopping?" Jejaka terebut menyoal Alyysa.

"Makan jelah. Nak shopping ke? Tengok wayang jom. I dah lama tak tengok wayang." Alyysa memberi cadangan.

"I nak belanja you. Harini semua I je belanja okay? I nak cari baju juga, jom lah kita pergi mana mana boutique."

"Ouh yeke. Boleh boleh. Tapi makan dulu. I lapar." Alyysa memegang perutnya yang kelaparan.

"Hahahaha okay okay." Kereta dipandu membelah jalan.

Mereka tiba di destinasi yang dituju. Jejaka tersebut keluar dari kereta dan segera berlari untuk membuka pintu buat Alyysa.

"Its okay la, Nash. Susah susah je." Alyysa keluar dari kereta.

Nash hanya tersenyum kecil.

Mereka berdua berbual mengenai restoran yang mahu dipilih untuk makan tengahari tersebut. Apa sahaja yang dicadangkan oleh Alyysa, Nash hanya menuruti tanpa bantahan. Setelah menjumpai restoran yang menepati selera Alyysa, mereka masuk tanpa ragu ragu lagi.

"Sebenarnya, I nak ucapkan banyak banyak terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan projek syarikat I. The project runs smoothly more than I think. Yall really do a good job." Nash memuji.

"I bantu sikit sikit je, yang lain Aydeen and abang Khaliq yang take over." Alyysa merendah diri.

"Sebab yang sikit sikit tu lah antara pencetus kejayaan terbesar tau. Thanks Alyysa." Nash puji ikhlas. "And I nak minta maaf sekali lagi diatas apa yang pernah terjadi antara kita dulu, I minta maaf sangat sangat."

"Eh sudah lah Nash. Benda yang lama tak elok dikenang. You pun dah berubah and I trust you. Kita move on eh? I tak nak ingat benda tu dah." Alyysa memujuk.

Ya. Hubungan Nash dan Alyysa agak rapat sejak kebelakangan ini. Dia banyak memberikan kata kata semangat kepada Alyysa sepanjang Alyysa dan Aydeen dalam fasa tidak baik ini. Alyysa sudah semakin melupakan tentang kejadian buruk yang berlaku di antara dia dan Nash. Lagi pula Nash sudah benar benar berubah. Alyysa berasa senang dengan Nash. Begitu juga dengan Nash. Mereka selalu juga keluar bersama untuk makan malam. Perkara itu sedikit sebanyak merapatkan hubungan mereka. Nash ada mengajak Alyysa untuk bekerja semula di syarikat lamanya, tetapi Alyysa tidak memberikan kata putus lagi. Memang dia dan Aydeen sudah mengisytiharkan hubungan sudah tamat tetapi tidak bagi keluarga Aydeen. Saban hari, Alyysa menerima mesej daripada papa, mama dan Kak Nurina. Mereka sering memujuk Alyysa supaya berbaik dengan Aydeen. Mama lah orang yang sentiasa menghantar mesej dan call Alyysa untuk bertanya khabar sehingga apa sahaja yang terjadi pada hari tersebut diceritakan oleh mama. Alyysa masih menghormati dan sayang kepada keluarga itu. Tetapi sikap Aydeen membuatkan Alyysa tawar hati. Aydeen juga ada memujuk Alyysa untuk kembali bersama tetapi Alyysa tidak melayan. Hatinya masih sakit. Berilah dia sedikit masa untuk memikirkan apa keputusan yang akan diambil. Lagi pula seminggu lagi Adeena bakal berkahwin. Segala persiapan baju sedondon dengan keluarga Aydeen tidak mungkin dia bazirkan begitu sahaja. Mereka tetap dijemput untuk bersama sama memeriahkan majlis.

Sedang mereka khusyuk makan, Alyysa teringat ingin menjemput Nash ke majlis perkahwinan Adeena. Adeena ada menyuruhnya untuk menjemput Nash.

"Erm, next week Adeena nak kahwin. You datang tau." Alyysa mengeluarkan mini kad jemputan perkahwinan daripada hand bag nya. Kad bertukar tangan.

"Ouh.  Adeena nak kahwin dah? Suprising. Sebaik you bagitahu seminggu awal. I will come." Nash berjanji.

"Hehe. Sorry, dah lama dah Adeena suruh jemput tu but I baru ingat harini. Nasib baik ada kad tu dalam bag."

Mereka kemudian berbual lagi sehingga selesai makan. Selepas itu, mereka merancang untuk pergi ke beberapa boutique kerana Nash ingin membeli beberapa helai baju. Alyysa menemani Nash dengan minat sekali. Segala pertanya mengenai apa baju yang sesuai atau tidak semuanya ditanyakan kepada Alyysa.

"I think this one lagi better dari yang tadi. Ni colour dia cerah sikit and sesuai dengan kulit sawo matang you." Alyysa memberi pendapat.

"Okay then. I ambil ni and dengan 3 pasang yang you suka tadi juga lah." Nash membuatkan keputusan.

Alyysa tergelak kecil. "Ada ada jelah you ni."

Setelah selesai membeli baju, Nash mengajak Alyysa untuk mencari hadiah buat ibu Nash.

"Bukan hadiah for birthday pun, its just I saja nak bagi hadiah. And lately ibu selalu tunjuk the latest design of the gold bracelet. Jom teman I cari nak? Mana tahu taste you sesuai dengan ibu I?" Nash mengajak Alyysa.

"Boleh je. Jom la." Alyysa bersetuju.

Mereka ralit melihat lihat beberapa jenis gelang yang berkenan.

"Ni cantik la. Tak heavy sangat design dia. I sure your mom will like it."

"Kan. I thought so."

Sedang Alyysa membelek belek beberapa jenis gelang, bahunya di cuit oleh Nash.

"I choose for you. Hope you like it." Nash meletakkan gelang tangan emas di sebelah lengan Alyysa.

"Apa ni Nash? Tak payah la. I nak teman you je." Alyysa menolak.

"Please... Anggap je sebagai hadiah tanda persahabatan kita?"

"You dah belanja I makan tadi, its more than enough." Alyysa menolak sekali lagi.

"Alyysa... please... I tak maksudkan apa apa pun. I ikhlas." Nash memujuk lagi.

Alyysa yang berasa serba salah jika menolak lagi, akhirnya menerimanya. "Erm... okay. Thanks Nash."

Setelah selesai pembayaran, mereka keluar dari kedai emas tersebut.

"Eyy Nash. Mahalnya gelang you bagi ni. Tak nak lah I." Alyysa membebel. Manakan tidak, harga tadi hampir mencecah 3 ribu ringgit. Serba salah dia melihat harganya tadi. Bukannya Alyysa tidak mampu malah dia lebih dari mampu untuk membeli gelang dengan harga sebegitu tetapi untuk menerimanya daripada seseorang yang hanyalah dia anggap sebagai kawan adalah sesuatu yang agak keterlaluan.

"I ikhlas nak belanja you. Kalau you tak nak pakai pun takpe, simpan je." Nash tersenyum kecil.

ALYYSAWhere stories live. Discover now