Alexa memulakan tugas seperti biasa. Kali ini, dia ditemani Ian di dalam ruangan pejabatnya.
"Banyak lagi ke tempahan yang sayang kena buat?" Soal Ian sambil berjalan menghampiri isterinya di kerusi tinggi, menghadap sepasang dress pengantin yang berwarna putih gading.
Alexa masih leka merias dress supaya kelihatan cantik dan menawan.
"Masih ada lima pasang yang perlu ditata seperti ini" balas Alexa tanpa menoleh sikitpun ke arah Ian. Dia leka dengan tugasannya.
"Kenapa tak minta bantuan Lux atau siapa..?" Ian berfikir sambil memetik jarinya seolah mencari nama yang sering disebut oleh Alexa dulu.
"Bernard" sambung Alexa.
"Ya..Bernard." sahut Ian pantas.
"Lux dah pindah selepas menikah dengan pilihan mamanya. Butiknya sekarang, mamanya yang ambil alih" cerita Alexa sambil menyambung kerjanya.
"La, macam tu pulak. Kenapa tak biarkan saja Lux yang manage butik tu?" Protes Ian tidak puas hati.
"Ish, bie ni. Biarlah. Itu dah keputusan mama dia. Lagi pulak, suaminya tu millionaire. Duit juta-juta. Buat apa dia susah payah nak kerja lagi. Dah tentu dia ikut suaminya, pulang ke Belanda" Alexa cuba membela sahabatnya, Lux.
"Aah kan. Sayang pun kena la berhenti kerja, ikut bie balik ke Paris. Bie pun billionaire jugak. Buat apalah sayang susah-susah nak kerja lagi. Duit bie yang ada ni, bukan setakat 7 keturunan tau, tapi 10 keturunan makan pun tak habis." Celah Ian pantas.
Alexa memasang mata teduhnya menatap kearah Ian. Kedua tangannya dicekak di pinggang.
"Bie nak saya lupakan cita-cita saya, macam tu? Bie tahu tak, betapa penat jerihnya saya bangunkan butik ni. Hanya berbekalkan modal dari hasil lakaran dress dulu, saya gunakan untuk menyewa butik ni." Luah Alexa kesal. Moodnya untuk bekerja serta merta hilang.
"Sayang.. please..jangan la macam ni. Ok, apa kata sayang buka butik di sana. Sayang tak perlu sewa kedai pun. Tapi bie yang akan bina khas untuk dijadikan butik buat sayang." Alexa menoleh. Dia menatap Ian seolah-olah tidak percaya.
"Habis, butik ni macam mana? Nak kuburkan begitu saja, macam tu?" Marah Alexa geram.
"No! Bie tak kata yang kita harus kuburkan butik ni macam tu saja." Ian menyentuh kedua bahu Alexa. Dia menatap tepat kewajah isterinya.
"Sayang ada pekerja yang talented. Biar mereka uruskan butik sayang disini. Baju-baju yang sayang dah design, sayang boleh hantarkan ke sini. Guna saja pesawat kita yang dah sedia ada. Sayang juga boleh turun ke sini sebulan sekali atau dua bulan sekali, depends pada tugasan yang sayang buat. Meeting, proposal or apa-apa saja mengenai butik. Bie izinkan" Alexa memijat kepalanya. Apa yang dicadangkan oleh Ian langsung tidak pernah terfikir olehnya.
Memang tidak pernah terfikir kerana sebelum ini, dia tidak punya modal sebesar itu. Yang ada semua itu hanyalah suaminya.
"I need more time. Let me think about it" ujarnya lantas duduk disofa. Kepalanya bersandar lemah ke sofa, menengadah ke langit.
Ian keluar dari bilik Alexa. Dia mengarahkan salah seorang pembantu Alexa untuk siapkan kopi panas buat isterinya. Kemudian dia masuk semula menemani isterinya.
Ian menatap sayu kewajah isterinya yang tampak keletihan. Dia tidak mahu terlalu mendesak Alexa dalam jangka waktu terdekat ini. Dia tidak mahu emosi isterinya terganggu.
Tok tok
"Masuk" arah Ian.
Pintu terbuka, muncul susuk tubuh Celia menatang dulang berisi dua cawan kopi panas.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...