Part 28

763 7 0
                                    

Alexa berehat seketika di katil yang terletak di ruang peribadinya. Dia menyentuh gelang pemberian Ian. Senyuman terukir manis di bibirnya saat mengingat detik makan malamnya dengan Ian semalam.

Raut wajahnya serta merta berubah saat mengingat, Ian melarangnya untuk menanggalkan gelang ini walau apapun yang terjadi. Dia memerhati gelang yang dipakainya sekali lagi.

Tidak ada apa-apa yang pelik. Semuanya sama seperti gelang bertatahkan permata seperti mana yang dijual di kedai barangan kemas yang lain. Alexa serta merta menepis prasangka buruk tentang suaminya.

"Brrkkk" Alexa menggosok perutnya yang sedikit menonjol ke depan. Sudah hampir jam 2 petang, tapi dia belum lagi makan tengahari.

Dengan langkah perlahan, dia berjalan keluar ke meja kerjanya lalu mencapai tas tangan. Belum sempat dia memutarkan tubuhnya, pintu terkuak.

Terpancul susuk tubuh seorang lelaki, berjalan menghampiri meja kerjanya.
Alexa menoleh pantas.

"Eh, bie..." Alexa terkejut dengan kehadiran Ian di hadapannya.

"Jom lunch" ajak Ian sambil tersegih sehingga menampakkan barisan giginya yang cantik. Wajahnya tampan seperti selalu.

"Macam mana bie tahu, Exa nak keluar lunch, hmm?" Alexa menjungkit sebelah keningnya sambil menatap manja ke arah Ian. Dia melangkah merapati Ian. Satu tangannya menyentuh leher Ian manja.

"Because you're my wife." Kata-kata Ian membuat kedua kening Alexa terangkat.

"Really?" Tanya Alexa manja.

Deruan nafas kasar Ian menyapa wajahnya lembut.

"Yah.." Ian memaut pinggang isterinya dengan kedua tangan. Dipeluknya erat.

"Shall we?" Ajak Ian sambil menatap kedalam anak mata isterinya.

Alexa tersenyum lantas mengangguk pantas.

...

Sebuah kereta Ford hitam berada tidak jauh dari butik Alexa. Setiap gerak geri Alexa dan Ian dapat dilihatnya dengan jelas.

Cengkaman di stereng kereta semakin erat. Dia cemburu melihat kebahagiaan Ian dan Alexa. Dia tidak mahu Alexa rapat dengan lelaki lain melainkan dirinya seorang. Alexa adalah miliknya.

Dia tambah berdendam dengan Ian disaat lelaki itu mengupah orang untuk menyelidikinya. Dan dia juga tidak boleh lagi mengirimkan bunga kepada Alexa setiap pagi. Semua itu kerana Ian. Bagaimana pun, dia harus lakukan sesuatu supaya lelaki itu menderita.

Hujung bibirnya terangkat saat melihat Maserati hitam milik Ian meluncur keluar dari perkarangan butik.

Pantas dia menundukkan tubuhnya dari terlihat oleh Ian.

"Alexa, jangan risau ya sayang. Tidak lama lagi kita akan hidup bahagia bersama. Aku akan pastikan, Ian tak akan ganggu hidup kita lagi nanti. Kita akan pindah dari sini dan mulakan hidup baru bersama, bahagia selamanya." perlahan Ford hitam berlalu pergi.

Sebuah helikopter mendarat di sebuah pulau. Dari atas terlihat lautan biru terhampar luas, memperlihatkan betapa indahnya kawasan pulau itu.

Seorang lelaki turun dengan lagaknya, berjalan menghampiri villa mewah tiga tingkat yang tersergam indah. Pulau ini adalah pulau miliknya yang dibeli khas buat dirinya dan Alexa. Dia mahu mereka berdua hidup aman dan damai dari orang luar. Dia tidak mahu berkongsi Alexa dengan sesiapapun, mahupun anak Alexa sendiri. Dia hanya mahu hidup berdua dengan wanita itu.

Dia berjanji akan memperlakukan Alexa seperti permaisuri. Makan minum akan disediakan olehnya sendiri.

Derapan sepatunya melangkah masuk ke dalam villa. Wajahnya mengukir senyuman lebar saat melihat kemewahan yang terlihat jelas melalui struktur binaan dan juga perhiasan dalaman villa. Pasti lebih cantik dari villa yang dimiliki Ian. Dia tersenyum puas.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now