Hari yang ditunggu sudah tiba. Hari bahagia diantara Adeena dan Faris. Majlis hanya dijalankan di sebelah lelaki sahaja kerana Adeena dan Alyysa anak yatim piatu. Malam berinai meriah dengan kehadiran saudara mara Faris dan juga adik beradik Faris. Belum lagi kira anak anak kecil yang berlari ke sana ke mari. Alyysa yang lengkap berpakaian abaya satin bewarna merah jambu cair itu sibuk menolong mama menyusun pinggan pinggan dan dulang makanan di dapur. Alyysa memang sejenis ringan tulang. Apa sahaja yang mama buat dia akan ikut menolong. Pantang mama bangun, Alyysa akan membuntuti. Adik adik Faris juga ikut sama membantu di dapur.
"Kak, abang Aydeen mana? Tak datang sekali ke"? Maisarah iaitu adik bongsu Faris menyoal Alyysa setelah tidak terlihat kelibat kekasih hati Alyysa sejak tadi. Biasanya Aydeen akan datang ke rumah ini jika Alyysa dijemput ke rumah. Malah keluarga mereka juga sangat rapat dengan keluarga Aydeen.
Mama menyenggol lengan Maisarah setelah mendengar persoalan yang ditujukan kepada Alyysa sebentar tadi. "Pergi depan dik. Kerja dapur dah siap dah." Mama menyuruh Maisarah ke depan.
"Alah, kak Alyysa tak jawab lagi soalan Mai." Maisarah membuat muka seakan merajuk.
"Nanti akak cerita ya." Alyysa memegang tangan Maisarah
"Erm okay. Janji eh kak." Maisarah keluar dari dapur.
"Mama tak cerita pun dengan dorang Alyysa dengan Aydeen dah putus. I can confirm Adeena pun takda cerita dengan Faris. Biarlah kalau Alyysa ready, Alyysa cerita sendiri." Mama memberi tahu Alyysa.
Alyysa diam sahaja. Dia hanya tersenyum membalas percakapan mama. Mereka kemudian keluar dari dapur melayan tetamu di luar. Alyysa perasan kelibat keluarga Aydeen tadi berbual bersama Dato Megat.
"Dah sampai rupanya." Alyysa bermonolog di dalam hati.
"Baby." Tangan Alyysa diraih.
Alyysa menoleh. Kelihatan wajah Aydeen yang sayu. Alyysa melepaskan tangannya perlahan.
"Let me go, Tengku Aydeen." Mata Alyysa melilau melihat jika ada orang yang memerhatikan drama mereka ini.
"Did you still mad at me?" Aydeen menyoal polos.
Alyysa mendekati Aydeen. "You know me to well Aydeen. I tak boleh lama lama nak marah dekat orang tapi tu tak bermaksud I dah lupakan apa yang terjadi." Mata Alyysa tajam menikam mata Aydeen. Badan dijauhkan daripada Aydeen.
"Umi nak jumpa you. Ayah and Kak Nurami juga. Batrisha miss you so much."
"Where are they? I tak nampak dorang pun."
"Come." Tangan Alyysa digenggam oleh Aydeen.
Alyysa yang terkejut hanya menurut langkah Aydeen.
"Assalamualaikum umi." Alyysa menegur Datin Kartini. Tangan dihulur.
"Ya allah. Anak umi. Umi rindu Alyysa sangat." Datin Kartini memeluk Alyysa erat. Tidak semena mena air matanya mengalir.
"Umi minta maaf. Umi minta maaf sangat sangat bagi pihak Aydeen." Umi berbisik di telinga Alyysa.Alyysa sayu. "Tak... tak umi. Umi tak perlu minta maaf."
Kak Nurami dan Abang Khaliq bersama anak perempuan mereka, Batrisha juga mampir ke arah Alyysa. Alyysa menghulur tangan untuk bersalaman dengan Kak Nurami. Pipi gebu Batrisha dipicit halus.
"Comelnya budak kecil ni. Kak Alyysa miss you so much." Alyysa mencium cium pipi gebu Batrisha.
Aydeen yang memerhatikan tingkah laku Alyysa itu tersenyum.
Setelah berbual bual sebentar bersama keluarga Aydeen. Alyysa masuk semula ke dalam rumah. Adeena yang sedang sibuk berinai dihampiri. Di sebelah Adeena kelihatan 2 adik perempuan Faris iaitu Zahirah dan Maisarah.
"Cantiknya corak ni." Alyysa memuji inai yang sudah siap di pakai di tangan Maisarah.
"Cantik kan kak." Maisarah tidak habis habis tersenyum melihat tangannya yang sudah siap diukir inai.
"Kau nak pakai tak dik?" Adeena menyoal Alyysa.
"Erm tak nak lah." Alyysa menolak.
"Okay." Adeena menyambung bersembang bersama tukang henna tersebut.
Alyysa mendekati Adeena lalu berbisik di telinga Adeena. "Aydeen dengan family dia datang."
