Seorang lelaki duduk sambil termenung jauh di sebuah kerusi berhadapan dengan sebuah tasik yang terletak di Hyde Park, London.
Sudah hampir 6 bulan dia di Kota mewah ini, meninggalkan urusan pejabatnya kepada Irene Jannik. Dia sudah tidak fikir tentang kerja lagi. Yang dia mahu tahu adalah mengenai Alexa.
Setiap hari, dia akan ke sini, mengenangkan saat dia dan Alexa sering ke Parc des Buttes Chaumont sewaktu di Paris dulu.
Setiap minggu, dia akan cari tahu mengenai Alexa daripada anak-anak buahnya. Tapi seorang pun masih belum tahu dimana Alexa berada. Begitu juga dengan adiknya, Irene. Dulu, Irene pernah berjanji akan membantunya mencari Alexa, tapi sehingga kini, berita mengenai Alexa belum diketahui.
"Kamu dari mana, Ian?" Sapa Jessy yang sedang duduk disofa sambil membaca majalah.
Ian menghampiri Jessy lalu duduk disofa berhadapan dengan wanita itu.
"Tasik" Jessy hanya menggelengkan kepalanya. Setiap hari, anaknya akan ke tempat yang sama, merenung nasib menunggu berita dari Alexa.
"Ian..sampai bila kamu nak jadi macam ni? Bagaimana dengan kerja kamu? Kamu tak sayang ke kalau tiba-tiba syarikat kamu mengalami masalah dan terpaksa ditutup? Irene tu, boleh ke dia nak manage syarikat kamu lama-lama, mama tak percayalah dengan si Irene tu." Ian bersandar di sofa. Dia cuba berfikir mengenai kata-kata mamanya.
"Ian, mama percaya, satu hari nanti kamu akan jumpa dengan isteri kamu. Beri dia masa. Isteri mana yang tak cemburu kalau lihat suaminya bermesra dengan wanita lain. Tambah pulak wanita tu, si Bella. Mama dah lama tak sukakan dia." Ian menatap lekat ke wajah Jessy. Selama ini, mamanya tak pernah bangkitkan hal Isabella.
"Dari cara mama lihat dia, dia tak cintakan kamu pun. Yang dia mau hanya kekayaan kamu. Cuba satu saat nanti kamu jatuh muflis, mama tak rasa dia akan setia disamping kamu, harungi semua kesusahan dengan kamu. Mungkin dia akan lari, cari lelaki kaya. Ha, masa tu baru kamu nak menyesal!" Bidas Jessy tanpa mahu fikir lagi perasaan anak sulungnya. Dia hanya perlu menyedarkan Ian, kenapa Alexa pergi meninggalkannya.
Apa yang dikatakan mama ada betulnya, fikir Ian. Sebelum Isabella datang dan tinggal di villa-nya, sikap Alexa sangat mesra dengannya. Boleh dikatakan mereka sedang hangat dilamun bercinta. Gara-gara Isabella juga, dia terpaksa pulang lebih awal dari bulan madu mereka. Ian kesal. Kenapa dia tidak berfikir sejauh itu mengenai perasaan Alexa. Mungkin isterinya cemburu kerana dia lebih perhatian pada Isabella sehinggakan bulan madunya dengan Alexa terpaksa dipendekkan.
Jika boleh diputarkan masa, dia akan habiskan sisa tiga hari bulan madu mereka dan bahagiakan Alexa. Tapi, semua itu sudah terlambat.
Ian meraup wajahnya kesal.
'Maafkan aku, sayang. Aku langsung tak fikirkan perasaanmu. Mungkin selama Bella disana, kamu sering terluka.' rintih Ian kesal dengan sikapnya yang tak pedulikan Alexa.Sejenak, dia teringatkan mengenai isi surat yang ditinggalkan Alexa.
Ya, saya cemburu saat awak lebihkan Isabella dari saya. Awak lebihkan perhatian awak pada Isabella dari saya. Hati saya sakit, Ian. Saya tak sanggup berada lebih lama di sana. Sehingga dia datang kepada saya dan menyatakan, awak mahu menikahinya. Selamat saya ucapkan.
Flashback on
"Bella, apa yang awak katakan pada Exa?" Isabella bungkam. Dia cuba berfikir untuk mencari helah.
"Mana ada. I tak kata apa-apa. I cuma kata yang I masih cintakan you. Salah ke?" Ian meramas rambutnya geram.
"What you have done, Bella! You know what, she's gone." Mata Isabella terbeliak seolah-olah terkejut sedangkan dalam hatinya, dia meloncat kegembiraan kerana dia sudah tidak ada pesaing lagi untuk mendapatkan Ian. Ian sekarang sudah menjadi hak mutlaknya.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...