Part 9

914 9 0
                                    

"Irene, sibuk lagi ke?" Jack masuk lalu berdiri di hadapan meja kerjanya.

"Tak sangat, kenapa?" Tanya Irene seraya menjeling sekilas kearah Jack.

"Jom lunch" ajak Jack ramah. Irene menilik jam ditangan. Dia mengeluh berat. Kerana kerja yang terlalu banyak membuatkan dia hampir terlepas waktu lunch.

Irene menutup laptopnya, mencapai tas dan iPhonenya lalu bangun dan berjalan keluar dari ruangan pejabat beriringan dengan Jack.

Selama beberapa bulan ini, topik hangat yang sering dibincangkan oleh staff di pejabat adalah mengenai hubungan Jack dan Irene. Hubungan mesra antara mereka sering menjadi buah mulut kesemua staff disitu.

Ramai yang tahu bagaimana sikap Jack dulu terhadap wanita sehinggakan ramai yang melabelnya gay. Mereka tidak pernah melihatnya keluar dengan mana-mana wanita sehinggalah Irene muncul. Irene adalah wanita pertama yang sering dilihat keluar bersama Jack.

"Irene, awak dengar tak isu panas minggu ni di office?" Irene menyuap perlahan makanan ke dalam mulutnya.

"Apa isu panas minggu ni?" Soalnya sambil mengunyah steak yang dipotong halus di dalam mulut.

"Jack dan cik Irene bercinta"
Jawab Jack dengan wajah tenang.

"Uhukk!" Irene tersedak. Dengan pantas Jack menghulurkan segelas air putih kepadanya.

"Irene, are you okay?" Jack menatap risau ke wajah Irene.

"I'm good." Jawab Irene lantas mencapai napkin lalu mengelap mulutnya.

"Bercinta?" Irene ketawa setelahnya. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia sering menjadi bahan perbualan di pejabat.

Jack hanya menatap kosong ke arah Irene.

"Kalau betul, tak salahkan?" Pertanyaan Jack membuat Irene terdiam.

"What do you mean?" Irene meletakkan garfu dan pisau didalam pinggan. Dia menatap tepat ke arah Jack, mahukan penjelasan.

"Hurm" Jack berdehem. Dia tidak tahu harus mula dari mana. Kebetulan hal ini dibangkitkan, lebih baik dia ambil kesempatan ini untuk berterus terang.

"Irene"panggilnya. Irene masih memandang kearahnya. Mata mereka bertentangan.
"Sebenarnya, saya dah lama sukakan awak. Sejak awak pertama kali masuk ke pejabat lagi" luah Jack akhirnya.

Irene terdiam. Jack tidak tahu sama ada Irene menerimanya ataupun tidak kerana wanita itu langsung tidak beriaksi.

"I think, i should go. Saya masih banyak kerja yang hendak disettlekan." Irene bangun dan melangkah pergi.

Jack menatap Irene pergi dengan perasaan hampa.

Sudah hampir 10 malam, tapi Irene masih sibuk di ruang kerjanya, menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sejak beberapa hari lalu. Banyak file yang perlu disemak termasuk jualan tahunan pada tahun itu.
Semua staff sudah pulang.

Tok tok
"Belum pulang?" Irene yang masih sibuk dengan kerja yang menumpuk, mengangkat kepalanya. Jack berdiri di hadapan pintu.

"Belum" jawabnya sepatah kemudian meneruskan kerjanya.

Jack melangkah masuk, menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan  Irene.

"Tak boleh ke sambung semua ni esok?" Soal Jack risau.

"Jack.." panggil Irene malas.

"Simpan semua ni. Esok saya bantu awak siapkan semua kerja-kerja ni. Mari, saya hantar awak balik" ujar Jack bersuara agak tegas. Tangannya lincah menutup file-file yang berselerak di atas meja kerja Irene lalu disusun dengan kemas dan diletakkan di sudut meja.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now