Membulat mata Adeena mendengarnya. "Serious ke dik?" Suara Adeena meninggi.
"Ya." Peha Adeena ditepuk perlahan. "Slow sikit suara tu ish."
"Kau dah berbaik ke dengan dia?" Adeen menyoal lagi.
"Erm not yet." Alyysa memuncung bibir.
Tidak lama kemudian, mama datang ke arah mereka berdua.
"Datin Kartini nak balik dah. Dia nak jumpa korang berdua."
"Ha boleh la. Jom dik."
"Tahniah Deena. Esok kami datang lagi ya." Datin Kartini mencium pipi Adeena.
Setelah selesai bersalaman, mereka berangkat pulang. Tetapi tidak bagi Aydeen. Dia sudah meninta keizinan umi dan ayah untuk pulang lewat sedikit. Ada perkara yang hendak dibincangkan bersama Alyysa.
"You tak balik?" Alyysa menyoal Aydeen sambil berjalan ke bawah khemah kembali. Tangannya sibuk mengemas ngemas kerusi di bawah kemah. Tetamu kebanyakkan sudah beransur pulang jadi barulah dia ada peluang untuk bersantai sebentar. Cuma tinggal saudara mara keluarga Faris sahaja yang ada. Esok majlis pernikahan akan diadakan sebelah pagi manakala majlis resepsi akan dilangsungkan sejurus selesai pernikahan.
"Erm... ada benda I nak cakap sikit dengan you." Aydeen gagap. Ini sahaja peluang yang dia ada untuk bertemu dengan Alyysa. Alyysa kerap mengelak dengannya sewaktu kerja. Aydeen pula sentiasa ada urusan di luar pejabat jadi memang mereka jarang berjumpa. Alyysa hanya berjumpa dengan Aydeen untuk berbicara soal kerja itupun boleh dikira beberapa kali sahaja.
"Jom, duduk kat sana." Alyysa menunjuk ke arah meja di tepi kolam. Kawasan disitu terang dan senang dilihat orang juga. Lagi pula di khemah ini sudah kosong tiada siapa siapa. Alyysa tidak mahu ada orang yang berfikiran buruk tentang mereka.
Aydeen terus membuntuti Alyysa. Setelah mereka duduk di kerusi, masing masing membatu kembali.
"You nak cakap apa." Alyysa letak telefonnya di atas peha dan memandang Aydeen.
Aydeen yang dari tadi memandang Alyysa membuka mulut.
"Erm I nak minta maaf. For everything that have happened. For the last fews month. I know, I ambil masa yang sangat lama untuk bercakap pasal ni but I was busy with my work..." Aydeen jeda kembali. "And I dah reflect dengan semua yang terjadi. I tak nak kehilangan you. I love you. So much... maafkan I. I janji for the last time, I janji I tak kan pernah buat benda bodoh tu lagi. I jahat. I mengaku. I jahat. I khinati kepercayaan you dekat I. I khianat my family. Dorang sayangkan you macam keluarga dorang sendiri but I bodoh. I rosakkan kepercayaan you dekat I. I kecewaka umi. I kecewakan Ayah. Everyone... everyone Alyysa." Aydeen melepaskan segala galanya yang terbuku di hati. Dia tertunduk lelah.
Alyysa yang mendengar terbit sayu.
"I miss you. I miss you badly. I rasa nak gila bila tak bercakap dengan you. I rasa nak gila bila tak tahu apa yang you buat. I rasa nak gila bila tak nampak you and tak dengar suara you. I drives me crazy. I hate myself. I hate myself for being useless. Im so sorry Alyysa." Aydeen mencapai tangan Alyysa lalu digengga erat.
Alyysa merapat. Bahu Aydeen ditepuk perlahan.
"Shhh... enough. Alyysa memujuk.
Jujur. Dia masih belum boleh mengucapkan perkataan yang dia sudah memaafkan Aydeen. Hatinya masih sakit mengenangkan perbuatan yang Aydeen sudah lakukan. Betul. Itu bukan kesalahan Aydeen seratus peratus, Alyysa tahu Aydeen sebenarnya sudah diperangkap oleh Azalea.
Alyysa memandang wajah Aydeen.
"Balik lah... dah nak pukul satu pagi ni..." Alyysa mengerling ke arah jam tangannya.
"I know its hard... right?" Aydeen tiba tiba bersuara. "I know susah you nak maafkan I. Tapi percayalah Alyysa, I akan tetap berusaha untuk dapatkan you balik. I balik dulu." Aydeen pamit pulang.
YOU ARE READING
ALYYSA
Romance"You...you nak buat apa ni" "Shhh.... Let me hug you." Pinggang Alyysa dirangkul lalu dipeluk kemas. Dada Alyysa melekat di dada bidang Aydeen. Aroma bau perfume Aydeen kuat menusuk hidung Alyysa. WARNING⚠️ 🚫 CERITA SANGAT SANGAT CLICHE❗️ SLOW UPDA...