Part 12

898 11 0
                                    

Kehadiran pelanggan yang semakin hari semakin meningkat membuatkan Alexa terpaksa menambah tenaga pekerja. Bulan lepas, dia sudah mengambil dua orang pembantu untuk melayan pelanggan. Kali ini, dia terpaksa mengambil lagi dua orang pembantu untuk bahagian fitting. Kesemua mereka dipilih melalui kemahiran dan pengalaman kerja sebelum ini.

Jika hendak diharapkan dirinya yang melakukan semua tugas itu sendirian, dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung dan menunggu hari, sudah pasti dia tidak dapat melakukannya. Hal ini terlalu sukar dan meletihkan.

"Maaf mengganggu" Caila masuk ke dalam ruangan pejabat Alexa setelah mengetuk pintu.

"Puan Exa, boleh kita bicara sebentar?" Pinta Caila, menghormati tetamu yang ada disitu.

Alexa perlahan bangun lalu beredar sedikit jauh dari meja tetamunya.

"Ada apa Caila, macam penting je?" Soal Alexa lembut.

"Puan, ada satu customer minta kita tambahkan white pearl dan batu swarovski pada wedding dressnya. Dia cakap, pasal bayaran dia sanggup bayar berapa saja caj yang Puan kenakan asalkan dia jadi tumpuan dan pujian sewaktu dimajlis nanti." Jelas Caila mengundang kerut di dahi Alexa.

"Tambah? Dress yang mana satu Caila?" Soal Alexa hairan. Setiap dress mempunyai namanya yang tersendiri dan mempunyai design dan sentuhan yang tersendiri. Tak mungkin masih ada customer yang masih mahu dia menambah baik setiap rekaannya. Aneh!

"Cassandra dress, Puan" jawab Caila.

"Dimana customer tu sekarang?" Soal Alexa. Dia mahu berjumpa sendiri dengan pelanggan itu sekiranya dia disini.

"Di ruangan menunggu." Balas Caila seraya memberi ruangan untuk Alexa keluar.

"Maafkan saya miss Clara, boleh tunggu disini sebentar?" Pinta Alexa lembut kepada pelanggannya.

Wanita berambut perang itu mengangguk sambil tersenyum.

"Yes, please" sahutnya tanpa sebarang bantahan. Dengan keadaan Alexa yang sedang sarat, dia lebih bersikap toleransi dan bersabar.

Caila membawa Alexa ke ruangan menunggu. Saat pintu dibuka, dia melihat seorang wanita bertubuh langsing sedang berdiri membelakanginya. Pandangannya jauh ke luar, melihat kesibukkan Kota.

"Miss Erin" panggil Caila dengan nada suara lembut. Wanita itu memutarkan tubuhnya saat namanya dipanggil.

"Puan Alexa, inilah customer yang saya maksudkan tadi, kenalkan Miss Erin." Caila memperkenalkan Erin kepada Alexa.

Derapan sepatu hak tingginya menghentam lantai kayu, menghampiri tempat dimana Alexa berdiri.

"Nice to meet you. Oh, you're look pretty when you're pregnant." Sapaan Erin membuat dahi Alexa berkerut.

"Have we met before?" Pertanyaan Alexa hanya dibalas dengan senyuman.

"Who doesn't know you. Pereka pakaian pengantin terkenal di sini. Dah lama saya ikuti perkembangan rekaan kamu, sangat menepati citarasa yang saya inginkan." Balasnya sambil tersenyum.

Mendengar kata-kata Erin, sedikit meredakan rasa curiganya pada wanita itu. Alexa membalas senyuman dengan mesra.

"Have a seat" pelawa Alexa ramah. Dia berjalan perlahan lalu duduk di sofa paling hampir dengannya.

"Pekerja saya kata, Miss Erin nak saya tambah sedikit perhiasan pada cassandra dress, betul ke?" Wanita itu tidak duduk. Dia malah berjalan menghampiri cassandra dress yang diletakkan di bucu bilik. Dia tergoda dengan apa yang ada pada dress tersebut namun baginya, masih ada sesuatu yang perlu ditambah supaya dapat serlahkan lagi hiasan pada dress tersebut.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now