Sebuah kereta model Ford berhenti di seberang jalan berhadapan dengan butik Alexa. Kemudian berlalu pergi.
Irene dan Jack yang baru keluar dari butik, menyedari kehadiran kereta yang tidak dikenali mereka.
"Siapa tu sayang?" Soal Irene pelik.
"Ntah. Lain macam je saya tengok" balas Jack yang mula ada rasa tak sedap hati.
"Sempat lihat nombor plat tak?" Jack menggeleng.
"Dahlah, nanti kita lambat pulak" ajak Irene. Hatinya mula rasa tidak enak. Terasa seperti satu perkara buruk bakal berlaku nantinya.
Dengan pantas dia menepis semua perasaan buruknya.
...
Selepas melawat butik, Ian dan Alexa singgah di sebuah cafe untuk makan tengahari. Usai makan, Ian menghantar Alexa pulang.
"See you tonight, honey" ujar Ian lantas mengucup lembut bibir isterinya.
"Okay,bie" Alexa mengernyit sebelah matanya manja kepada Ian lantas membuka pintu dan turun dari kereta.
Alexa terus melangkah masuk ke dalam villa.
"Sayang anak mama.. mari pada mama, rindu dia" Alexa mengambil Alissa dari kendongan Rose. Dia mengucup lembut kedua belah pipi tembam Alissa.
"Wanginya. Geram mama" Alexa lagi-lagi mengucup Alissa bertubi-tubi.
Rose yang melihat hanya tersenyum.
"Puan dah makan?"soalnya.
"Dah, Rose. Baru lepas makan dengan Ian tadi" jawabnya.
"Saya naik dulu atas dulu ya, nak mandi." Alexa menyerahkan semula Alissa kepada Rose.
"Bawa Alissa ke bilik. Nanti saya ke sana, ya" arah Alexa lembut.
"Baik Puan"
...
Pranggg!!!
Lucia terpempan dengan sikap Isabella.
"Sabar, Bella" pujuk Lucia sambil tangannya mengusap pelan belakang temannya.
"Kau suruh aku sabar, hah? Macam mana aku nak sabar kalau dia sekarang bukan main lagi minta yang bukan-bukan pada Ian. Buka butik bagai, huh!" Tengkingnya geram.
"Apa yang kau nampak tadi, Malik?" Soal Lucia pada orang upahan Isabella.
"Aku nampak diorang masuk. Tapi, masa diorang keluar, aku tak nampak pun Ian dan Alexa. Aku cuma nampak adiknya dan PA kepada Ian."
Isabella menoleh.
'Irene' gumamnya dalam hati. Hujung bibirnya langsung terangkat.Serta merta plannya berubah.
Sejak dia dimalukan dan diusir dari pejabat Ian, dia mula menyimpan dendam kepada Irene....
Irene dan Alexa sering diekori tanpa pengetahuan mereka.
Alexa semakin sibuk di butik. Dia juga ada membuka peluang pekerjaan untuk sesiapa sahaja yang berkelayakkan untuk bekerja di butiknya.
"Macam mana Kak Exa, ada yang mahu hadir temuduga?" Soal Irene yang duduk berhadapan dengan kakak iparnya.
"Ada. Akak dah send email pada diorg untuk datang temuduga Ahad nanti. Rin bantu akak eh" pinta Alexa.
Irene mengangguk mengiakan.
Sejak Ian pulang, dia juga sudah tidak bekerja lagi di pejabat Ian. Jadi, masanya selalu dihabiskan dengan bermain saham dan tumpukan pada majlis nikahnya. Sesekali, dia mahu melakukan aktiviti lain supaya tidak bosan.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...