Hari terakhir mereka di Pahang, mereka akan menghadiri Grand Opening syarikat tersebut. Majlis dijangka akan bermula pada pukul 2 petang sehingga 8 malam. Alyysa tersedar dari tidur apabila merasakan sinar matahari menganggu lenanya. Suhu air cond juga terasa amat mencengkam tulang tulang badannya. Aydeen kelihatan tidur dengan sangat lena menghadap ke kanan. Alyysa melepaskan selimut yang membalut tubuhnya dan dia turun dari katil. Remote air cond diambil dan air cond ditutup. Dia menghidupkan kipas syiling. Langsir dibuka dan tingkap dibuka bagi membolehkan udara segar masuk. Alyysa mendekati Aydeen yang masih tidur lena dan menepuk perlahan lengan Aydeen.
"You, I balik bilik eh. Nak mandi. Dah pukul 9 ni. Jom breakfast dulu pastu siap siap kemas barang kita terus pergi majlis tu."
"Ermmmm... okay baby. Give me 10 minutes. Ngantuk lah."
"Okay. Jangan terlajak tidur tau. Nanti after 10 minutes I kejut you balik." Alyysa keluar dari bilik Aydeen.
Selesau mandi, Alyysa mengemas beg pakaian dia. Baju baju kotor diasingkan kedalam satu plastik dan dimasukkan ke dalam beg lain. Sneakers dan selipar dia masukkan ke dalam beg baju kering. Setelah selesai, Alyysa mengemas katil dan perkakas mandi yang dia bawa. Alyysa hanya memesan breakfast daripada pihak hotel sahaja. Mudah dan tidak perlu kelam kabut nanti. Jam sudah menunjukkan pukul 11:30, kakitangan hotel datang untuk menghantar breakfast. Ada meehun goreng, sandwich telur, sausage, muffin dan dua cawan teh panas. Tidak lama kemudian, Aydeen masuk ke bilik dan mereka menikmati hidangan sarapan pagi merangkap ke makan tengahari tersebut.
"I tak rasa nak lama kot dekat majlis tu. Khaliq datang nanti. Dia yang akan wakilkan papa. I malas nak tengok muka jantan gatal tu." Aydeen berbicara setelah mereka lama diam menikmati sarapan pagi tersebut.
"Ouh okay. I ikut je mana mana."
"You stay je dengan I, jangan nak hilang pulak. I takut Nash ambil kesempatan nanti."
"Okay sayang..."
Alyysa memilih set jumpsuit berwarna putih. Rambutnya yang panjang separas punggung dia biarkan lepas dan dia pin kan rambut di bahagian hadapan sedikit. Dia memilih makeup bertemakan nude. Setelah selesai Aydeen masuk kebiliknya untuk mengambil beg Alyysa. Alyysa membantu membawa beberapa barangan yang lain. Aydeen memandu kereta menuju ke syarikat tersebut. Mereka berbual bual beberapa perkara.
"Khaliq pun dah otw. Dia ada dengan kita nanti dekat sana." Aydeen memberitahu.
"Ouh yeke. Baguslah ada juga kawan nak ajak borak borak kan."
Alyysa agak sudah biasa dengan abang Aydeen, Khaliq. Mereka selalu juga bertemu di office atas urusan kerja.
"I tak kisah pun you nak berborak dengan sesiapa, I takkan halang. But dengan Nash is a big no. I tak suka cara dia pandang you."
"Dont worry sayang. Dia takkan berani nak apa apa kan I."
Sesampai mereka di majlis tersebut, Dani yang merupakan orang kuat Nash menyambut kedatangan mereka berdua.
"Tengku Aydeen." Dani menyeru nama Aydeen dan memeluk Aydeen.
"Hi Cik Alyysa." Dani menegur Alyysa.
"Jom masuk, majlis dah nak mula." Dani mengajak mereka berdua masuk.
Aydeen dan Alyysa mengambil tempat duduk di meja hadapan. Tidak lama kemudian, Khaliq datang dan menyapa mereka.
"Hello bro." Khaliq menepuk bahu Aydeen.
"Eh long. Dah lama sampai ke." Aydeen menyoal Khaliq.
"Baru je. Aku borak dengan Nash kat luar tadi kejap.
YOU ARE READING
ALYYSA
Romance"You...you nak buat apa ni" "Shhh.... Let me hug you." Pinggang Alyysa dirangkul lalu dipeluk kemas. Dada Alyysa melekat di dada bidang Aydeen. Aroma bau perfume Aydeen kuat menusuk hidung Alyysa. WARNING⚠️ 🚫 CERITA SANGAT SANGAT CLICHE❗️ SLOW UPDA...