Jack merengsot punggungnya lebih dekat dengan isterinya. Dia tahu, ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh isterinya. Jack membuka tangannya lebar, menadah satu tangannya di hadapan Irene.
"Saya tahu, sayang sembunyikan sesuatu kat bawah tu. Keluarkan benda tu sekarang." Arah Jack dengan suara beratnya.
Irene yang tadi menundukkan wajahnya, segera mendongak.
Tak, tak.. dia belum bersedia untuk beritahu semua ni pada Jack. Tak mungkin dalam usia perkahwinan mereka yang baru berusia sebulan, dia harus beritahu semua ini kepada Jack. Tak mungkin. Tentu saja Jack tidak menerimanya.Dia tahu, Jack acapkali pernah menyatakan kepadanya, dia sedia menerima jika dirinya hamil. Tapi, itu mungkin cuma ingin menyedapkan hatinya saja. Mana mungkin Jack akan menerima kehadiran insan lain dalam kehidupan mereka berdua dalam masa sepantas ini.
"Tak ada.. Mana ada Rin sembunyikan apa-apa." Elak Irene lagi. Dengan berani dia mengangkat matanya lalu membalas tatapan tajam Jack.
Deg! Jantungnya hampir hendak pecah dengan tenungan Jack yang tajam seperti berlati, membelah jantungnya sehingga terbahagi dua.
Irene menelan ludahnya. Dia cuba mengawal diri supaya tidak terlihat kekok di hadapan Jack. Dia harus berlagak seperti biasa.
Tapi, tatapan Jack seperti mahukan sesuatu darinya. Ya, lelaki itu mahukan penjelasan darinya.
"Awak tu isteri saya. Saya tahu, ada sesuatu yang awak cuba sembunyikan dari pengetahuan saya." Telahnya pantas membuat Irene terpinga.
Satu tangan Jack dengan pantas menarik tubuh Irene menyerong ke arahnya. Manakala satu tangan lagi dengan pantas menyeluk bawah punggung Irene yang terangkat.
Dalam masa beberapa saat sahaja, benda kecil berwarna putih berada ditangan Jack, membuat degupan jantung Irene seolah-olah terhenti berdegup.
Jack menatap tajam kearah benda kecil di tangannya, kemudian menoleh menatap wajah Irene tajam.
"I need an explanation." Ujar Jack dengan suara beratnya.
Irene melarikan pandangannya ke arah lain. Dia tidak berani bertentang mata dengan Jack dan menjawab pertanyaan suaminya itu.
"Rin-" Irene menarik nafas panjang lalu dihembuskannya perlahan.
"Rin tak berniat nak rahsiakan hal ni. Tapi.." Irene mengeluh berat.
"Rin tahu, masih terlalu awal untuk terima kehadiran insan lain dalam perhubungan kita. Jangan risau, nanti Rin usaha cari doktor pakar untuk bantu kita tangani masalah ni" dahi Jack berkerut. Kedua keningnya hampir menyatu.
"What do you mean?" Tanya Jack dengan wajah seriusnya.
Irene mengalihkan bola matanya, memandang ke wajah Jack.
"Maafkan Rin. Rin taknak keruhkan lagi keadaan. Rin tahu, sayang belum sedia nak terima semua ni dalam waktu terdekat macam ni, kan?" Air wajah Irene berubah. Wajahnya merah padam menahan diri dari menangis.
Memang berat untuknya membuat keputusan. Tapi, demi kebaikan rumahtangganya, dia terpaksa melakukan pengorbanan.
Jack terpempan dengan apa yang baru saja didengarinya.
Irene menyentuh lembut perutnya yang masih rata. Setitis airmatanya jatuh ke pipi. Bohonglah jika dia tidak berasa sedih. Wanita mana yang sanggup buang janinnya sendiri? Apatah lagi, janin yang bersarang dirahimnya sekarang adalah hasil percintaannya dengan Jack.
Irene bangun sambil mengesat pantas airmata yang masih basah dipipinya.
Jack masih terpinga.
Tangannya pantas mencengkam pergelangan tangan isterinya. Irene menoleh.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...