2

62.7K 376 5
                                    

"Deena!!!!!!!!!!!!!" Alyysa menjerit hingga hampir bergegar rumah ini. "Deena!!!!!!!!"

"Woi kau dah kenapa jerit jerit ni dik. Aku belum pekak lagilah. Terkejut aku tahu." Adeena membebel.

"Kak, aku dapat kerja kak. Aku dapat kerja!!!"

"Ya Allah, serious la dik?? Alhamdullilah. Syarikat mana? Kerja apa dik?"

"BERJAYA HOLDINGS. Yang aku duk cakap aku nak tu. Dorang dah bagi email dari pagi tadi pukul 9:30 tapi aku baru perasan tadi ni ha sibuk sangat buat kuih langsung tak sedar. Dorang tawarkan aku bahagian pembantu peribadi CEO." Alyysa berkata dengan nada gembira.

"Lahhhh pembantu peribadi? Asal pulak? Bukan kau mintak bahagian kewangan ke? Kau serious la dapat jadi assistant je?"

"Ye memang aku mintak tu tapi dekat ayat last tu aku cakap, bagi je apa apa position saya sanggup"

"Kau ni, ada pulak macam tu. Kau tahu ke macam mana nak jadi assistant tu? Karang bos banyak kerenah ke apa kau tak boleh go pulak. Kau dahlah jenis tak sabar"

"Boleh jelah kak, apa ada je aku terima. Aku tak lalu dah nak tunggu panggilan dari mana mana syarikat. At least ni kerja jugak kan" Kata Alyysa sambil mengenyit mata.

"Apa apa jelah dik, kerja elok elok. Rasa tak boleh go bincang dengan akak. Bila kau boleh masuk ni?"

"Isnin ni kak, lagi 3 hari. Dorang dah terangkan semua protocol dah takde interview ke apa sebab dorang memang nak dalam keadaan segera. So Isnin ni aku dah boleh start kerja. YAHUUUUUU!!"

"Haa jangan nak yahuuu sangat, esok jom kita cari baju yang elok sikit nak jadi assistant tu. Baju kau dahlah semua seksi seksi kang terkeluar biji mata dorang kat sana"

"Okayyy! Akak belanja"

"Yelahhhhh" balas Adeena dengan muka mengejek.

Alyysa menyanyi riang mengenangkan dia sudah boleh bekerja tak lama lagi. Lampu bilik dibuka lalu dia segera merebahkan dirinya di atas katil. Tangannya laju mencapai remort kipas dan menekan suis on. Kebiasaan dirinya pada waktu malam dia tidak memasang air-cond kerana dirinya kurang tahan dengan kesejukkan. Telefon diambil dan aplikasi Whatsapp dibuka. Dia memberitahu rakan rakannya tentang kerja yang sudah dia dapat. Semua rakannya mengucapkan tahniah dan mengajak dia untuk makan bersama sama nanti. Rakan rakan rapat Alyysa tahu bahawa dia adalah mangsa keadaan tetapi apa boleh buat mereka pun mencari rezeki disitu juga. Alyysa membalas satu satu ucapan tahniah daripada rakan rakannya itu dengan senyuman lebar. Setelah selesai Alyysa menutup telefon dan bangun untuk mencuci muka, sebelum itu dia menimbang berat badannya dahulu.

"Hmm 53kg. Aku kena maintain je tak boleh lebih dari ni"

Tidak dinafikan, Alyysa mempunyai bentuk badan yang cantik dan mengiurkan. Dia sejenis yang menjaga makan dan rajin workout. Tidak peliklah dia sering menjadi pujaan lelaki semasa zaman belajarnya.

Bercakap soal hubungan peribadi. Alyysa memang mempunyai kekasih. Tetapi semua hanyalah tingal kenangan kerana setelah dia menginjak usia 20 an dia tidak pernah mempunyai hubungan yang istimewa bersama sesiapa lagi. Bukannya dia tidak mahu dan sombong tetapi hatinya tidak berkeinginan untuk bercinta lagi. Berbeza dengan kakaknya, jarak usia yang tidak terlalu jauh antara Alyysa dan Adeena menjadikan mereka mempunyai banyak perbezaaan. Alyysa seorang yang agak kasar dan berani mencuba manakala Adeena seorang yang sopan, lemah lembut dan agak penakut. Disebabkan itu mereka rapat kerana mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Setelah selesai mencuci muka, Alyysa duduk dihadapan cermin soleknya dan mula memakai skincare hariannya. Dimulakan dengan toner, serum, moisturizer dan akhir sekali lipbalm. Dia tidak perlu mempunya terlalu banyak step kena kulit mukanya memang sudah azalinya cantik dan mulus. Setelah selesa, Alyysa segera naik ke atas katil dan menarik selimut untuk tidur.

