Part 26

842 8 0
                                    


Satu pesanan ringkas masuk.

'Tuan, saya kat luar'

Ian memandang Alexa yang nyenyak tidur. Dia bangun dan berjalan perlahan menghampiri pintu.

"Maaf ganggu, Tuan. Macam Mana dengan Puan?" Black mengintai ke dalam melihat keadaan isteri majikannya.

"She's pregnant. I don't know, she's pregnant, oh my God!" Black tersenyum gembira.

"Tahniah bos. Tak lama lagi Alissa dah nak dapat adik" ucap Black turut gembira bagi pihak Ian.

"Saya pun macam tak percaya, dah nak jadi papa anak dua" Black terkekeh ketawa mendengar omelan Ian.

"Macam mana dengan kerja yang saya suruh, dapat maklumat pasal lelaki tu?" Soal Ian menukar topik perbualan.

"Dapat Tuan. Kalau saya beritahu Tuan, tentu Tuan terkejut. Tuan kenal lelaki ni" ujar Black yakin.

"What? Saya kenal?" Soal Ian terkejut.

"CEO Syarikat Globe Holding" Ian seolah berfikir kata-kata Black.

"Jeremy, ex husband Isabella?" Teka Ian pantas. Black mengangguk pantas.

Rahang Ian mengeras.
"Tak guna!"

"Sabar Tuan. Saya dah arahkan yang lain untuk perhatikan dia."

"Bagus. Lepas ni, saya nak awak ikut kemana saja isteri saya pergi. Saya taknak sesuatu yang buruk berlaku padanya lagi" arah Ian.

"Baik Tuan." Jawabnya patuh.

"Saya masuk ke dalam dulu."

Ian masuk semula ke dalam menemani isterinya.

Fikirannya mula melayang disaat hari pernikahan Isabella dan Jeremy. Dia dapat lihat sendiri bagaimana cara pandangan Jeremy terhadap isterinya, Alexa. Mungkin itulah kali pertama dia melihat Alexa, sehingga membuat dia jatuh hati.

Siapa yang tidak jatuh hati pada wanita cantik dan bertubuh seksi seperti Alexa. Cuma, penampilannya tidak begitu menunjukkan tubuhnya yang cantik.

Cuma sewaktu hari pernikahan Irene, Alexa lebih berpenampilan dari hari-hari biasanya. Dia lihat itu. Isterinya nampak berbeza dengan mengenakan dress labuh yang terbelah sehingga ke peha, dan mendedahkan separuh bahunya dan menampakkan sedikit lurah dadanya yang pejal dan montok.

Alexa jelas kelihatan seksi pada malam itu. Sejenak Ian teringat pada nota yang tertulis pada kad yang diberikan kepada Alexa.

"Hello sweetheart. You looks stunning and sexy last night. You should have danced with me last night"

Ian mengepal tangannya kuat. Jika Jeremy berada dihadapannya sekarang, sudah pasti tumbukkannya melayang ke wajah lelaki sial itu.

Keesokkan harinya, doktor membenarkan Alexa pulang. Dia harus istirehat dirumah dahulu sebelum bekerja semula seperti biasa.

Selama Alexa dirumah, selama itu juga Ian setia menemani isterinya. Dia sedar, dia bersalah. Dan untuk menuntut kemaafan daripada wanita bernama Alexa bukanlah sesuatu yang mudah.

Setiap hari, saat terjaga dari tidur, Alexa dikejutkan dengan kehadiran sejambak ros merah. Awalnya, Alexa terkedu.

Dia takut hendak mengambilnya. Dia takut kalau kiriman bunga itu datangnya dari lelaki bernama J. Sejenak dia teringat, dia sekarang berada di villa, bukan di butik.

Tangannya terhulur perlahan, mencapai jambangan bunga yang bersaiz agak besar. Jantungnya berdegup kencang saat melihat sekeping kad terselit di antara rimbunan rose mekar.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now