Kesokkan harinya, Aydeen dan Alyysa bersiap siap seawal jam 8 pagi. Mereka akan bertemu dengan ahli ahli syarikat baharu tersebut sebentar lagi. Aydeen di sambut dengan meriah sekali oleh ahli yang lain, maklumlah wajah baharu dan orang muda turun padang. Kami berjabat tangan mesra dan Alyysa perasan dengan pandangan pandangan aneh yang sesetengah ahli tersebut berikan. Alyysa cuba sedaya upaya untuk menahan reaksi muka agar kekal tenang.
"Perkenalkan, my new PA." Aydeen memperkenalkan Alyysa kepada kakitangan tersebut.
Mereka semua membuat reaksi terkejut dan mengangguk angguk kepala. "Young lady." "PA ke kekasih hati tu." "Cantik sangat nak jadi PA." dan beberapa kata kata usikan yang menyapa halwa telinga Alyysa. Alyysa yang tidak berapa kisah hanya tersenyum senyum sahaja.
Selesai sesi perkenalan, mereka dijemput untuk terus masuk ke bilik mesyuarat bagi membincangkan agenda mereka pada hari ini. Alyysa segera mengambil tempat duduk di sebelah Aydeen dan mengeluarkan journal serta modul yang telah dia siapkan. Alyysa mendengar dengan teliti setiap isi mesyuarat dan mencatit segala yang penting. Ahli syarikat tersebut mengedarkan beberapa kertas kerja kepada Alyysa dan Aydeen. Alyysa dan Aydeen membaca dengan kyusuk dan membincangkan sesama sendiri. Setelah itu ada ahli ahli lain yang bangun dan mengutarakan pendapat dan pandangan tersendiri tentang apa apa penambahbaikkan didalam minit mesyuarat tersebut. Riuh rendah dirasakan ruang ini apabila setiap ahli sentiasa melemparkan idea bernas mereka. Mereka juga kelihatan sangat mesra dan mempunyai semangat kerja yang kuat. Selesai 3 jam perjumpaan yang panjang dan padat ini, kami semua bergerak ke restoran yang sudah ditempah untuk makan tengah hari.
Selesai dengan aktiviti pada hari ini, mereka berdua memutuskan untuk terus pulang ke hotel. Lagi pula sudah lewat petang. Selepas makan tengah hari tadi mereka diajak untuk meninjau ninjau kawasan sekitar syarikat baharu itu. Lumayan besar dan lenguh kaki Alyysa yang memakai high heels itu. Mujur dia sudah terbiasa. Ada ahli syarikat tersebut mengajak mereka untuk makan malam sekali pada malam ini. Alyysa dan Aydeen bersetuju untuk turut serta. Lagipun mereka akan balik keesokan harinya. Esok pula mereka dijemput untuk memeriahkan majlis grand opening syarikat tersebut. Alyysa dan Aydeen berbesar hati untuk menyertai diri.
Sesampai di hotel, high heels segera ditanggal, butang baju dibuka dan handbag dilempar ke atas katil. Alyysa lelah. Seharian dia berjalan sahaja. Patutlah Aydeen selalu tidak menggalakkan dia untuk turun padang mengikut Aydeen kemana mana oustation rupanya ini lah sebabnya. Aydeen selalunya akan pergi bersama dengan Khaliq sahaja tetapi kadang kala Alyysa akan menganti Khaliq. Lebih penat apabila ada diantara ahli syarikat tersebut berminat benar dengan dirinya. Alyysa seperti diberi spotlight dan pelbagai soalan diutarakan kepadanya. Mujur Alyysa sudah membuat persediaan dan dapat menjawab soalan soalan tersebut. Telefon Alyysa berbunyi.
"Yesss..."
"Rest dulu. Malam ni pukul 9."
"Okay sayang... eh you can come to my room to talk, kenapa nak call ni?" Alyysa berseloroh.
"I taknak kacau you... tapi kalau nak I datang bilik you sekarang boleh je, i got your access card." Aydeen gelak nakal.
"No. Takpayah mengada eh. I nak rest... bye." Talian dimatikan. Alyysa lelap mata.
Eh Alyysa baru teringat. Patutnya ada Nash tadi, tapi tidak pulak Alyysa perasan kehadiran lelaki itu.
Dinner
Alyysa memakai silk long dress bertali halus berwarna hitam yang mengikut tubuh badanya dan dipadankan dengan aksesori rantai dan subang bewarna silver. Makeup nipis diberikan dan lipstick dior red for me dioles ke bibir. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri dia segera menyarungkan high heels dan beg tangan di ambil menuju ke lobby hotel lokasi dimana Aydeen menunggunya. Sampai sahaja di lobby, Aydeen dilihat sangat khusyuk menaip sesuatu dia telefon bimbitnya sehingga tidak sedar dengan kehadiran Alyysa.
YOU ARE READING
ALYYSA
Romance"You...you nak buat apa ni" "Shhh.... Let me hug you." Pinggang Alyysa dirangkul lalu dipeluk kemas. Dada Alyysa melekat di dada bidang Aydeen. Aroma bau perfume Aydeen kuat menusuk hidung Alyysa. WARNING⚠️ 🚫 CERITA SANGAT SANGAT CLICHE❗️ SLOW UPDA...