Sudah sebulan lebih Alyysa dan Aydeen tidak bertegur. Alyysa dengan keras kepalanya dan Aydeen dengan egonya. Berjumpa di pejabat pun hanya kebetulan sahaja. Aydeen dingin dengan Alyysa sejak kejadian itu. Apa apa urusan dimaklumkan kepada Amelia dahulu dan barulah Amelia memberitahu Alyysa. Alyysa geram. Aydeen benar benar membuatkan dia tidak wujud. Sedang Alyysa mengelamun, satu file diletakkan di atas meja.
"Nanti suruh Tengku check." Arah Amelia.
"Okay. Thanks Amy."
"Eh kenapa Tengku macam bad mood je sejak dua menjak ni. Kau pun aku tengok macam rungsing je. Anything happen between yall?" Amelia bertanya.
Ya. Amelia sudah tahu cerita. Hanya dia yang aku percaya untuk bercerita. Amelia boleh dipercayai dan dia juga menyokong jika aku dan Aydeen bercinta. Tapi itulah, aku tak bagi tahu lagi Aydeen marah padaku kerana tidak memberikan kata putus. Kalau Amelia tahu, pasti diceramahnya aku kerana menolak Aydeen.
"Go on jelah Alyysa. I boleh jamin Tengku orang yang baik baik. Dia ikhlas dengan you." Amelia berbicara perlahan.
Kata kata Amelia bermain di fikiran ku. Ya, aku juga merasa sesuatu apabila bersama Aydeen. Perasaan yang aku sendiri ingin tepis tetapi gagal. Aku juga mahukan Aydeen tetapi aku takut dan masih trauma dengan kejadian yang berlaku diantara aku dan Nash. Aku bangun dan membawa file yang diamanahkan oleh Amelia untuk diberikan kepada Aydeen. Pintu bilik Aydeen ku ketuk dan aku masuk.
"File Amelia suruh bagi Tuan."
Sepi. Amelia dan Aydeen diam.
"Anything else, Alyysa?" Aydeen soal tanpa mengangkat wajah memandang Alyysa.
"Er Tuan."
"I have something to tell you."
"Go on." Aydeen masih tunduk membuat kerja.
Alyysa geram. Langsung Aydeen tidak mahu memandangnya. Dia rindukan wajah itu. Wajah yang tidak pernah penat tersenyum padanya. Alyysa diam. Cuba mengumpul sebanyak keberanian yang dia mampu.
"I dah fikir pasal pelawaan you tu. I sudi nak jadi girlfriend you." Alyysa tutur perlahan.
Aydeen mengangkat wajah. Ya. Dengan segera dia memandang Alyysa. Dia tersenyum menampakkan belah lesung pipit dalamnya.
"Tell me you not joking." Aydeen tanya tidak percaya.
"Im not." Alyysa balas terus.
Aydeen bangkit dan menuju ke arah Alyysa.
"You...you nak buat apa ni" Alyysa soal kaget.
"Shhh.... Let me hug you."
Pinggang Alyysa dirangkul lalu dipeluk kemas. Dada Alyysa melekat di dada bidang Aydeen. Aroma bau perfume Aydeen kuat menusuk hidung Alyysa. Aydeen memeluk Alyysa ketat. Sungguh ini lah jawapan yang dia tunggu sekian lama. Memang dia sengaja mogok tidak mahu menegur Alyysa kerana geram dengan Alyysa yang memungkiri janji. Tapi dalam tempoh sebulan tidak bertegur ini benar benar mendera dirinya. Dia rindukan Alyysa. Sebulan dirasakan seperti setahun lamanya.
"Thank you." Aydeen memecahkan tembok kesunyian selepas seketika mereka diam melayan perasaan.
Alyysa diam lagi. Entah kenapa dia tidak menolak pelukan Aydeen. Pelukan itu dirasa sangat menyenangkan. Tangan Aydeen mengusap usap lembut pinggang Alyysa.
"You smell good." Alyysa menegur Aydeen.
"I know." Aydeen balas.
Alyysa menolak lembut badan Aydeen. Pelukan dilerai.
"Puas? Cukup dah nak peluk orang?" Alyysa soal.
"We should do this a long time ago, tapi you jual mahal." Aydeen balas lalu menuju ke set sofa di tepi bilik kerjanya sambil menarik tangan Alyysa.
Aydeen duduk di sofa dan menarik Alyysa duduk di atas ribanya."Aydee- Aydeen..." Alyysa kaget. Takut jika ada staff lain yang akan masuk dan melihat drama free ini.
"Heyyy... Alyysa relaks..." Aydeen menepuk lembut pinggang Alyysa untuk menyedarkannya.
"I can feel you." Aydeen sengih nakal. Kalau boleh Alyysa nak duduk sampai bila bila atas ribanya pun dia sanggup.
