Alexa tersedar. Kepalanya terasa berat dan pusing.
"Arkh" aduhnya. Perlahan dia bangun dari katil empuk bercadar putih bersih.
Dia memandang ke sekitar. Sekelilingnya dihiasi dengan warna putih bersih. Dinding, perabot, langsir.
Alexa bingung. Dia tidak tahu dimana dia berada sekarang. Alexa memandang ke arah pergelangan tangannya. Dia menarik nafas lega. Gelang yang diberi oleh Ian masih berada ditangannya. Dia sedar, semalam sekumpulan lelaki bertopeng masuk ke ruangan pejabatnya lalu memaksanya pergi. Sempat terjadi pergelutan sehingga dia sendiri tidak sedar apa yang berlaku setelah itu.
Alexa bergerak ke jendela besar. Kepekatan malam menyukarkannya untuk mengetahui dimana dia berada. Telinganya menangkap bunyi yang sesekali menderu kuat.
Mulutnya ternganga. Adakah dia sekarang berada di tengah lautan? Ya. Dia begitu yakin. Yang didengarinya sebentar tadi adalah desiran ombak.
Tidak! Jika dia ditengah lautan, sudah pasti dia tidak mendengar desiran ombak. Mungkin juga dia berada di pesisir pantai atau...
"Oh my God" keluh Alexa resah. Adakah dia terdampar di sebuah pulau.
"Sayang dah bangun" tegur satu suara dari belakang.
Alexa yang tersentak lantas menoleh.
Dahinya berkerut. Dia pernah melihat lelaki ini. Tapi dia tidak ingat, dimana mereka bertemu."Kita pernah bertemu?" Tanya Alexa bingung. Wajah lelaki ini begitu familiar.
Lelaki itu terkekeh ketawa.
"Mungkin sayang tak ingat siapa saya. Tapi mungkin sayang masih ingat kiriman bunga yang selalu sayang dapat setiap pagi di butik."
Mata Alexa berkelip perlahan. Dalam masa yang sama, dia cuba mencerna apa yang dikatakan lelaki itu."Jeremy" sebutnya sepatah.
"Exactly!" Tepuknya perlahan.
"Wow, tak sangka cinta kita begitu kuat. Sayang masih ingat siapa saya." Dia melangkah menghampiri Alexa. Tangan Alexa di pengangnya lalu diangkat dan dibawa ke bibir.Alexa memaling mukanya ke kiri. Dia sedar, melawan bukanlah tindakkan yang bagus buat masa sekarang. Dia tidak mahu lelaki ini berlaku kasar padanya. Ini semua demi kandungannya.
Mata Jeremy tertarik untuk melihat gelang di tangan Alexa. Dia menyentuh gelang itu perlahan.
"Jangan sentuh gelang tu" tegur Alexa pantas.
Jeremy mendongak memandang Alexa.
"Aa..ha! Sepertinya gelang ini punya sentimental value yang tersendiri" teka Jeremy dengan wajah yang sinis.
Alexa menelan ludahnya berat.
"Of course. Ini gelang mendiang kakak saya, Elisa. Sudah tentu ia amat bermakna pada saya. Please, jangan usiknya" bohong Alexa. Dalam masa yang sama, dia menarik nafas lega. Dia tidak menyangka, nama mendiang Elisa meniti dibibirnya. Thanks Kak Elisa. Ucapnya dalam hati.Jeremy tersenyum lebar. Dia segera menjauhkan tangannya dari gelang yang dimaksudkan Alexa. Dia hormat dengan barang milik wanita pujiannya.
"Sayang lapar? Saya dah siapkan makan malam. Tapi sebelum tu, saya nak sayang mandi dulu dan pakai pakaian yang ada dalam beg tu. Don't worry, it's comfortable." Alexa melirik ke arah beg kertas yang berada disisi katil, kemudian memandang kearah Jeremy semula. Dia mengangguk perlahan.
"Good girl" ucap Jeremy lantas mendaratkan ciuman di dahi Alexa.
Alexa segera mencapai beg kertas di hujung katil lalu berjalan masuk ke dalam bilik mandi. Pintu dikunci rapat. Kepalanya mendongak ke lelangit ruangan, mencari jikalau didalam sana terdapat CCTV yang tersembunyi. Tidak ada.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...