Alexa tersedar.
"Thank you" Alexa bangun dengan pantas, menjarakkan dirinya dengan Ian. Ian mengeluh perlahan.Damn it. Luah Ian dalam hati.
"Apa yang berlaku? Kenapa awak pecahkan pasu ni?" Ian terdiam. Perlukah dia menceritakan kepada Alexa?
"You know, I think we should add another condition in a contract" dahi Ian berkerut.
"What is it?" Soal Ian yang masih duduk di birai katil.
Alexa mengeluh. Kedua tangannya dilipat ke dada lalu menjawab,
"No more secret" Ian sekali lagi terdiam."I'll think about it" balas Ian lantas berdiri.
"Tak perlu nak fikir lagi. Awak harus menambahnya dalam surat kontrak." Desak Alexa tegas dengan keputusannya.
"Fine" keluh Ian.
"Ceritakan pada saya, apa yang berlaku?" Soal Alexa lagi sekali.
"Duduk" arah Ian supaya Alexa duduk di sofa yang terletak tidak jauh di sudut bilik tidurnya. Alexa akur. Dia duduk berhadapan dengan Ian.
Alexa menatap tepat ke wajah Ian."Betul awak nak tahu?" Soal Ian masih tidak berpuas hati.
"Yup!" Balas Alexa sepatah. Tangan kanannya memberi isyarat kepada Ian supaya meneruskan ceritanya.
Ian membalas tatapan Alexa lalu memulakan ceritanya.
"Sebenarnya, aku sudah ada teman wanita. Namanya Isabella. Dia seorang model terkenal di sini. Tapi.." Ian mengeluh berat. Alexa bersandar di sofa sambil setia mendengar cerita Ian.
"Dia minta putuskan hubungan seminggu sebelum kita menikah. Dia mahu kembali pada kekasih lamanya, Jeremy. Dan tadi, dia hubungi aku untuk menjemput aku ke majlis pernikahannya, hari Ahad akan datang" cerita Ian tanpa menyembunyikan sedikit pun dari Alexa.
"Jadi, kerana marahkan Isabella, awak sanggup buat keputusan bodoh untuk menikah dengan saya? Huh, Nonsense!" Alexa tergelak kecil sambil menggeleng kepalanya.
"Itu salah satu sebabnya. Tapi sebab utamanya, saya dah ceritakan pada awak sewaktu di atas pesawat, remember?" Alexa menjuihkan bibirnya.
"Yeahhh.. Jadi, sekarang sudah adil bukan? Isabella juga bakal menikah, sama seperti awak. Jadi, kenapa awak nak marah? Cemburu?" Tekaan Alexa mengena. Ian tidak nafikan, apa yang dikatakan Alexa semuanya benar. Memang dia cemburukan Isabella. Wanita yang dicintainya mahu menikah dengan bekas kekasihnya. Itu membuatkan dirinya cemburu. Dia cemburu kerana Isabella tidak memilih untuk menikah dengannya.
"Apa awak nak buat sekarang?" Soal Alexa ingin tahu tindakkan Ian yang seterusnya. Ian hanya memerhati kearah Alexa.
"Awak masih mahu hadir ke majlis pernikahannya?" Tanya Alexa lagi.
Ian seolah-olah berfikir.
"Awak masih mencintainya lagi, bukan?" Ian mengangguk.
"Kita harus rancang sesuatu supaya dia cemburu dengan awak dan buat dia menyesal kerana putuskan hubungan dengan awak." Alexa cuba memberi cadangan.
Ian nampak tertarik dengan cadangan Alexa. "Apa rancangannya?" Soal Ian tidak sabar.
"Saya akan ikut awak ke majlis pernikahannya nanti. Awak dengan angkuh akan perkenalkan saya sebagai isteri kamu. Dihadapannya, saya nak kita pura-pura kelihatan bahagia dan saling mencintai antara satu sama lain."
"Saya wanita, dia juga wanita. Saya tahu isi hati wanita. Dengan cara ini saja kita boleh tahu dia cemburu atau tidak. Jika dia cemburu melihat kemesraan kita, beerti dia masih cintakan awak" jelas Alexa panjang lebar.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...