Amelia yang sedang membuat kerja, agak hairan apabila melihat Alyysa banyak termenung sejak kebelakangan ini. Biasanya kalau waktu kerja Alyysa jarang sekali mahu mengelamun sebegitu dia akan fokus dengan kerjanya. Amelia ingin menegur Alyysa tetapi risau kawannya itu tidak senang pula. Tidak lama kemudia Aydeen keluar dari bilik dan menuju ke meja Alyysa.
"You buat salah ni. I tak boleh join program tu next month sebab schedule crash." Aydeen menghempas file di atas meja Alyysa. "Now you need to change the whole schedule. Fokus la sikit kalau kerja, I dah cakap kalau rasa tak boleh kerja ambil mc tak payah nak paksa diri you untuk kerja juga. I panggil you banyak kali pakai interkom tu yang tak dengar ke hah?"Aydeen meninggi suara.
"Apa masalah you? Apa yang salah? Mana? Mana mana? Ni? I boleh adjust lah. I bukan baru kerja sehari dua. Cakap elok elok boleh kan kenapa nak tengking I?" Alyysa mengherdik Aydeen semula.
Aydeen yang malas memanjang cerita terus berlalu dari meja Alyysa dan masuk ke biliknya semula. Pintu dihempas kuat.
Amelia yang menyaksikan adegan itu hanya mampu mendiamkan diri. Sahlah ada sesuatu yang tidak kena antara bos dan kawan baiknya itu.
Alyysa terdiam. "Bodoh kau Alyysa!! Orang suruh kerja bukan mengelamun. Ahhh bodohhhhh!!!!!!" Katanya dalam hati.
Tidak lama kemudian Aydeen keluar dari bilik kerjanya sambil bercakap dalam telefon dan tanpa menghiraukan Alyysa.
"Nak pergi mana pula tu. Tak inform aku pun." Alyysa mencebik dan menyambung kerja.
Officw hour akan tamat tak lama lagi, Alyysa segera mengemas ngemas meja kerjanya. Aydeen masih belum pulang setelah keluar jam 2 petang tadi. Kebiasannya Alyysa akan tahu activity seharian Aydeen tetapi hari ini Aydeen sepatutnya tiada activity luar. Ahhhh!!lantaklah malas hendak menyerabutkan kepala memikirkan perkara tidak penting. Mungkin dia ada urusan peribadi.
Alyysa memandu kereta menuju ke sebuah pusat membeli belah, niatnya hendak membeli beberapa sabun dan lotion di 'Bath&Body Works.' Setelah selesai urusan tersebut dia menuju pula ke 'Sasa' untuk membeli beberapa barangan makeup. Selesai membeli barangan yang dirancang Alyysa berniat untuk balik sahaja, tetapi matanya menangkap seorang lelaki yang amat dia kenali sedang berjalan berdua-duaan dengan seorang perempuan. Ya lelaki itu. Lelaki itu adalah Aydeen. Apa Aydeen buat dengan perempuan tu? Mereka kelihatan bergelak ketawa dan perempuan tersebut sesekali meletakkan kepalanya di bahu Aydeen. Ditangan perempuan itu juga kelihatan banyak beg beg kertas seperti mereka baru sahaja selesai bershopping Alyysa kaget. Siapa perempuan tu? Jadi ini sebab Aydeen keluar tadi dah tak balik office? Alyysa faham. Dia segera melangkah keluar daripada pusat beli belah tersebut. Dadanya sesak. Alyysa kecewa dan cemburu. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus pulang ke rumah.
Sesampai di rumah, Alyysa terus meluru masuk ke bilik tanpa mempedulikan Adeena yang sedang menonton television di ruang tamu. Alyysa menghempas pintu dan mengunci pintu. Tadi di dalam kereta Alyysa sengaja menelefon Aydeen sebanyak 3 kali tetapi semuanya di-reject oleh Aydeen.