"Gatal." Alyysa memukul perlahan bahu Aydeen. Muka dirasa sudah merah padam menahan malu. Matanya dirasa melilau mencari tempat untuk dilihat manakan tidak, Aydeen dari tadi tidak lepas memandang wajahnya.
"So what should we call each other now?" Aydeen menyoal.
"Erm, I rasa kita kekalkan saja how we used now." Alyysa balas jujur.
"Eh mana boleh. Tak nampak couple la macamtu. Erm you should call me sayang and I will call you baby, how about that my baby?" Adeen mengusik nakal.
Alyysa membuat muka geli. Mau mati memanggil Aydeen sayang di tempat kerja. Mau di gosipnya mereka oleh pekerja di sini.
"Your wish. Lambat lagi I nak bersayang sayang dengan you." Alyysa ingin bangun dari pangkuan Aydeen.
Aydeen pantas menarik Alyysa supaya duduk semula dan menarik wajah Alyysa mendekat dengan wajahnya. Dagu Alyysa ditarik dan bibir Alyysa dikucup perlahan. Alyysa diam kaget. Satu perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Bibir Aydeen masih di bibirnya malahan sedikit rakus dari tadi. Alyysa mencuba membalas dengan mengigit bibir Aydeen. Mereka berdua tenggelam dengan nafsu sendiri. Setelah beberapa ketika Aydeen melepaskan ciuman. Alyysa agak bengang kerana dia mahukan lagi.
"Aydee- Aydeen-" Alyysa geram.
"Woahhh... I did not expect you to be this wild." Ayden usik nakal.
"You should finish it." Alyysa masih sebal. Dia berura ura untuk bangun.
"Hey... baby..." Aydeen berjalan laju mengejar langkah Alyysa. Merajuk pula kekasihnya ini. Tangan Alyysa dicapai dan badan Alyysa dipusing menghadapnya semula.
"We still have more time after this. Dont worry baby..." Aydeen memujuk sambil mengeselkan hidung macungnya pada dahi Alyysa.
Alyysa menjarakkan dirinya sedikit daripada Aydeen.
Alyysa pandang wajah Aydeen. Seterusnya turun ke bibir merah Aydeen. Bibir yang baru sahaja merasmikan bibir sucinya tadi. Perasaan seronok tadi singgah kembali. Alyysa mengambil langkah berani. Kaki dijengket sedikit lalu tangannya naik memeluk tengkuk Aydeen. Bibir Alyysa dibawa ke bibir Aydeen dan dikucup lama. Baru Aydeen hendak membalas, Alyysa melepas kucupan tersebut. Aydeen terjeda.
"Punishment for you." Alyysa bisik di telinga Aydeen.
"Nakal." Aydeen menepuk punggung Alyysa.
Alyysa terjerit kecil.
"Nanti lunch dengan I." Aydeen bercakap sambil masih memeluk Alyysa. Serasa tidak mahu dilepaskan pelukkannya.
"Okay. Now I nak sambung kerja." Alyysa menolak badan sasa Aydeen.
"Bye baby. See you on lunch." Aydeen mengucup pipi Alyysa.
Alyysa kembali ke meja kerjanya. Jam di tangan dikerling. Baru pukul 11:30. Lama juga aku dalam bilik dia tadi. Lebih kurang dalam 30 minit atau mungkin lebih? Gila. Gila. Berani Alyysa berlama lama dalam bilik itu.
Perut berkeroncong. Lambat lagi nak lunch hour tetapi perutnya sudah lapar benar. Alyysa mengeluarkan snack bar yang sentiasa menjadi pilihannya dari dalam laci meja. Selepas makan dan terasa kenyang, botol air dicapai dan dia minum bagi menghilangkan dahaga lalu Alyysa menyambung kerjanya semula yang tertangguh tadi.
*Mesti korang pelik kan kenapa Alyysa tak innocent or bajet bajet suci masa Aydeen kiss dia tu? Sebenarnya..... Jeng Jeng Jeng HAHA sebenarnya I nak buat Alyysa jenis yang tak innocent sangat. Dia berani mencuba. I tak suka lah jenis heroin yang lembab lembab lepastu bila first kiss dia pergi tampar hero or pengsan macamtu erghhh annoying. I harap korang enjoy setakat chapter 7 ni. See yaaa <3
YOU ARE READING
ALYYSA
Romance"You...you nak buat apa ni" "Shhh.... Let me hug you." Pinggang Alyysa dirangkul lalu dipeluk kemas. Dada Alyysa melekat di dada bidang Aydeen. Aroma bau perfume Aydeen kuat menusuk hidung Alyysa. WARNING⚠️ 🚫 CERITA SANGAT SANGAT CLICHE❗️ SLOW UPDA...