Part 18

916 7 0
                                    

Alexa sudah cantik mengenakan dress berwarna biru lembut yang dibeli oleh Ian.

"Cantik isteri bie malam ni" puji Ian yang sudah segak mengenakan setelan biru lembut sedondon dengan Alexa.

"Malam ni je ke isteri bie ni cantik, hari-hari lain tak cantik ke?" Tanya Alexa cuba mengusik suaminya.

"Hari-hari isteri bie ni cantik. Cuma, malam ni sayang bertambah cantik." Puji Ian sambil mengulum senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Alexa tersipu malu.
"Bie pun tampan malam ni. Mata tu, sekejap lagi jangan nak pandang perempuan lain pulak. Maklumlah, Exa ni badan dah tak cantik macam dulu, gemuk, boyot. Tak macam perempuan cantik kat luar sana tu" pesan Alexa sambil menjeling sekilas ke arah Ian sambil mengenakan lipstik di bibirnya.

Ian tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
"Kenapa cakap macam tu, hmm? Buat apa bie nak pandang perempuan lain sedangkan wanita yang ada depan mata bie sekarang ni lebih membuat hati bie bergetar" Ian mula berkias manis.

"Itu pujian ke atau sekadar nak ambil hati Exa?" Alexa menghampiri Ian lalu kedua tangannya terhulur membetulkan kancing kemeja suaminya. Malam ini, Ian tampil kemas dan simple tanpa tali leher.

Tangan Ian turut terhulur, mengusap lembut pipi isterinya dengan belakang jari telunjuknya.

"Dua-dua" seloroh Ian.

"Bie.." marah Alexa dengan bersuara manjanya.

Ian terkekeh ketawa.

"Sayang dah siap?" Pertanyaan Ian dibalas anggukkan oleh Alexa.

"Shall we" ajak Ian. Alexa merangkul pergelangan tangan suaminya lalu keluar dari bilik.

...

The Westin Perth

Suasana majlis berlangsung dengan gilang gemilang. Ramai tetamu kehormat dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Suasana dewan yang luas mampu memuatkan tetamu seramai 200 orang.

"Hey, hey.. Ian, Alexa, welcome" sambut Ryan yang berdiri tidak jauh dari meja VVIP.

"Uncle.. how are you? Good to see you here" balas Ian lalu memeluk erat tubuh Ryan.

"I'm fine, I'm fine" sahutnya gembira.

"Oh my God, you're pregnant. Dah berapa bulan?" Ryan memandang ke arah perut Alexa yang membulat.

"Tunggu hari dah ni, uncle" balas Alexa sambil mengampu perutnya dari bawah.

"Congrats, both of you" ucap Ryan turut gembira dengan kehamilan Alexa. Jika dulu anaknya Ben tidak melarikan diri dari majlis, mungkin sekarang dia bakal menimang cucu dari Ben dan Alexa.

Ryan redha. Mungkin ini yang dikatakan takdir dan jodoh.

"Eh, duduklah. Uncle nak ke belakang sekejap" pelawa Ryan kepada Ian dan Alexa.

Kedua mereka mengambil tempat tidak jauh dari altar.

"Bie, Abang Ben pernah beritahu pada bie tak siapa bakal isteri dia?"
Ian seolah berfikir, cuba mengingat detiknya bersama Ben.

Ian kemudian menggeleng.
"Bie rasa tak pernah. Bie sendiri pun tak kenal dengan isteri Ben." Alexa menghela nafas panjang. Dia terasa bodoh kerana selama dia bersama dengan Ben, dia tidak pernah bertanyakan hal ini kepada lelaki itu.

"We'll see, don't worry, honey." Pujuk Ian sambil menepuk lembut belakang tangan isterinya. Alexa tersenyum kelat lantas mengangguk pelan.

Ruangan dewan menjadi sunyi. Semua mata tetamu yang hadir tertumpu sepenuhnya pada ruangan altar kerana disitu berdirinya seorang lelaki tampan bersuite biru gelap bersama seorang pendeta.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now