Keesokkan paginya, Alyysa bangun jam 6:00 pagi untuk solat subuh. Seusai itu dia ke dapur untuk menyedikan sarapan buatnya dan Adeena. Dia memilih untuk memasak meehun gorang dan juga mengoreng telur mata. Manakala untuk air cukuplah sekadar air kosong kerana mereka kurang gemar air bercaffein. Jam menunjukkan pukul 8:30 kelibat Adeena muncul dengan wajah yang ceria.

"Rajinnya. Aku baru nak ajak kau breakfast luar."

"Lahhh tak cakap. Aku mana tahu. Kalau tak takde susah susah aku nak masak ni"

"Hahahahah. Yelah my bad. Tapi jimat la sikit duit aku.

"Yelah kau. Ingat senang ke tuan puteri nak masakkan breakfast ni."

"Tuan puteri la sangat" Adeena mengejek

"Deena, aku keluar dengan Sarah nanti cari baju"

"Ouh okay, aku pun nak keluar dengan Faris lunch nanti, dia ajak cari perabot rumah."

"Heheh okay bakal cik puan"

"Banyaklah kau cik puan, nanti nak duit tak? Aku bagi belanja. Berapa? Seribu cukup?"

"Lah sikitnya seribu, bagilah lima enam ribu ke hehehehehehhe" Alyysa mengekek

"Banyaklah kau punya lima enam ribu. Ingat aku anak dato, bakal laki aku yelah anak dato"

"Untunglah bakal laki anak dato, nak apa je semua dapat"

"Haah memang untung, sebabtu aku suruh kau cari lelaki kaya, senang hidup. Tapi janganlah kau nak bergantung dengan dia saja. Kau pun kena usaha juga. Tapi kalau dia bagi kau duit, kau ambik saja jangan jual mahal hahahhaha"

"Hahahahhaha"

"Nanti akak basuh pinggan ni. Kau pergi sambung tidur. Thanks Lyysa massakkan breakfast. Duit belanja nanti aku bankin"

"Thank you Deena!!!"

Alyysa menapak ke biliknya semula. Dia merancang rancang hendak menyambung tidurnya tetapi teringat cadar yang sudah 2 hari tidak berbasuh lalu dia membatalkan hasrat untuk membasuh cadar itu dan meneruskan perancangnya untuk tidur semula. DASAR PEMALAS PUNYA PEREMPUAN.

"Please, jangan sentuh I"

"Shhhh... Kau nak takut apa Lyysa. Aku dah lama nak kat kau. Senyap senyap aku atur strategi supaya kau jatuh dekat tangan aku tapi kau tolak mentah mentah saja kan. Kau memang perempuan tak sedar di untung Lyssa!!!" Jeritan Nash bergema di stor pejabat tingkat 3 itu.

"Selama ni segala jawatan, pangkat, bonus yang kau dapat tu semua hasil dari aku tahu! Aku pujuk daddy supaya nampak kau saja yang perform kau saja yang cemerlang! Tapi kau sikit pun tak sedar!"

"Apa you cakap ni Nash!! Bentak Alyysa

"I dah cakap I tak boleh terima you. I tak pernah terpikir pun nak jatuh hati dengan you. I anggap you kawan I je. Please lah lepaskan I, kita bincang elok elok eh Nash. Pleaseee...." Alyysa merayu dalam esakkan.

"Hahaha apa? Bincang baik baik? Kau tak sedar diri ke perempuan selama ni aku kasi kau peluang untuk kau terima aku tapi kau tetap jual mahal, menyombong tak tentu pasal!"

"Apa? I dah cakap baik baik you yang tak faham you yang saja taknak terima keadaan"

"Ahhhhh diammmmm!!! Aku taknak dengar apa apa lagi dari mulut kau!!!" Nash memekik.
Akyysa ditolak jatuh ke lantai. Nash duduk lalu menekan peha Alyysa. Rambut panjang hitam ikal mayang Alyysa direntap.

"Nash you dah gila ke?!! Lepaskan I" Alyysa cuba melawan dengan segala kudrat yang dia ada.
"Yesss aku memang dah gila!! Aku gilakan kau Alyysa!!!"

"Nash lepasss!! Sakit!!!"

Alyysan terjaga dari mimpi. Mukanya berpeluh dan pangkal lehernya basah. Turun naik dadanya menahan gemuruh.

"Ahhhh mimpi itu lagi" Alyysa mendengus
Ya mimpi buruk itu yang sudah 5 bulan menghantui tidurnya. Kejadian dimana dia hampir dirogol oleh Nash. Jantan keparat yang menyebabkan dia dibuang kerja. Alyysa cuba untuk melupakan perkara itu tetapi ianya tetap menghantui hidup Alyysa.

Jam dinding dilirik, hampir menunjukkan jam 1 tengah hari. Alyysa segera bangun dan mandi. Jam 3 petang nanti pula dia akan keluar bersama Sarah untuk membeli beberapa pakaian baju kerja baharu.

ALYYSAWhere stories live. Discover now