Hari berganti hari. Hubungan Aydeen dan Alyysa masih lagi suram. Alyysa tidak menceritakan kepada sesiapa kecuali Amelia tentang apa yang telah terjadi. Malahan Adeena juga tidak tahu. Biarlah, dia tidak mahu Adeena risau. Lagipula Adeena sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung hujung tahun ini, berbaki lagi 2 bulan. Hari Sabtu begini, Alyysa terasa sangat malas hendak melakukan apa apa. Semalam Aydeen ada mengajaknya untuk keluar membeli belah dan Alyysa masih tidak memberi kata putus lagi. Adeena pula tidur di rumah mama sambil menyiapkan persiapan perkahwinannya semalam jadi disebabkan itu Alyysa tidur di condonya. Sejak Adeena sudah semakin sibuk menguruskan urusan perkahwinanya, Alyysa kerap pulang ke condonya. Lagipula rumah pusaka tempat dia dan Adeena duduk tidak lama lagi akan dikosongkan kerana mereka akan duduk sendiri selepas ini. Rumah itu berkemungkinan mahu mereka sewakan. Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi, Alyysa bangkit dari katil untuk mandi.
'Trttttttt....trttttttt.... Trttttttt'
Alyysa yang baru keluar dari kamar mandi dengan memakai tuala terkocoh kocoh menuju ke arah telefon di atas meja makeup. Nama Aydeen tertera di situ. Alyysa mengangkat."Im infront of your house. Open the door." Kata Aydeen.
Alyysa kaget.
"What the hell? Tell me you're joking." Alyysa marah Aydeen.
"No baby... I ada depan pintu ni. Or you nak I jerit panggil nama you." Aydeen mengugut.
"Dont you dare Tengku Aydeen. Wait. Give me a minute." Alyysa segera menyarung bathrobe tanpa memakan pakaian dalam. Bukannya dia tak tahu perangai Aydeen yang satu ini. Kalau dia cakap dia akan buat. Alyysa berlari lari anak menuju ke pintu. Tombol pintu dibuka.
Terjembul muka Aydeen sambil tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu. Dan dia tangannya terdapat satu jambangan 'flower bouquet'
"For real? You datang pagi pagi ni untuk ni? Tak payah la nak susah susah, I dah lupakan apa yang terjadi." Alyysa masuk ke dalam rumah diikuti oleh Aydeen.
Aydeen memeluk Alyysa dari belakang.
"I tak kan pernah penat nak minta maaf dengan you. I salah. I jahat. I teruk. I musnahkan kepercayaan you. Im so sorry Alyysa." Aydeen memujuk lagi.
Alyysa memusing badannya. Raut wajah Aydeen dipandang lembut. Tangan Aydeen di pegang.
"I dah maafkan you. You know what... that girl datang jumpa I. Apa nama dia eh? Erm Ariana..? Eh Adriana kan? Yes she is. Dia datang jumpa I and explain apa yang jadi that night. Dia mengaku and minta maaf. Dia juga bagitahu yang time tu korang baru first time jumpa, lepastu dia tak ada niat pun nak jadi benda macamtu. I nak marah beria pun tak guna kan... But I hope this is the first and last. I taknak serabutkan fikiran nak fikir benda benda macam ni."
Aydeen lantas memeluk Alyysa.
"Thank you baby... thank you so muchhh!" Pelukan dieratkan.
"Dah dah. Lepas." Alyysa cuba menolak Aydeen.
"No. I dah lama tak peluk you. I miss you..."
Alyysa membiarkan sahaja. Aydeen masih memeluk Alyysa. Mereka diam melayan perasaan.
Setelah beberapa minit diam, Aydeen bersuara.
YOU ARE READING
ALYYSA
Romance"You...you nak buat apa ni" "Shhh.... Let me hug you." Pinggang Alyysa dirangkul lalu dipeluk kemas. Dada Alyysa melekat di dada bidang Aydeen. Aroma bau perfume Aydeen kuat menusuk hidung Alyysa. WARNING⚠️ 🚫 CERITA SANGAT SANGAT CLICHE❗️ SLOW UPDA...