Sewaktu di meja makan, Ian banyak termenung dari makan dan berborak dengan Jack dan Irene. Sudu yang berada ditangannya menguis perlahan makanan di dalam pinggan.
"Abang, are you alright?" Teguran Irene mematikan lamunan Ian.
"Abang tak ada selera la" Irene dan Jack berpandangan. Ian meletakkan sudu dan garfunya sambil mengeluh panjang.
"Abang, jangan kusutkan fikiran abang dengan bebanan masalah macam ni. Kan Ren dah cakap dengan abang, nanti kita sama-sama fikirkan. Kita makan dulu ya. Kalau abang sakit, macam mana abang nak jaga kak Exa?" Nasihat Irene lembut seraya menoleh ke arah Jack.
"Betul tu Tuan. Tuan kena jaga kesihatan Tuan. Tuan kena makan. Lepas ni, Tuan nak travel jauh." Ian menatap kearahnya.
"Kau pun tahu pasal hal ni?" Tanya Ian hairan.
"Ren yang ceritakan pada Jack. Ren pun buntu masa tahu Ben dekat dengan Kak Exa. Tak tahu nak luahkan dekat siapa. Jadi, Ren terpaksa luahkan pada Jack."
"Kenapa tak beritahu abang?" Soal Ian dengan nada kesal.
"Ren tak mahu fikiran abang terganggu. Ren tak nak abang rasa resah dan terbeban sehingga memudaratkan kesihatan abang. Tengoklah, makan pun tak nak" sindir Irene sambil melihat makanan di dalam pinggan di hadapan Ian tidak terusik sikit pun.
"Ok, abang makan. Mulut tu macam mak nenek." Sungut Ian sambil menjeling sekilas ke arah Irene.
"Baru tau ke?" Lawan Irene sambil menyuap hirisan ikan ke dalam mulutnya.
"Lepas makan nanti, kita bincang" putus Ian tegas. Irene dan Jack terdiam. Mereka sebaliknya meneruskan makan tanpa ada sesiapa yang bersuara lagi.
Usai makan, Ian terlebih dahulu menunggu di ruang tengah, menanti Irene dan Jack yang baru selesai makan.
"Korang berdua ni makan ke borak,hah?" Geram Ian sambil menatap kedua mereka yang berjalan lalu duduk di hadapannya.
"Abang ni..kita orang makan la, apa pulak borak." Ujar Irene lantas duduk di sisi Jack. Kepalanya dengan manja dilentokkan ke bahu Jack membuatkan Ian menjeling tajam.
"Orang lain pun bercinta jugak.. abang kat depan ni" sindir Ian.
"Kenapa, jealous?" Usik Irene sambil tersengih geli hati membuat Ian mencebirkan bibirnya.
"Abang, Ren rasalah kan, biarlah Ren uruskan dulu syarikat abang tu. Jack pun ada boleh tolong Ren, kan sayang?" Irene mendongak menatap ke wajah tampan Jack di sisinya. Jack hanya tersenyum seraya mengangguk.
"Habis, apa guna abang balik ke sini? Nak tengok korang berdua bercinta depan abang, macam sekarang ni, macam tu?" Celah Ian tidak puas hati.
"Ish! Abang cuba fikir logik sikit. Abang tak nak pujuk Kak Exa ke? Ren bagi peluang untuk abang ke sana, settlekan masalah abang dengan Kak Exa dulu. Bab syarikat kat sini, abang serah je pada kami berdua." Ian terdiam. Dia berfikir buat seketika mengenai kata-kata adiknya.
"Ren nak abang jelaskan pada Kak Exa semuanya. Beritahu dia semua ni hanyalah salah faham. Semua kata Isabella pada Kak Exa tu palsu belaka. Katakan yang abang tak ada apa-apa hubungan dengan Isabella." Irene terdiam. Dia teringatkan peristiwa di pejabat beberapa bulan lepas.
"Mungkin, lepas ni dia tak berani ganggu abang lagi." Irene bersuara yakin.
"Maksud Ren?" Ian berpeluk tubuh, bersandar malas di sofa. Matanya langsung tidak beralih dari gelagat sepasang kekasih di hadapannya.
Irene dengan manja, mengelus lembut tangan Jack lalu bermain dengan jari jemari Jack, langsung tidak merasa segan ketika Ian ada bersama dengan mereka.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...