Alexa baru selesai mandi. Saat dia melangkah masuk ke bilik tidurnya, dia melihat sepasang dress berwarna putih bersih terhampar cantik di atas katilnya.
Alexa menoleh ke kiri dan ke kanan, cuba melihat kalau-kalau ada orang lain bersamanya di dalam bilik. Kosong!
"Siapa pulak yang letak dress ni kat sini?" Soalnya sendirian. Alexa menghampiri tempat tidurnya lalu mencapai dress cantik di hadapannya.
Tut tut
Satu pesanan ringkas masuk. Alexa mencapai handfonenya di atas katil."No siapa pulak ni?" Omel Alexa sambil jemari runcingnya membuka pesanan ringkas,
Aku nak awak pakai dress ni untuk majlis malam nanti. Jangan lewat. Aku tunggu awak kat bawah jam 8malam. - Ian.
Alexa menilik jam yang tertera di skrin handfone, 6.45 petang. Bermakna, dia masih ada sisa satu jam lebih untuk bersiap.
Jam sudah hampir menunjukkan pukul 8malam. Ian sudah cantik bersuite lengkap berwarna hitam dan berkemeja putih. Dia duduk disofa sambil menunggu Alexa yang masih belum siap.
"Mana dia ni.." sungut Ian yang mula resah kerana menunggu terlalu lama. Ian bangun. Niatnya untuk naik ke bilik Alexa. Saat dia bangun dan mahu melangkah ke tangga, langkahnya terhenti. Wajahnya mendongak ke arah anak tangga paling atas.
Ian terpana seketika saat melihat susuk cantik seorang wanita dengan dress putihnya berdiri tegak di atas sana dan menuruni satu persatu anak tangga dengan sepatu tinggi berwarna senada.
Saat Alexa sampai di anak tangga paling bawah, Ian dengan romantiknya menghulurkan tangannya kearah Alexa. Matanya tidak lepas dari menatap ke wajah Alexa yang cantik.
"Are you ready, honey?" Alexa membalas tatapan Ian dengan tatapan yang galak dan menggoda. Spontan dia menyambut huluran tangan Ian.
"I'm ready, baby" sambut Alexa sambil tersenyum.
Ah.. Ian cair saat melihat senyuman menawan diwajah isterinya.
Sepanjang perjalanan, Ian tidak lepas dari terus memandang ke arah Alexa yang duduk disampingnya. Alexa yang sedar dengan renungan Ian, hanya membuang pandang ke luar tingkap. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Ian.
..
Suasana majlis sangat meriah dengan kedatangan tetamu yang memenuhi setiap ruangan kerusi yang telah di susun kemas di dalam dewan.
Ian dan Alexa mengambil tempat di barisan tengah. Alexa kelihatan tenang menanti ketibaan pengantin. Tapi tidak bagi Ian. Jantungnya berdebar kencang. Sebentar lagi, Isabella akan diisytihar sah menjadi isteri kepada Jeremy. Beerti, dia sudah tidak ada hak kepada wanita itu lagi. Berakhirlah sudah hubungan mereka sebagai kekasih walaupun Isabella memutuskannya terlebih awal.
...
"Cantiknya Bella." Laura masuk menghampiri teman rapatnya yang cantik mengenakan dress perkahwinan yang sendat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang langsing. Setiap inci dress di litupi dengan lace bermotifkan bunga halus dan diselitkan dengan hiasan batu swarovski berwarna putih.
Potongan baju yang terbuka di bahagian leher, mendedahkan separuh bahunya menampakkan dirinya kelihatan seksi dan menawan. Pasangan veil dan crawn menambahkan lagi seri pengantin pada diri Isabella.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...