Alexa semakin sibuk di butik. Para perkerjanya juga bertungkus lumus membantu siapkan tempahan dari pelanggan. Selebihnya, akan disiapkan selepas Alexa melahirkan. Butik akan ditutup selama 3 minggu, selepas Alexa betul-betul sembuh dari luka bersalin nanti. Itu yang dimaklumkan pada pelanggan. Notis juga sudah ditampal di hadapan pintu kaca butik. Sebarang tempahan baru, tidak diterima.
Dentingan loceng dimuka pintu mengejutkan para pekerja Alexa. Celia selaku ketua pembantu disitu melangkah menghampiri seorang pelanggan yang baru sahaja masuk.
"Maaf Tuan. Sebarang tempahan untuk wedding, kami tidak terima dalam waktu terdekat ini" ujar Celia lembut dan sopan. Dia menatap lelaki dihadapannya yang berseluar jeans dan bert-shirt polo berwarna putih bersih. Tampak kemas dan berketerampilan.
"Itu saya tahu. Saya dah baca notis di pintu depan." Celia dan beberapa pembantu lain menjadi bingung.
"Jadi, apa maksud kedatangan Tuan?" Soal Celia hairan.
"Saya datang, bukan untuk membuat tempahan perkahwinan. Tapi saya datang, mahu berjumpa dengan owner butik ni" jawab lelaki itu tenang.
"Tapi Tuan, bos sedang sibuk sekarang. Er..Tuan ada buat appointment tak sebelum datang?" Soal Celia cuba melayan sebaik mungkin karenah pelanggannya.
"Nak jumpa isteri sendiri pun nak kena buat appointment ke?" Soal Ian tenang, tapi tidak Celia dan pembantu-pembantu yang lain.
"Is- isteri? T-tuan ni siapa?" Celia serta merta berubah gugup.
"Ian Jannik, suami kepada Alexa Jannik" mulut kesemua mereka melopong. Sejak hari pertama mereka bekerja dengan Alexa, inilah kali pertama mereka melihat dengan mata kepala sendiri, wajah suami Alexa.
"B-baiklah. Mari ikut saya" Celia melangkah ke bilik Alexa dibuntuti oleh Ian dari belakang.
Tok tok
"Puan, ada tetamu istimewa yang mahu berjumpa dengan Puan" beritahu Celia sambil tersenyum mesra.
Alexa yang dari tadi sibuk meneliti dan menjahit batu-batu pada pakaian pengantin, terhenti.
"Tetamu istimewa? Bukankah saya dah briefing tadi, jangan izinkan sesiapa pun masuk." Alexa menyambung semula kerjanya.
Celia menoleh kebelakang menatap ke arah Ian. Ian dapat dengar perbualan antara Celia dan Alexa. Dia hanya mengangguk memberi isyarat supaya Celia beranjak pergi. Gadis itu akur.
Derapan sepatu menghampiri Alexa yang duduk di sebuah kerusi berkaki panjang. Dengan tekun melakukan kerjanya, dia bersuara;
"Celia, kan saya dah cakap yang saya tak mahu terima tetamu. Saya tengah sibuk ni" ujarnya lembut.
Setelah ucapannya tidak disahut, Alexa menoleh ke samping. Jarum yang berada ditangan nyaris mahu tertusuk ke jarinya, tapi Ian dengan pantas menahannya sehingga jarinya tertusuk pada mata jarum. Darah merah mengalir keluar.
Alexa kaget. Dia dengan pantas menarik tangan Ian dan menghisap jari Ian dengan mulutnya. Wajahnya tampak resah.
"Sayang juga awak dekat saya" itu ucapan pertama yang keluar dari bibir Ian sambil mengulum senyum.
Alexa melepas pantas tangan Ian.
"M-mana ada. Itu sikap spontan saya jika berlaku situasi seperti ini" dalih Alexa pantas membuat Ian terkekeh ketawa.
Wajah Alexa merah padam menahan malu.
Dia meneruskan kerjanya semula."I miss you, honey" ucap Ian di telinga isterinya.
"Mana awak tahu saya disini?" Tanpa menghiraukan kata-kata romantis dari Ian, Alexa mengutarakan pertanyaan.
"Dah lama saya cari awak, sayang. Awak pergi tanpa tunggu penjelasan dari saya. Why?" Alexa masih sama. Dia dengan tekun meneruskan kerjanya, menambah beberapa butiran mutiara pada dress pengantin di hadapannya.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...