4

54.6K 382 1
                                    

Sedar tak sedar, sudah dua bulan Alyysa bekerja disini. Persekitaran tempat kerja yang bagus dan menyenangkan membuatkan Alyysa bekerja dnegan gembira. Setiap tugas yang diberikan oleh Tuan Aydeen juga sentiasa disiapkan dengan teliti dan cermat. Tuan Aydeen jarang berada di office jadi dengan itu Alyysa lah yang menjadi orang kedua untuk menguruskan urusan Tuan Aydeen di pejabat. 2 hari lepas ada Tuan Aydeen menghantar pesanan ringkas kepadanya menyucapkan terima kasih kerana cekap menguruskan kerja sebagai pembantu peribadi beliau. Terharu Alyysa dibuatnya. Tuan Aydeen juga ada mengajak dia untuk makan malam pada hari Sabtu ini. Pada mulanya Alyysa menolak tetapi Tuan Aydeen tetap memaksa dia sehingga dia bersetuju. Tuan Aydeen menawarkan untuk mengambil Alyysa dirumah Alyysa sendiri.

Di pejabat, Alyysa sibuk menulis sesuatu di buku kerja. Tuan Aydeen yang keluar dari bilik kerjanya tidak disedarkan oleh Alyysa.

"Ehem.. busy nampak"

"Ehh Tuan... Tuan Aydeen nak apa ya?"

"Nothing. I got a meeting later. I nak you adjust schedule I for tomorrow. I have something important to do so I cannot proceed the meeting"

"Baik Tuan. Anything else?"

"I rasa tu je kot. Jangan lupa this Saturday night eh"

"Baik Tuan"

Alyysa menyambung kerjanya. Sambil itu telefon dia bergetar menandakan ada mesej masuk. Telefon dikerling sebentar dan tertera nama 'Deena✨' Alyysa kembali menyambung tugasan. Selepas selesai dia mengambil telefon dan mesej Adeena dibaca.

'Lyysa, nanti balik aku belikan makanan. Jangan beli makanan apa apa tau.' Sudah dapat diteka isi mesej Deena.

Jam sudah menunjukkan jam 4:30 petang. Dalam 30 minit office hour akan tamat. Alyysa segera mengemas meja kerjanya dan mengemas beg tangannya. Sambil itu laptop masih dibuka untuk menyelesaikan data data yang masih belum diisi. Tak lama kemudian, Amelia mampir dan menegur Alyysa.

"Ui, banyak kerja lagi ke"

"Takdelah. Nak settle dah ni."

"I dah habis kerja, bosan pulak tu yang I datang sini."

"Hahah, eh btw sorry tadi I tak ikut you lunch. Kakak I ajak lunch pulak."

"Hehehe its okay lah. I lunch dengan Kak Zah tadi."

Kak zah, orang lama di office ini.

"Tadi I nampak Tengku sembang sembang dengan you. Asal? You kena marah ke?" Amelia mengaju soalan bersama wajah risau.

"Ehh takdelah. Sebenarnya kannn......." Aku saja membuat suspen.

Amelia kelihatan berminat untuk mendengar lantas melabuhkan punggung di kerusi hadapan Alyysa.

"Hahaha you ni, nak gossip laju je kan."

"OF COURSE LAH"

"Takde apelah. Tuan Aydeen suruh I tukar jadual dia esok je. Dia ada hal lain."

"Lahhhh yeke, ingatkan apa la tadi. You ni kan saja bagi I takut." Amelia menepuk lengan Alyysa kuat.

"Eyyy sakit lah."

"Hahahaha padan muka you." Jawab Amelia tergelak besar.

"Amboi seronok nampak." Tegur Aydeen bersama deheman.

"Dah habis office hour ni. Taknak balik ke korang berdua?"

"Lah dah pukul 5 ke." Alyysa memandang jam di tangan.

"Yelah dah pukul 5. Alyysa I balik dulu. See you next Monday." Amelia pamit pulang.

Laju je nak balik mentang mentang dah kemas barang tadi.

ALYYSAWhere stories live. Discover now