Part 2

1.1K 16 0
                                    

Kesemua mata tertumpu pada Ian termasuk Alexa. Senyuman yang tadinya terukir manis di wajah Alexa kerana pernikahan itu terpaksa dibatalkan, berubah serta merta.

"Saya dengan rela hati menggantikan tempat pengantin lelaki" putus Ian membuat satu dewan terkejut termasuk Alexa.

"Ian" tegur Ryan perlahan. Ian hanya tersenyum kearah Ryan lantas mengangguk.

Ryan memandang suram kearah Ian, teman rapat anaknya. Ian malah tersenyum seraya mempersetujui untuk menikah dengan Alexa, wanita yang tidak dikenali malah dicintainya.

Alexa tergamam ditempat.
Oh Tuhan, ini bukan sebahagian dari doaku. Gerutu Alexa dalam hati.
Kenapa dia harus menikah dengan lelaki yang tidak dikenalinya? Siapa dia? Bagaimana dia hendak hidup berumahtangga dengan lelaki yang tidak dikenali malah dicintainya.
Oh Tuhan... Alexa memandang keatas seperti berdoa.

Ian sudah menanti di ruangan altar, menunggu bakal isterinya berjalan menghampirinya sebelum upacara pernikahan bermula.

Suasana dalam dewan kembali tenang. Tumpuan mereka kini hanya pada keindahan dan kecantikkan rupa paras dan dress yang dikenakan Alexa.

"Wow! She's so beautiful

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wow! She's so beautiful."

"Look at her wedding dress. Oh, God, I'm gonna need you to find me this designer" ujar salah seorang tetamu yang hadir kepada lelaki yang duduk di sebelahnya. Alexa menoleh kearah wanita yang memujinya lalu tersenyum.

"This is my touch" bisik Alexa perlahan pada wanita itu.

Riaksi wanita itu, mulut ternganga. Nyata dia terkejut. Pengantin ini mengenakan hasil rekaannya sendiri.

Alexa tiba di ruangan altar, berjalan menghampiri pengantin lelaki yang sudah tercegat menunggu kedatangannya.

Mata tetamu hanya tertumpu pada pasangan pengantin yang tampak sepadan. Ternyata mereka berdua layak berjodohan, tak ubah seperti merpati dua sejoli.

"Nama pengantin lelaki?" Soal jurunikah perlahan.

"Ian Jannik" jawab Ian.

"Nama pengantin perempuan?" Soal jurunikah itu lagi.

"A-Alexa Breit" jawab Alexa gugup.

Jurunikah menulis sesuatu di atas sekeping kertas dihadapannya. Kemudian dia mengarahkan pengantin lelaki mengangkat sumpah setianya pada si pengantin perempuan.

Ian mencapai cincin bertatahkan berlian lalu disarungkan ke jari manis Alexa.

"Alexa Breit, saya bersumpah setia sayang awak,tinggalkan yang lain. Saya berjanji untuk sayang, percaya dan menghormati awak. Berjanji menghibur awak apabila awak perlu dan menjaga awak. Semua yang saya miliki sekarang milik awak. Saya serahkan tangan dan hati saya seumur hidup kita"

Kemudian jurunikah mengarahkan si pengantin perempuan pula mengangkat sumpah setianya pada si pengantin lelaki.

Alexa menyarungkan cincin ke jari manis si suami.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now