"Hahaha seronok ke keluar dengan perempuan lain? Kau tak kenal aku siapa lagi Aydeen. Ni Alyysa lah!!!" Alyysa menghempas beg kertas barangan yang dia beli tadi di atas katil. Baju dan seluar di buka lalu di masukkan ke dalam bakul kosong. Dia hanya berpakaian dalam terus masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
Keesokan harinya, Aydeen tidak masuk office. Pada mulanya Alyysa hairan tetapi dia tahu apa yang terjadi.
"Eh Tengku tak masuk office harini kenapa?" Amelia menyoal Alyysa.
"Mana I tahu, I bukan wife dia."
"Aloo, bukan wife tapi you PA dia kan. Mesti you tahu schedule dia." Amelia duduk di sebelah Alyysa yang sedang tekun menaip sesuatu di laptop. "I nampaklah Tengku tengking you semalam and lepas tu dia terus keluar office tak masuk kerja. What wrong? Taknak cerita dengan I ke?" Amelia menguis-guis hujung lengan baju Alyysa.
"Entahlah Amy. He act different after kitaorang balik dari Pahang haritu. Dia macam sembunyikan something dari I. I tak tahu la nak explain macam mana." Akhirnya apa yang terbuku di hati dilepaskan.
"Patutlah I tengok korang semacam dingin je sejak dua menjak ni. Berani Tengku buat macam tu dengan you kan. Kesian you." Amelia membelai bahu Alyysa. "Nak I siasat ke? If anything I tahu I bagitahu you. Nak?"
"Ehh takpayah susah susah la Amy. I settle kan sendiri je."
"Okay. But kalau ada apa apa jadi you bagitahu je I. Mana tahu I boleh tolong kan? I ada je... jangan risau." Amelia pulang semula ke meja kerjanya.
Alyysa menghela nafas. Sekali lagi dia menelefon Aydeen tetapi tidak berangkat. Last seen WhatApp Aydeen juga terakhir dilihat semalam pukul 11:30 malam. Apa Aydeen buat? Telefon tidak berjawab malah tidak langsung dia mencari Alyysa. Alyysa bingung. Hendak menelefon mummy Aydeen takut Aydeen pula kantoi tak masuk kerja hari ini. Nanti daddy risau pula. Alyysa mengurut kepalanya yang sedang rungsing.
Setelah membuat keputusan, Alyysa memutuskan untuk pergi ke condominium Aydeen. Mujur kereta Aydeen ada di parking menandakan Aydeen ada di rumah. Alyysa mengatur langkah laju ke rumah Aydeen dengan debar. Sesampainya dia dihadapan pintu, pin code rumah Aydeen di tekan dan pintu terbuka. Mata Alyysa tertumpu di high heels bewarna merah yang ada di rak kasut. Sahlah. Aydeen bermalam dengan perempuan yang dia nampak semalam. Wahhhhhh. Terjawab segalanya. Alyys membatalkan hasrat untuk masuk ke dalam. Sakit hatinya tidak mahu ditambah parah lagi. Alyysa menuju ke keretanya semula. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya telepas jua. Stereng kereta dihempas kuat.
Ouh jadi inilah sebab Aydeen tiba tiba semacam dingin dengan dia? Dia dah jumpa perempuan baru? Tapi kenapa? Apa salah yang Alyysa dah lakukan sehingga Aydeen bertindak begitu. Serasa hubungan mereka baik baik sahaja. Kenapa Aydeen buat Alyysa begini? Setelah Alyysa memberikan kepercayaan kepada Aydeen, Aydeen pula semudah itu menghancurkan kepercayaan Alyysa.
YOU ARE READING
ALYYSA
Romance"You...you nak buat apa ni" "Shhh.... Let me hug you." Pinggang Alyysa dirangkul lalu dipeluk kemas. Dada Alyysa melekat di dada bidang Aydeen. Aroma bau perfume Aydeen kuat menusuk hidung Alyysa. WARNING⚠️ 🚫 CERITA SANGAT SANGAT CLICHE❗️ SLOW UPDA...